CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4235|Reply: 20

Senarai 11 Konsert Retis Antarabangsa Kat KL 2018

[Copy link]
Post time 15-8-2018 06:05 PM | Show all posts |Read mode
HAMPIR ke penghujung tahun 2018, arena hiburan tempatan kian meriah dengan penampilan beberapa artis ternama dunia yang bakal mengadakan persembahan pentas di sini.

Artis antarabangsa seperti Mariah Carey, Yngwie J Malmsteen, Jacky Cheung, dan Guns n Roses adalah antara yang sudahpun menetapkan tarikh untuk mengadakan konsert jelajah di Malaysia pada suku terakhir tahun ini.

Begitu hebatnya permintaan peminat tanah air hingga dimaklumkan ada tiket konsert yang sudah pun habis dijual!

Barikut disenaraikan konsert-konsert antarabangsa yang bakal berlangsung hingga hujung tahun ini bermula Ogos:


1. Boyzone "In Celebration of Their 25th Anniversary" Tour Live In Malaysia







Selepas 25 tahun membina kerjaya nyanyian bersama, ‘boy band’ terkenal dari Ireland, Boyzone mengumumkan perpisahan mereka.

Sebagai tanda selamat tinggal kepada peminat di seluruh dunia, Boyzone yang dianggotai Keith Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan menemui peminat buat kali terakhir menerusi konsert jelajah di Malaysia.


Tarikh / masa: Jumaat, 24 Ogos @ 8.30pm


Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM198 boleh dibeli melalui laman web Star Planet dan MyTicket.Asia.


2. Eric Chou 22PLUS 2018 Asia Tour in Malaysia






Terkenal dengan lagu hits ‘What Love Has Taught Us’ dan ‘How Have You Been?’, penyanyi Mandopop, Eric Chou kembali ke Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut dan membawakan versi konsert yang baharu kepada peminatnya di sini.


Tarikh dan masa: Sabtu, 1 September @ 7.30pm


Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM128 boleh dibeli melalui laman web MyTicket.Asia.


3. Genting LIVE with Yiruma








Pemain piano dan komposer, Lee-Ru-Ma atau lebih dikenali sebagai Yiruma menjadikan Malaysia sebahagian daripada senarai konsert jelajahnya pada tahun ini.

Adakah anda teruja untuk mendengar lagu ‘'River Flows in You' dan 'May Be' secara live?

Tarikh dan masa: Sabtu, 1 September @ 8.30pm


Lokasi: Arena Of Stars, Genting Highland

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM191.80 boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting.


4. JJ Lin Sanctuary World Tour [Tiket habis dijual]






Selepas lima tahun, penyanyi dan penulis lagu dari Singapura, penyanyi Mandopop JJ Lin akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsertnya, Sanctuary World Tour.

Tarikh dan masa: Jumaat dan Sabtu, 7-8 September @ 8.00pm


Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil



5. 2018 SEVENTEEN CONCERT 'IDEAL CUT'






Kumpulan K-pop terkenal, SEVENTEEN, yang terdiri daripada 13 anggota iaitu S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, The8, Mingyu, DK, Seungkwan, Vernon and Dino bakal kembali dengan konsert eksklusif mereka 'IDEAL CUT'.

Tarikh dan masa: Ahad, 23 September @ 6.00pm


Lokasi: MINES International Exhibition & Convention Centre

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM98 boleh dibeli melalui laman web TicketCharge.


6. Shila Amzah "Loving You" World Tour – Genting








Nurshahila Amir Amzah atau lebih mesra dengan panggilan Shila Amzah, mula menempa nama dalam industri muzik peringkat global apabila bakatnya dijulang dalam Asian Wave, sebuah pertandingan nyanyian yang diadakan di Shanghai, China pada 2012.

Beliau kini kembali ke tanah air untuk menghiburkan peminatnya.

Tarikh dan masa: Rabu, 29 September @ 8.30pm


Lokasi: Arena Of Stars, Genting Highland

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM118 boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting.


7. Yngwie Malmsteen Live in Malaysia






Pemain gitar dari Sweden, Malmsteen yang sinonim dengan teknik 'shredder' yang diciptanya bakal tampil di pentas Malaysia bulan depan.

Tergolong antara 10 pemain gitar terbaik dunia sepanjang masa, kehebatannya bermain gitar dengan menggabungkan elemen muzik klasik dengan kelajuan dan kelantangan muzik ‘heavy metal’ menjadikan beliau antara pujaan peminat rock pada era 80-an.

Istimewa buat peminat tempatan, Malaysia menjadi satu-satunya lokasi konsert di benua Asia. Rugi tak pegi, beb!

Tarikh dan masa: Rabu, 29 September @ 9.00pm


Lokasi: Dewan Wawasan, PGRM Kuala Lumpur

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM130 boleh dibeli melalui laman web TicketPro.


8. Jacky Cheung – A Classic Tour






Memanggil semua peminat Jacky Cheung! Penyanyi termasyhur Hong Kong kembali untuk membuka tirai persembahan di Malaysia buat tiga malam berturut-turut pada Oktober.

Tarikh dan masa: Jumaat hingga Ahad, 5-7 September @ 8.00pm


Lokasi: Dewan Wawasan, PGRM Kuala Lumpur

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM258 boleh dibeli melalui laman web Star Planet.


9. Mariah Carey Live In Concert Kuala Lumpur 2018




Berita baik buat peminat setia legenda pop Mariah Carey! Penyanyi tersohor itu telah mengumumkan Malaysia antara destinasi bagi siri jelajahnya 'Mariah Carey, Live In Concert'.


Tarikh dan masa: Selasa, 16 Oktober @ 8.30pm


Lokasi: Dewan Plenary, KLCC

Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM398 boleh dibeli melalui laman web PR Worldwide dan MyTicket.Asia .


10.  Guns N’ Roses Not In This Lifetime Tour Live in KL







Adakah anda bersedia untuk “November Rain”?



Sediakan tiket ‘Night Train’ anda kerana Kuala Lumpur bakal dijadikan ‘Paradise City’ apabila kumpulan rock Guns N’ Roses menggegarkan pentas Malaysia pada November ini.


Tarikh dan masa: Rabu, 14 November @ 8.30pm


Lokasi: Surf Beach @ Sunway Lagoon, Selangor
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM288 boleh dibeli melalui laman web Galaxy Group.


11.  The Iron Maidens – Live in Malaysia





Ditubuhkan pada tahun 2001, The Iron Maidens telah menempa nama sebagai kumpulan wanita terulung yang menjadi artis ‘tribute’ kepada legenda gergasi ‘heavy metal’ Iron Maiden.

The Iron Maidens menyampaikan lagu-lagu klasik Iron Maiden daripada pelbagai era sepanjang karier mereka.

Jadi, sementara menantikan Bruce Dickinson dengan Ed Force One mendarat di KLIA satu hari nanti, jadikan hujung tahun ini sebagai janji temu anda dengan awek rock The Iron Maidens di pentas Kuala Lumpur.

Tarikh dan masa: Sabtu, 15 December @ 9.00pm


Lokasi: Wawasan Hall, PGRM, Kuala Lumpur
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM130 boleh dibeli melalui laman web TicketPro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
akak tau psl mariah carey tu sbb ada kuar her schedule concert kt spotify...so kompom nak pi tgk kak mariah
iron maiden lak mmg konfem laki iols pi tgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan Iron Maiden.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde promoter nak bawa masuk Radiohead kesukaan Nurul Izzah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:00 PM | Show all posts
teringinnya konsert GNR..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:17 PM | Show all posts
um... tribute band tu takyah la masuk list. buat saspens jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2018 10:41 PM | Show all posts
the iron maidens?ooookkeeeeyyyyyy

aku teringin sesgt nak tgk red hot chilli peppers.sblm sapa2 mati khenn
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:42 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-8-2018 06:21 PM
akak tau psl mariah carey tu sbb ada kuar her schedule concert kt spotify...so kompom nak pi tgk kak ...

bukan iron maiden lah.cer tgk bebetul.keras kejung laki uols nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 15-8-2018 10:42 PM
bukan iron maiden lah.cer tgk bebetul.keras kejung laki uols nanti

laaa..sesungguhnya aku x perasan poster tu
sbb skrol tgk tajuk je
patutlah buat kt dewan menara pgrm sajok
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:38 AM | Show all posts
Harap artis2 grade A dan chart topper sudi singgah sama.  Tak nak ler asyik lebih kepada artis sendu dan kertu je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:03 PM | Show all posts
Nak tengok dik Eric tp kerja berlambak la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 02:56 PM | Show all posts
teringin nak tengok Coldplay perform. apsal deyoll tak masuk Mesia? Singaporn diorang pergi, Bangcock pun diorang perform. Sampai hati skip Mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:48 PM | Show all posts
Sorry OT... Radiohead bila nk bwk mai?....jd ka x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 16-8-2018 02:56 PM
teringin nak tengok Coldplay perform. apsal deyoll tak masuk Mesia? Singaporn diorang pergi, Bangcoc ...

Coldplay support LGBTQ , so xmasuk negada yg xsupport gitew kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2018 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Boyzone here i comeeee
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 16-8-2018 02:56 PM
teringin nak tengok Coldplay perform. apsal deyoll tak masuk Mesia? Singaporn diorang pergi, Bangcoc ...

Rumours mengatakan deyols xkan perform di negara yg menolak LGBT.... katanya lahh.... thats y malaysia n indon diorg x perform. Tp iols pegi tahun lepas konsert diorg kt singapore. Mmg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mimirahim replied at 24-8-2018 06:18 PM
Boyzone here i comeeee

Best ke? I tgok IG boyzone n ronan keating diorg xde pn update apa2 konsert kt KL
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Charlie Puth x msuk senarai kewww
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la turn Maroon 5 nak turun KL. Dulu2 takde bajet nak tengok konsert theyols
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2018 10:00 AM | Show all posts
iols excited nak gi konsert GnR jer.. awal2 dah hint laki iols suh beli tiket..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074827 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list