CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3207|Reply: 35

[Tempatan] Dakwaan kroni terhadap saya tidak adil, salah faham - Tun M

  [Copy link]
Post time 30-9-2018 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan kroni terhadap saya tidak adil, salah faham - Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau selama ini, berhubung dakwaan amalan kroni sebagai pandangan tidak adil serta salah faham.

Perdana Menteri berkata, beliau menyukai individu tertentu bukan disebabkan kerana kroni, sebalik disebabkan mereka dapat melaksanakan sesuatu rancangan sewajarnya.

"Antara perkara yang sering menjadi bahan kritikan adalah dakwaan saya mempunyai dan membantu kroni.

"Kritikan itu tidak adil sebab individu berkenaan mendapat sokongan kerana mempunyai kemampuan mampu melakukan pelbagai perkara.

"Saya cenderung menyokong mereka yang berkemampuan dan menunjukkan beberapa pencapaian," katanya dalam temubual bersama The Wall Street Journal (WSJ) di New York.

Dr Mahathir berkata, beliau percaya pendekatan  yang berorientasikan hasil dalam menjalankan perniagaan itu, sudah disalah tafsir oleh pihak tertentu.

"Kini, apabila mentadbir bersama dengan mereka yang pernah mengkritik, saya ingin menunjukkan kepada mereka bahawa saya bukanlah seperti yang difikirkan," katanya ketika mengulas mengenai kritikan pembangkang sepanjang tempoh pertamanya menjadi Perdana Menteri bermula 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir berkata, dalam tempoh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ketika ini, beliau tidak akan membuat banyak perubahan penting.

Katanya, ada kritikan yang dibuat terhadap beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini, berbaloi untuk dipertimbangkan sekarang.

"Saya mendapat manfaat daripada semua pengalaman itu, 15 tahun bekerja dengan pembangkang. Saya akan melakukan perkara-perkara yang sedikit berbeza kali ini. Selain itu, banyak dasar dan strategi lama masih relevan untuk hari ini," katanya.

Sementara itu, awal bulan ini, ketika berucap pada Kongres Masa Depan Negara dan Bumiputera, Dr Mahathir turut menyentuh isu yang sama, selain mempersoalkan kritikan terhadap dasar tindakan afirmatif yang membantu usahawan Bumiputera.

Dr Mahathir menyifatkan, mereka yang dilabel sebagai ‘kroni’ beliau itu sebenarnya adalah golongan yang berjaya.

"Sebenarnya ramai yang mendapat peluang tetapi tidak berjaya namun disebabkan tidak berjaya, mereka tidak dilihat sebagai kroni.

"Dalam setiap 100, mungkin empat atau lima yang berjaya, mereka ini menjadi terkenal dan kemudian dilabel sebagai kroni," katanya.




Video di bawah hanya sekadar hiburan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 la tu atok. Anwar n kit siang dah expose segala2nya pasal atok..  Bail out anak2 guna duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 03:47 PM | Show all posts
"Antara perkara yang sering menjadi bahan kritikan adalah dakwaan saya mempunyai dan membantu kroni.

"Kritikan itu tidak adil sebab individu berkenaan mendapat sokongan kerana mempunyai kemampuan mampu melakukan pelbagai perkara.


ini precedent baru....lantik la kroni asai buleh buat kerja....asai mampu buat..orang lain mampu buat tapi bukan kroni bukan sanak kawan2 hang tak payah lantik.....wakakakakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 03:51 PM | Show all posts
habis..  300 org yg atok sumbt msuk ISA tu adil ke

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau maksum yea lar yea lar
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 10:07 PM | Show all posts
dah terang lagi bersuluh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2018 11:13 PM | Show all posts


tolong lah percaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 11:17 PM | Show all posts

teringat mat sabu punya ceramah... inilah Bapak Kroni...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2018 11:24 PM | Show all posts
Ketawa aku sorang-sorang hari ni, yang sorang nafikan pasal kroni, yang sorang lagi kempen kat PD tentang habis-habisan pasal LGBT.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:11 AM | Show all posts
tak tau tak tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 09:30 AM | Show all posts
Alasan biasa atok

"BUKAN SAYA"

-SekianN-
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:39 AM | Show all posts
"Kritikan itu tidak adil sebab individu berkenaan mendapat sokongan kerana mempunyai kemampuan mampu melakukan pelbagai perkara.





kemampuan apa kalau kena bailout macam eric chia, Ting PK (ekran), Tajudin ramli, halim saat dll....c'mon lah, we r not born yesterday
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:47 AM | Show all posts
lawak betul sekor2 lobaicai nih..dulu x terkutik kata atok ade kroni..skrg mengiakan pulak..apela beza lobaicai skrg dgn pembgkg dulu???
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:55 AM | Show all posts
bila dh suci,semua jadi halal,hahaha....puiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2018 09:56 AM | Show all posts
Samalah korang dulu kutuk atok macam Mat Sabu kata KEPALA PEROMPAK. Pigi dahhh! Kata orang macai, dia sendiri macai tak sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 30-9-2018 03:47 PM
ini precedent baru....lantik la kroni asai buleh buat kerja....asai mampu buat..orang lain mampu ...

First time hang betui. Dia bagi yang Boleh buat kerja yang KEBETULAN kroni. Wakakakakaka kali ni Aku ketawa dengan hang.

What a hypocrite this TDM. Anak anak semua billionaires. Tup Tup sekarang berjuang Untuk marhaen. Tapi Umno penyamun, what choice do we have.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 09:59 AM | Show all posts
lorhhh... awat murni sangat ayat dia.. kata salah paham..
awat dia tak ckp.. "dulu mat sabu, anwar fitnah saya"
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:02 AM | Show all posts
Edited by JohnnySins at 1-10-2018 10:20 AM
nurrlisa replied at 1-10-2018 09:57 AM
First time hang betui. Dia bagi yang Boleh buat kerja yang KEBETULAN kroni. Wakakakakaka kali ni A ...
What a hypocrite this TDM. Anak anak semua billionaires. Tup Tup sekarang berjuang Untuk marhaen. Tapi Umno penyamun, what choice do we have.

hang pun hypocrite...hang dah tau dia hypocrite lagi hang pilih dia sbb hang percaya dia berjuang untuk marhaen.....either hang bowdow atau hang diperbowdow...what choice do I have?...wakakakakakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:03 AM | Show all posts

kebetulan anak buah buleh buat kereja bro...wakakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:04 AM | Show all posts
awat pedopura tak mau masuk thread ni....pedopura ahli bersatu ka? wakakakkakakakakakka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086892 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list