CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1351|Reply: 11

[Dunia] Isteri potong "mamat" suami sebab curang

  [Copy link]
Post time 3-7-2018 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by izamdgreat at 3-7-2018 10:40 PM

Gara-gara menjalin hubungan bersama wanita lain, seorang lelaki terpaksa menangung kesakitan apabila kemaluannya dikerat oleh si isteri sebelum dibuang dari luar tingkap dalam satu kejadian yang berlaku di Thailand.

Karuna Sanusan, 24, berasal dari Kemboja memberitahu polis dia mengejutkan suaminya, Siripan, 40, daripada tidur lalu mengerat kemaluan lelaki berkenaan menggunakan pisau.





Sanusan lalu mencampak keluar kemaluan suaminya daripada tingkap bilik tidur kediaman mereka di Sriracha, Bangkok.


Pihak polis kemudiannya tiba bersama pasukan paramedik pada pukul 6.20 pagi setelah menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang terdengar jeritan mangsa.

Mereka kemudiannya mengambil kemaluan itu dan meletakkannya dalam kotak ais dalam cubaan menyambungkannya semula.

Siripan segera dibawa ke Hospital Samitivej Sriracha namun menurut sumber paramedik, mangsa kehilangan banyak darah dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal.

Manakala itu, Sanusan yang berasal dari Cambodia dilihat kelihatan tenang semasa ditembual oleh pihak polis.

Dia memberitahu pihak polis dia mengambil tindakan itu kerana selalu melihat suaminya 'menggatal' dengan ramai perempuan dan berlaku curang dengan hubungan mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Sriracha Kolonel Somkid Boonlert berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, si isteri mengaku mengerat kemaluan suaminya untuk membalas dendam atas kecurangan lelaki berkenaan.

"Lelaki itu telah kehilangan banyak darah dan berada dalam pemerhatian doktor. Menurut doktor, Siripan tidak boleh lagi menggunakan kemaluannya seperti sebelum ini kerana sel pada kawasan itu telah mati.

"Polis telah menahan Sanusan untuk tindakan lanjut dan tidak dibenarkan menemui suaminya," ujar Boonlert. -
Informasisantaiku

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampoih xboleh pakai balik daahhhh~
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Aliff Aziz lebih menghargai kemaluannya selagi masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganasnya wanita kemboja...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:19 PM | Show all posts
Baca berita pun ngilu...apatah lg kalau betul2 kena kerat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan uke !!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 02:22 PM | Show all posts
Akibat curang, cacat seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:23 PM | Show all posts
Kejam sangat perempuan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ggulllppp
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg berani bini dia.. Siap kejut si suami sebelum potong his cock hahah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:10 PM | Show all posts
jadi pondan la laki ko....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:17 PM | Show all posts
Dah macam trend sorang buat yg lain mengikut bolehlah apply kerja jadi sida2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.206472 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list