CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1558|Reply: 8

[Tempatan] Sultanah Terengganu mahu saman Clare (S'wak Report)

  [Copy link]
Post time 27-9-2018 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Sultanah Terengganu mahu saman Clare

KUALA LUMPUR: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah akan mengemukakan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung dakwaan fitnah konspirasi membabitkan Jho Low dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay ketika dihubungi sebentar tadi, bagaimanapun beliau hanya akan mendedahkan butiran penuh berhubung saman itu pada Sabtu ini.

Menjawab soalan berhubung tindakan Sarawak Report yang mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak mengaitkan Sultanah Terengganu dengan kandungan buku terbitan mereka, Mohd Haaziq tegas mengatakan bahawa saman itu tetap akan diteruskan.

“Ia mengaibkan dan mereka tidak memikirkan perasaan Sultanah Nur Zahirah ketika membuat dakwaan itu.

“Hanya selepas pihak kami mahu memfailkan saman, mereka (Sarawak Report) mengemukakan penjelasan terhadap dakwaan itu. Mengapa ia tidak membuat pengesahan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan? Kami tidak boleh menerima permohonan maaf ini dan tetap akan meneruskan saman itu,” katanya.

Clare didakwa membuat kenyataan memfitnah di dalam buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose’ yang mengaitkan Sultanah Terengganu dengan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho serta skandal 1MDB.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya pembabitan Sultanah Nur Zahirah sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urusan pentadbiran kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA).

Buku itu didakwa menceritakan kisah di sebalik siasatan skandal 1MDB oleh Clare yang dilancarkan pada 8 September lalu.

Sementara itu portal Sarawak Report hari ini menyiarkan kenyataan bahawa mereka mengesahkan kandungan di dalam buku itu tidak menunjukkan bahawa Sultanah Terengganu ada konspirasi dengan Jho Low atau terbabit dalam urusan 1MDB.

Kenyataan itu antara lain berkata pihaknya mengesyaki bahawa perkara itu disalah tafsirkan kepada Sultanah oleh mereka yang mahu menimbulkan masalah.

Menurut Sarawak Report, pembacaan yang teliti boleh menjelaskan bahawa tiada dakwaan dibuat terhadap mana-mana ahli keluarga Diraja Terengganu.

“Kami meminta maaf terhadap Sultanah jika Sultanah kecewa dengan salah tafsiran maksud (kandungan buku itu) dan percaya dengan penjelasan ini berhubung perkara itu,” lapor portal terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2018 10:17 PM | Show all posts
Saman jangan tak saman..... Buku dah laku banyak tu, mesti boleh kaber kalau kalah.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 10:21 PM | Show all posts
taib mahmud tak nak saman clare brown ka? wakakakakakakkakakakkaka

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 10:39 PM | Show all posts
katanya buku ni laku gila

cam filem rise inikalilah, pungutan terkini 57 juta

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes dengan KWSP sapu bawah pengesat kaki..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman sampai tinggal seluar dalam .....dan coli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2018 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani kerana benar..Sultanah. Jgn jd macam Najib....berapa kali Selasa pun dah hilang dr pengiraan dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 07:07 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 28-9-2018 07:08 AM

sarawak report dipayungi PH...berani kau..

siapa dibelakang yg sponser sarawak report??? CID pergi siasat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 07:15 AM | Show all posts
saman je.. tak habis2 fitnah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059580 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list