CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8811|Reply: 27

Ditipu Bengkel Kereta di Kuantan

 Close [Copy link]
Post time 13-6-2018 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Cuma nak share pengalaman saya supaya orang lain tidak ditipu seperti saya.
Pada 31/1/2018, kereta saya dilanggar dari belakang dan mengakibatkan bahagian belakang belah kiri rosak ,airbags juga terbuka. Saya menghubungi sales advisor saya daripada Hon Hin( showrooom Honda di Kuantan) yang telah mengaturkan untuk kereta saya ditarik ke Kam Seng Workshop di belakang Hon Hin.  Saya ada niat nak hantar kereta ke Macinda ( Honda 4s Centre) untuk dibaiki, tetapi pihak Hon Hin, Kam Seng dan MSIG memberitahu saya yang workshop ni dah banyak buat repair dan kerja dia org pun cantik.  Tapi, saya masih rasa tak sedap hati so saya telah menghantar feedback kepada Honda Malaysia mengenai beberapa masalah yang saya hadapi.
Dua bulan selepas accident, Kam Seng telah siap membaiki kereta saya.
Hasil daripada menghubungi Honda Malaysia,  saya telah diberikan satu inspection kereta yang percuma di Macinda. Sejam setelah saya ambik kereta daripada Kam Seng, saya pun pergi ke Macinda untuk inspection (nasib baiklah jugak tergerak hati untuk contact Honda malaysia)
Memang terkejut masa tengok hasil inspection tu. Welding tak betul,alignment tak betul, bahagian yang baru repair dah karat, banyak part yang perlu diganti baru direpair ( guna gam gajah dan duct tape) , air bag dan airbag ECU pun tak ganti, seat belt claim baru tapi tak ganti, screw tak ketatkan,banyak part yang claim tapi tak digantikan dll. (daripada hampir 60 item dalam list daripada pihak insurans, lebih kurang 30 item tak ditukar)
Bile contact MSIG, dia pun call balik kat Kam Seng. Kam Seng kata dia dah buat dgn perfect dah tapi kalau saya tak puas hati, dia repair baliklah.
Sales advisor saya pun ikut merepek, dia kata Kam Seng dah baiki dengan elok, mungkin sayalah yang merosakkan kereta saya.

Kes saya dah selesai setelah i komplain kat MSIG dan Honda Malaysia.  Repair kali kedua dibuat di Macinda dan mereka memang jauh lebih profesional dan jujur. Memang berpuas hati bile dapat balik kereta kali ni .

Saya masih lagi nampak kereta Honda dan lain-lain dihantar ke Kam Seng workshop. berhati-hatilah semua supaya tidak ditipu mcm saya!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus uols
Trrus bagitau.nama.bengkel
Iols pon mmg kalau dh eksiden kalau lah kan..kita xdoakan..
Iols.mmg.akan.call yang berkenaan sahaja..
Banyak.dh iols.tgk.org kena.tipu sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ini bagus.supaya yang lain lebih berhati2 jangan terkena
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info.. I rase sales advisor tu dpt komisen drpd bengkel kam seng kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 08:39 AM | Show all posts
aku pelik, kenapa perlu minta bantuan dgn sales advisor bila berlaku kemalangan?
ni memang saja cari bala....sebab dah tentu2 la SA tu nak kan habuan dia juga....
lain kali kalau berlaku kemalangan terus hubungi pihak insuran, dan bagitau terus nak hantar ke bengkel pilihan kita..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2018 11:26 AM | Show all posts
zulka replied at 14-6-2018 08:39 AM
aku pelik, kenapa perlu minta bantuan dgn sales advisor bila berlaku kemalangan?
ni memang saja ca ...

sebab sales advisor bukan saje kerja jual kereta.mmg kena bagi aftersales service. lagipun, code of conduct Honda memang menyatakan yang tanggungajawab mereka memang kepada customer, bukan kat workshop.
Dan, kalau nak tahu insurans, syarikat yang jual kereta, workshop semua satu gang. Tak kisah lah i call insurans ke sales advisor ke rasanya same je.

So kalau ada kete honda yang accident ni, pergilah kat Honda 4s centre .
Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2018 01:03 PM | Show all posts
sllum10 replied at 14-6-2018 11:26 AM
sebab sales advisor bukan saje kerja jual kereta.mmg kena bagi aftersales service. lagipun, code o ...

dah tu...ko dah tahu dorang sume sama kenapa melalui dorang?..nape tak terus ke 4S Ctre?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 05:27 PM | Show all posts
biasa owner kereta akan call advisor untuk dapat info pasal insurance sebab dorg yang handle insurance masa register kereta. insurance patut inspect kereta tu tngk claim mcm mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2018 10:16 PM | Show all posts
ada bengkel juga akan kuat tipu, saya pernah kena tipu. mereka tolong tukar minyak enjin yang murah tapi saya pula yang bayar dengan harga yang mahal. Sakit hati masa dapat tahu benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 10:19 PM | Show all posts
sunjay.yoong replied at 29-10-2018 05:27 PM
biasa owner kereta akan call advisor untuk dapat info pasal insurance sebab dorg yang handle insuran ...

kalau refer salesman, biasa mereka suggest bengkel panel... Kualiti ok ke tak ok kena cuba baru tahu, sekarang saya tahu bengkel yang cakap tu tak bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 10:02 PM | Show all posts
Kalau tak follow-up dengan kerap macam senang kena masalah yang teruk~
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 10:03 PM | Show all posts
Wan_sharir replied at 29-10-2018 10:19 PM
kalau refer salesman, biasa mereka suggest bengkel panel... Kualiti ok ke tak ok kena cuba baru ta ...

Tapi sendiri pun tak tahu siapa atau mana bengkel yang boleh pakai, macam mana ye? Takut satu hari nanti saya yang kena pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 10:04 PM | Show all posts
KIKI_KILA replied at 29-10-2018 10:16 PM
ada bengkel juga akan kuat tipu, saya pernah kena tipu. mereka tolong tukar minyak enjin yang murah  ...

bunyi enjin semakin kuat ke kalau guna minyak enjin tak betul?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 09:44 PM | Show all posts
Tarjudin replied at 30-10-2018 10:04 PM
bunyi enjin semakin kuat ke kalau guna minyak enjin tak betul?

Tu mungkin satu signal dari enjin, lebih baik pergi check enjin dulu... kalau tunggu sampai enjin dah tak boleh fungsi sudah lambat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 09:46 PM | Show all posts
Mashita_luna replied at 30-10-2018 10:03 PM
Tapi sendiri pun tak tahu siapa atau mana bengkel yang boleh pakai, macam mana ye? Takut satu hari ...

tanya nasihat daripada orang yang kamu percaya, kawan ke atau jiran atau keluarga~ mesti ada orang boleh cadanga workshop yang bagus
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 09:49 PM | Show all posts
Esham replied at 1-11-2018 09:44 PM
Tu mungkin satu signal dari enjin, lebih baik pergi check enjin dulu... kalau tunggu sampai enjin  ...

saya rasa kereta saya macam tu bukan masalah minyak enjin, kereta saya dah lama, buat 1995! Masa untuk dia pencen dah, saya cuma pelik kalau dapat munyak enjin palsu , kereta akan jadi macam mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 05:32 PM | Show all posts
Tarjudin replied at 1-11-2018 09:49 PM
saya rasa kereta saya macam tu bukan masalah minyak enjin, kereta saya dah lama, buat 1995! Masa u ...

kalo dia spesis autobot maybe tak mengganas..berbeda kalo dia decepticons...mau dicarutnya 1 bandar (bergantung tempat mana anda tinggal)
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:45 PM | Show all posts
Wan_sharir replied at 1-11-2018 09:46 PM
tanya nasihat daripada orang yang kamu percaya, kawan ke atau jiran atau keluarga~ mesti ada orang ...

Ataupun perlu kena tipu dulu baru dapat tahu mana kedai yang akan jual barang original, mana satu akana tipu orang. Yang Penting dapat belajar dalam pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:48 PM | Show all posts
Esham replied at 1-11-2018 09:44 PM
Tu mungkin satu signal dari enjin, lebih baik pergi check enjin dulu... kalau tunggu sampai enjin  ...

Biasa benda kecil oarnag tak ada perasaan, masa dapat tahu nanti pekerja workshop akan bagitau kena pakai duit banyak untuk membaiki, duit habis lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 08:19 AM | Show all posts
KIKI_KILA replied at 2-11-2018 10:45 PM
Ataupun perlu kena tipu dulu baru dapat tahu mana kedai yang akan jual barang original, mana satu  ...

haha, macam dulu saya tak dengar cakap ayah saya, kena checked semasa pekarja buat servis. Ada satu kali saya dapat tahu mereka buat tipu baru saya ingat kena dengar nasihat ayah saya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.632578 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list