CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 10

[Tempatan] PAS yang janji mansuh pinjaman PTPTN, bukan PH – Wan Saiful

  [Copy link]
Post time 15-9-2018 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Salahkan orang lain adalah dasar parti kami.. macam atok buat........

PAS yang janji mansuh pinjaman PTPTN, bukan PH – Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Bukan Pakatan Harapan yang berjanji untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaliknya PAS.

Lantaran itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan meminta Datuk Seri Najib Razak belajar membaca dengan teliti sebelum membuat komentar mengenai dasar Kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu turut menunding jari kepada Najib yang didakwa telah merosakkan orang Melayu.

Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya berkata, semakin ramai anak-anak Melayu yang dibentuk pada zaman Najib enggan membayar hutang.

Malah, Wan Saiful turut membuat dakwaan bahawa Najib memang suka berhutang untuk membiayai hidup dan aktiviti mewah beliau, isteri, anak-anak dan sekutu politik.

Dan, beliau menyifatkan peminjam PTPTN merupakan satu lagi legasi buruk peninggalan pentadbiran Najib kepada negara sehingga terpaksa diselesaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib kemudian menjawab kenyataan Wan Saiful dengan mempertahankan Pakatan Harapan yang menghasut orang ramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN kerana berjanji akan mansuhkannya tetapi tiba-tiba beliau pula dipersalahkan. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2018 02:10 PM | Show all posts
betui la..pakatan hanat ni kata nak tangguhkan ja..tunggu hangpa gaji rm4000 baru bayaq...wakakakakakakakak



sebab tu anak2 muda mahukan lapiji...wakakakakakak

http://www.keadilandaily.com/man ... ama-pakatan-rafizi/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2018 02:21 PM | Show all posts
Orang Melayu malas bayar PTPTN sebab Najib – Wan Saiful

SHAH ALAM – Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membohongi rakyat apabila mendakwa kerajaan PH berjanji untuk memansuhkan hutang PTPTN.

Beliau berkata, budaya ‘cash is king’ semasa pemerintahan Najib juga telah merosakkan orang Melayu dan kini sedang diperbaiki oleh pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Sejak penubuhan PTPTN, katanya, seramai 1,003,124 peminjam adalah anak-anak Melayu dan daripada jumlah ini, hanya 288,835 sahaja yang membayar balik dengan konsisten, iaitu 28.8 peratus.

“Seramai 425,292 atau 42 peratus pula tidak membayar mengikut jadual, manakala 277,994 atau 28 peratus tidak membayar langsung hutang mereka. Maksudnya, 70 peratus peminjam Melayu tidak berdisiplin dalam melunaskan kewajipan membayar hutang mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Berdasarkan fakta, katanya, memang tepat kata-kata Tun Mahathir bahawa ramai anak Melayu yang dibentuk pada zaman Najib mengambil sikap ‘Jika kita hutang, berat bagi kita membayar balik’.

“Ini satu lagi legasi buruk tinggalan Najib kepada negara, iaitu sikap orang Melayu yang tidak membayar hutang. Legasi inilah yang terpaksa diselesaikan oleh kerajaan Tun Mahathir..

“Memang fakta ini memalukan kita. Tetapi seperti yang disebut oleh Tun Mahathir, kita perlu terima hakikat, supaya kita boleh mengorak langkah memperbaiki keadaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, akibat sikap sambil lewa terhadap hutang yang diajar oleh Najib, maka hutang PTPTN kita melebihi RM36 billion, malahan mencecah RM40 billion.

“Sebab itu hutang negara kita amat banyak, dan hutang PTPTN adalah salah satu komponen besar hutang-hutang itu. Mungkin Najib terlupa ajaran agama bahawa hutang boleh menyekat amalan kita di Padang Mahsyar nanti. Najib perlu ulangkaji hal ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2018 02:25 PM | Show all posts
Lain kali belajar dengan anak2 atok, berjaya jadi billionair tanpa hutang piutang. Syarikat rugi usaha sendiri hidupkan balik syarikat dan daddykasi. Ingat!!!!!! Daddykasi tu penting utk berjaya. Tengok atok, tak pernah salahkan anak2 atok, yang salah rakyat terlalu dimanjakan dan hidup bertongkat. Percayalah, kejayaan anak2 atok dari usaha murni mereka tanpa campurtangan atok. Yg penting daddykasi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 02:56 PM | Show all posts
“Sebab itu hutang negara kita amat banyak, dan hutang PTPTN adalah salah satu komponen besar hutang-hutang itu. Mungkin Najib terlupa ajaran agama bahawa hutang boleh menyekat amalan kita di Padang Mahsyar nanti. Najib perlu ulangkaji hal ini,” katanya.


sebut padang mahsyar tu...wakakakaakakakkakakaka

http://www.keadilandaily.com/mal ... -percuma-adam-adli/

adam adli where u at? wakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ya betul Dr Maszlee Malik dah pandai pinjam, hutang kene bayar...tp Dr..tak kan doktor lupa ? siapa yg melalak pasal ptptn ni dlu ? klau tak kerana korang melalak dekat demo bersih dulu dan demo2 yg lain menuntut menghapuskan hutang ptptn dan pendidikan percuma jgn harap la ko menang dpt jd kerajaan.. tak caya ? tanya Azmin Ali, Adam Adli & Khalid Mohd Ismath

klau tak krn pemimpin PH cucuk angin peminjam ptptn konon nk bg pendidikan percuma jgn harap la korang menang jd kerajaan.. tak caya ? tanya Tian Chua.. Nurul Izzah Anwar Anwar Ibrahim Rafizi Ramli

Mazslee hilang ingatan kot ??? Mcm kes sila tuntut janji tol  simpang renggam tu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit2 salah kan PAS.

Yang kau angkat Billboard dulu apa benda. Ko ingat ni zaman Surat Khabar Utusan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendidikan percuma....ikut fahaman aku free la kan...spin mmg bg kat dia... Klu aku jd maslee tu paling malu bab tol simpang renggam tu..janji munafik!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 10:10 PM | Show all posts
Pengampu mana pulak sekor  lagi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mak ijat lombu & co bila pulak nak bayar hutang projek lombu kondo invisible rm250mil?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2018 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Manifesto bukan kitab suci, tetapi Kitab suci mengajar Kita supaya tepati janji..x der pulak peminjam kata abis belajor dia nak terus bayor..rata2 mahasiswa tungguuuuuuu gaji mereka cecah 4k bersih baru mereka bayor spt dlm manipesto hancing tu..

Apa susah sangat.. kerajaan naikkan la gaji peminjam kpd 4k.. Supaya diorang bayar ikut janji manipupesto bila gaji cecah 4k..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076393 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list