CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 0

[Tempatan] RM500,000 baiki rumah tentera di Port Dickson

[Copy link]
Post time 22-9-2018 02:47 AM | Show all posts |Read mode
Bersangka baik la ye. Ini tiada kena mengena dengan PRK di PD. Secara kebetulan saja.

RM500,000 baiki rumah tentera di Port Dickson

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan menyalurkan peruntukan RM500,000 untuk membaiki kerosakan rumah dan prasarana yang perlu bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini, berkata peruntukan itu diumumkan Menterinya, Mohamad Sabu selepas mengadakan lawatan kerja ke Port Dickson bagi bertemu anggota Pusat Asas Tentera Darat (PUSASDA) dan meninjau sendiri keadaan RKAT di daerah berkenaan.

“Beliau berkesempatan melawat keadaan rumah keluarga angkatan tentera khususnya di blok anggota berpangkat koperal ke bawah dan melihat adanya keperluan untuk baik pulih tangki air, saluran paip, kumbahan serta elektrik,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Mohamad turut menunaikan solat Jumaat bersama anggota PUSASDA di Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Dalam sesi perjumpaan Mohamad bersama anggota PUSASDA berkekuatan 1,100 anggota di Perkarangan Hangar itu, beliau menyampaikan ucapan antaranya memberi semangat dan nasihat kepada anggota supaya sentiasa sedar dengan tanggungjawab memelihara keluarga serta mempertahankan tanah air tercinta dan tidak terbabit dengan najis dadah.

Beliau juga menekankan supaya setiap anggota tentera terus setia berkhidmat dalam perkhidmatan sehingga umur persaraan dan tidak berhenti separuh jalan memandangkan dunia luar tidak semestinya menjanjikan kejayaan.

Menurut kenyataan itu, Mohamad turut memberi komitmen akan sentiasa melihat dan mengambil perhatian soal kebajikan anggota dari semasa ke semasa walaupun keadaan kewangan kerajaan yang terhad kini. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.337018 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list