CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3901|Reply: 10

Hantu Kak Limah dah jadi hantu Kak Vida

[Copy link]
Post time 26-6-2018 09:09 PM | Show all posts |Read mode
SEKUAL Hantu Kak Limah bakal menyaksikan penampilan sulung usahawan terkenal Datuk Seri Vida sebagai pelakon menerusi filem arahan Mamat Khalid itu.

Penerbit Ekskutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, kemunculan Vida adalah sebagai penampilan istimewa namun ia bakal menjentik hati penonton dengan aksi bersahajanya.






"Saya dan Mamat Khalid sebenarnya sudah lama mengenali Vida sebelum beliau terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.






"Apabila kami menawarkannya tawaran berlakon dia bersetuju walaupun peranannya sekadar penampilan istimewa namun apa yang boleh saya katakan Vida cukup meninggalkan kesan dalam filem itu.

"Saya tidak boleh dedahkan apa peranannya dalam filem itu... Anda kena tonton sendiri nanti apabila ia ditayangkan," katanya.

Gayatri ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah yang diadakan pada Selasa.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Delimawati, Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Jue Aziz, Ropie, Mus May, Pekin Ibrahim, Sharwani dan TJ Isa.








Hantu Kak Limah bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Ogos depan.

Gayatri turut memberitahu selain Vida, Hantu Kak Limah turut menyaksikan penampilan istimewa Erra Fazira dan Sabri Yunus.

Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai penerbit dia yakin jenama Hantu Kak Limah masih kuat dalam kalangan peminat sehingga memberanikan diri untuk menghasilkan sekualnya.

Katanya, dia sangat tertarik dengan skrip yang ditulis oleh Mamat Khalid dan meletakkan keyakinan ia akan diminati penonton.






"Apabila saya membaca skrip yang ditulis oleh Mamat Khalid saya tertarik... ia ringkas tetapi menghiburkan.

"Filem sebelum ini pun meninggalkan impak yang sangat mendalam sehinggakan banyak dialog-dialognya masih jadi ingatan dan digunakan dalam perbualan seharian.

"Skrip kali ini juga ada elemen sama yang akan berbekas dihati penonton," ujarnya.

Sementara itu, sidang media pelancaran filem itu gamat apabila Delimawati melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Khuda atau Mr. K selain turut bersanding di atas pelamin disediakan.






Bagaimanapun ia adalah salah satu gimik bagi mempromosikan filem itu memandangkan jalan cerita Hantu Kak Limah bakal mengisahkan tentang perkahwinannya.

Sebelum ini, Mamat Khalid tidak asing lagi dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013).

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan pada 2010 pernah mencatat kejayaan besar dengan kutipan RM8 juta. -
Informasisantai


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke zul ripin tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukanla kawin betul2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd gimik sahaja lah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 11:04 PM | Show all posts
usop wilcha xde la dalam filem kali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok vida ni dulu2 lg dah penah jd penaja kan pilem mamat khalid ni tak silap zombi kg pisang kot.
Kt kedai pak jabit tu ada jual pamoga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2018 09:15 AM | Show all posts
Sah la gimik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
alfatihah utk
pak jabit
yeh sekupang
dan yg gebu2 lelaki tu..

klu ada depa mesti mamat khalid dah ambil..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kaka hampir smua film mamat khalid kaka p tgk wyg.

tak sabar nk tgk yg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 09:51 AM | Show all posts
ajak_ajak replied at 27-6-2018 09:38 AM
alfatihah utk
pak jabit
yeh sekupang

yg gebu gebu 'nak join' tu nama dia azwan.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:04 AM | Show all posts
tak nampak keperluan julripin dalam movie kelakar camni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065057 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list