Edited by kibodwatriuh at 22-6-2018 02:05 PM
SEORANG ahli perniagaan warga Bangladesh yang didakwa mempunyai kaitan dengan kemasukan lebih 100,000 pekerja asing negara itu ke Malaysia meraih sekurang-kurangnya RM2 bilion pada tahun lepas sahaja, lapor akhbar The Star. Ahli perniagaan itu yang berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia juga orang tengah penting yang memastikan perjanjian kerajaan antara kerajaan yang ditandatangani Malaysia dan Bangladesh pada 2016 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dahulu. Perjanjian itu membolehkan hanya 10 syarikat Bangladesh untuk merekruit pekerja ke Malaysia, dan mengaut keuntungan selaku orang tengah, kata sumber tidak dinamakan kepada The Star.
Menurut The Star, ini adalah sindiket pemerdagangan manusia, dengan kata lain adalah jenayah terancang yang berat.
|