CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2808|Reply: 1

Jepun pamerkan semangat juang tinggi

[Copy link]
Post time 25-6-2018 08:27 AM | Show all posts |Read mode
MOSCOW - Pasukan Jepun mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengikat Senegal 2-2 dalam aksi Kumpulan H di Ekatarinburg Arena sebentar tadi.

Keputusan tersebut membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi kedudukan teratas peringkat kumpulan selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan setakat ini.



Pada perlawanan tersebut, Senegal yang masih segar dengan kejayaan menewaskan wakil Eropah, Poland awal minggu ini membuktikan keupayaan dengan mendominasi sebahagian besar perlawanan.

Rentetan serangan yang dilakukan berjaya memberi tekanan kepada benteng Samurai Biru sehingga mengakibatkan penjaga gol, Eiji Kawashima melakulan kesilapan dengan menumbuk bola ke arah Sadio Mane untuk jaringan pertama pada minit ke-11.

Tersentak dengan itu, Jepun memperkemaskan serangan dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-34 menerusi Takashi Inui dan keputusan 1-1 kekal pada separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, Senegal sekali lagi memberi tekanan awal dengan mempamerkan corak permainan berkualiti dan berjaya mendahului menerusi Moussa Wague yang menyudahkan hantaran M'Baye Niang pada minit ke-71.

Pemain senior Jepun, Keisuke Honda muncul wira Jepun dengan gol penyamaan dan kedua peribadinya pada kempen Piala Dunia kali ini selepas merembat masuk gol hasil hantaran Inui berselang tujuh minit kemudian.

Kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol kemenangan tetapi keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan. - Informasisantai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Best tgk jepun main..mmg semangat..walo dah ketinggalan..mental dorang kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069643 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list