CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2199|Reply: 0

Markas Pemerintahan Armada Barat terima panglima baharu

[Copy link]
Post time 10-7-2018 10:07 PM | Show all posts |Read mode
IPOH, 10 Julai (Bernama) -- Laksamana Madya Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad dilantik Panglima Armada Barat baharu menggantikan Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis, berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas antara Mohamad Adib dan Abu Bakar yang memangku jawatan itu disaksikan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Serambi Markas, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini.

Jawatan tersebut dipangku Abu Bakar bermula 29 Mei lepas apabila Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohamad Roslan Mohamad Ramli, bekas Panglima Armada Barat ke-22 mulai bercuti untuk bersara setelah hampir 40 tahun berkhidmat bersama TLDM.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat, Mohamad Adib, 59, berkhidmat sebagai Panglima Wilayah Laut 1, selepas dilantik sebagai Panglima Udara pada 2014 hingga 2015.

Beliau yang berkhidmat dengan TLDM sejak 1978 itu pernah menghadiri Kursus Navigasi di Australia pada 1982 sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Navigasi dan memulakan karier sebagai juruterbang helikopter TLDM setelah tamat kursus penerbangan pada 1985.

http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1478978

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.231423 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list