CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4007|Reply: 21

[Tempatan] Adik bunuh diri di Jepun, kakak 'selamba' kongsi di FB sebab...

  [Copy link]
Post time 28-6-2018 11:34 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Topik mengenai gangguan mental, kemurungan dan tekanan perasaan yang dahulunya dianggap memalukan semakin diterima positif rakyat di negara ini. Susulan beberapa siri laporan mengenai masalah kesihatan mental yang mendorong kepada tindakan bunuh diri, masyarakat mula membuka mata dan mengambil serius isu ini.

Turut mendapat perhatian adalah perkongsian seorang wanita di Facebook mengenai kisah adiknya yang dikenali sebagai Mirza.

Menurut Nurul Hasanah, 33, adiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Osaka, Jepun, bertindak menamatkan riwayatnya sendiri akibat kemurungan, April lalu.

"Sejujurnya saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Saya memang menyesal sebab tak paksa dia pergi jumpa doktor.

"Ada dalam kalangan ahli keluarga yang minta saya padam perkongsian di Facebook, tapi saya rasa sikap nak jaga air muka macam ni lah yang buat orang kita susah nak terima benda ni," kata Nurul Hasanah ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Mengimbas latar belakang keluarganya, Nurul Hasanah berkata mereka keluarga tinggal di Amerika Syarikat (AS) sehingga tahun 1998.
Jelasnya, Mirza berusia lima tahun ketika mereka pulang ke Malaysia.
"Saya rasa dia mula mengalami kemurungan sejak sekolah rendah, sekitar tahun 2001," katanya sambil menambah adiknya itu adalah seorang budak yang ceria.
Bagaimanapun katanya, semakin meningkat dewasa Mirza merupakan seorang yang ramah, sentiasa tersenyum dan begitu obses dengan semua benda berkaitan negara Jepun.
Malah, kehidupannya kelihatan sempurna kerana dia berjaya melanjutkan pelajaran ke negara impiannya dan berpeluang melakukan semua perkara yang diangankan selama ini.
"Dia seorang kanak-kanak yang pintar, dia juga boleh bercakap dengan sesiapa pun tanpa rasa malu. Apa yang buat seorang yang ceria seperti Mirza bertindak begitu sekali?" soalnya di laman Facebook sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah adiknya.
Apa yang lebih menyedihkan, pemuda itu membunuh diri sebulan selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-24, baru-baru ini.
Menurut Nurul Hasanah yang dikenali dengan nama Nur Brkich di Facebook, dia sekeluarga telah berangkat ke Jepun untuk membuat pengecaman sebelum jenazah Mirza dikebumikan di Wakayama.
"Sebagai kakak, saya kenal dia sebagai semua yang di atas tetapi saya juga tahu tentang sisinya yang sentiasa sedih dan murung. Dia rasakan kalau dia melayan sangat perasaanya, dia seorang yang lemah.
"Semakin membesar, dia selalu terasa dengan benda-benda yang pada orang lain bukan benda yang besar. Bila dia kemurungan, kami cakap atau buat apa saja pun takkan dapat buat dia ceria kembali," tulisnya panjang di Facebook.
Perkongsian berkenaan menerima lebih 1,000 tanda suka dan turut dikongsi lebih 1,000 pengguna Facebook.
Malah, ia turut dikongsi oleh seorang netizen di laman Twitter dan sudah diulang kicau (retweet) lebih 20,000 kali.
Wanita itu yang tinggal di Perth, Australia berterima kasih kepada semua netizen yang berkongsi posting berkenaan.
Katanya, ia diharap dapat memainkan peranan untuk mengurangkan stigma masyarakat terhadap penyakit mental dan menggalakkan sokongan untuk mereka yang mengalaminya.
"Bagi yang mengalami depresi, saya harap mereka akui perkara itu pada diri sendiri. Cuba cari bantuan.
"Kalau tak boleh luahkan pada kawan atau keluarga, banyak badan-badan di luar sana yang boleh membantu," tambahnya lagi.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... lmkwsfDVHvZ1CTpv.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 12:21 PM | Show all posts
teringat pulak kes pasal acik hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 12:29 PM | Show all posts
byk kwn2 aku graduan jepun cerita pasal bunuh diri kat sana hampir setiap hari
bila dibincang2 pasal ni mmg semua yg bunuh diri tu jenis menghambakan diri pada dunia
ataupon xde rasa bertuhan dalam diri

bila rasa diri ni bertuhan mmg depression semua tu akan terkawal
bukan kata xkn rasa depression langsung cuma rasa sampai nk bunuh diri tu xkn ada
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat"

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 28-6-2018 12:29 PM
byk kwn2 aku graduan jepun cerita pasal bunuh diri kat sana hampir setiap hari
bila dibincang2 pasa ...

Bila rasa tak de bertuhan.. kih kih kih..

Famri7 dan changa sila bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh orang yg depressed ni cari bantuan nasihat ngo semua tu susah  sebab salah satu effect kemurungan ni menjauh dr orang lain.


Famili dan ahli keluarga kena  main peranan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 12:39 PM | Show all posts
kesiannye lahaiiii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Depression jgan bawak main2...... pegi jumpa doktor kalau dh ada tanda2 besar especially suicidal thought..... rasa anxiety melampau2 pn sama
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia suicide dalam rumah ker or kat Aokagihara forest?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 01:05 PM | Show all posts
Jijiknya yang nak komen kunun yang commit suicide tak bertuhan tuuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah share kisah sebegini sbb nak bau kesedaran masyarakat tentang depression/sakit mental. Org meleis ni kalau cakap pasal depression ke sakit mental terus cop org gila, x kuat iman, nak perhatian bagai padahal org tu mmg tgah sakit. Benda ni bukan aib keluarga ke apa, tgok tu keluarga dia pulak suruh padam perkongsian sbb aib katanya. Nmpak sgat mereka masih in denial walhal benda betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 28-6-2018 12:29 PM
byk kwn2 aku graduan jepun cerita pasal bunuh diri kat sana hampir setiap hari
bila dibincang2 pasa ...

Org2 cmni lah yg masih kurang kesedaran pasal depression ni. Terus cop org depress tu xde tuhan, xde iman, x solat semua kan? Kat fesbuk dh byk cerita pasal depression, kat gugel semua ada kau boleh cari. Depression takde kena mengena dgan xde agama lah!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 28-6-2018 12:35 PM
Nak suruh orang yg depressed ni cari bantuan nasihat ngo semua tu susah  sebab salah satu effect kem ...

Yes, family da org sekeliling di samping diri sendiri yg kena acknowledge dia ada pesakit ni dan nak bantu diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 02:49 PM | Show all posts
kesian...
kalau da depress sgt sampai rasa xde tmpt nak mengadu hingga terasa jauh dr Allah
mmg x bleh fikir apa dah...
apa pun kena kemballi kpd Allah...kena pndai pujuk hati



Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 02:50 PM | Show all posts
".....begitu obses dengan semua benda berkaitan negara Jepun"


mungkin dia menganggap bhw bunuh diri tu juga salah satu made in japan yg perlu di punyai..

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 03:08 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 28-6-2018 02:36 PM
Org2 cmni lah yg masih kurang kesedaran pasal depression ni. Terus cop org depress tu xde tuhan, x ...

bukan xde tuhan, xde iman, xde agama
tp xde rasa bertuhan
lain tu bang

erm nk explain pon kebanyakan org xkn paham kot
xpela layankan aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 03:20 PM | Show all posts
ada org yg iols kenal ni xtahu la apa masalah, iols syak dadak.. bini heols kata lemah smangat.. tp iols jadi menyampah kat dia sbb menyusahkan hidup isteri. isteri dia pnh mngadu kat iols suaminya tu ugut2 nk bunuh diri. siap forward msg tu suh iols baca..iols dengan xde perasaannya ckp xdenya dia nk bunuh diri. nak acah bini je tu. sekali xlama lepas tu btl dia gantung diri. menggeletar jugak la iols. semnggu jugak rasa bersalah. xsangka btl2bunuh diri. sbb sblm tu dh byk kali dia ckp nk mati tp hidup lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 28-6-2018 03:20 PM
ada org yg iols kenal ni xtahu la apa masalah, iols syak dadak.. bini heols kata lemah smangat.. tp  ...

Bini dia mcm mana sekarang?

Kalau iols pn akan cakap benda yang sama...elok lah mati dari dibunuh isteri sendiri sbb memasing stress
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 28-6-2018 03:08 PM
bukan xde tuhan, xde iman, xde agama
tp xde rasa bertuhan
lain tu bang

Ada jah org yg shalat tak tinggal, baik budi pekerti spt dituntut islam tpi ada depression with suicidal intention.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Real hasanah

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kibodwatriuh replied at 28-6-2018 01:05 PM
Jijiknya yang nak komen kunun yang commit suicide tak bertuhan tuuuu.

Kannn
Jijik sangat
Sembang bolehlaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.339180 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list