Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua poremer Islam di bod Johor
semoga amalan dan ibadah kita diterima Allah.
moga kita juga perbanyakkan baca al-quran.
Post time 14-5-2019 01:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by icha80 at 14-5-2019 01:27 PM
Assamualaimum wbh kepada Warga Bod Johor.
Saya ucapkan selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadan tahun ini.
Banyakkan amalan bersedekah untuk mendidik hati dan jiwa supaya sentiasa bersyukur dengan pemberianNya.
Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah Rahmat dan kasih sayang Allah swt.
Yang balik beraya di Johor. Hati2 di jalan raya.
Saya tak balik raya tahun ni. Tapi minggu depan balik nak jjcm Param JB.
Post time 15-5-2019 12:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eileen80 replied at 14-5-2019 09:39 AM
jom la bg ucapan kat sini @ipes2 @noradil_06 @Kak-Leen @icha80
Assalamu’alaikum...
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ini buat semua..
Dah hari ke sepupuh berpuasa tapi akak tak pergi lagi tengok kuih-muih dan lauk-pauk Johor di bazar ramadhan Bandar Kluang ni.. Suami belikan air khatira kat tempat biasa tapi tak kick macam tahun2 sebelum ni..
Akak hari ni teringin nak makan mandai dgn nasi panas!
Tapi tekak nak juga ayam ungkep... Macamana tu?
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ini buat semua..
sedapnya msk ungkep
favorite taka tp x gheti msk, gheti ngap aje
air khatira kat bangi ni ramai gak buat tp x sesedap yg kat muo
mau kena kutuk nnt dgn org lain dan kena label bangsa jhr
Selamat berpuasa buat warga Johor khususnya dan warga forum amnya
pejam celik pejam celik dah msk hari ke sebelas kita berpuasa
x sabar nk blk muo hujung minggu depan
nak gie bazar kat Jubli Intan dan nak beli murtabak spore serta air sirap bandung
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 16-5-2019 10:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Assalamu'alaikum pada warga johor...selamat berpuasa...beribadah, memasak juadah dan membuat persiapan raya..
Lama tak p johor, ...teringat kat teloq pindang n bahulu gulung...
Tq mod eileen80 menjemput saya masuk bod ini
Post time 16-5-2019 01:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
takayama replied at 16-5-2019 09:55 AM
sedapnya msk ungkep
favorite taka tp x gheti msk, gheti ngap aje
air khatira kat bangi ni ...
Akak tak tahu kenapa tapi air bandung kalau minum kat Johor ni rasa dia lain dari kat negeri lain tau.. Kalau sini akak suka minum kat nasi briyani Hj Dollah @ nasi briyani tmn idaman.Cukup semuanya.
Meh akak share dgn taka. (Dah mcm nama member dlm Terrace House pulak..) Ni resepi dari cgct dalam thread makanan Johor
Ayam Ungkep Jawa resepi cgct1970
1 ekor ayam tua/ ayam kampung - potong kecil2 (boleh juga guna ayam muda)
3 c.besar ketumbar
1/2 c.teh jintan putih (yang halus)
2 batang serai
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering - buang biji , rendam air panas/rebus sekejap
2 c.b serbuk kari daging
1 keping asam keping
sedikit garam , gula
Cara memasak :
1. Kisar halus semua bahan di atas kecuali ayam, serbuk kari, asam kepin, garam dan gula.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan naik bau. Masukkan serbuk kari dan
kacau rata...biarkan garing sikit.
3. Masukkan ayam , kacau rata dan masukkan ayam. Masak biar ayam lembut dan kuah kering sedikit.
Tambahkan dengan asam, garam dan gula. sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.
* jika guna ayam muda, letak kuah separas ayam shj. Jika ayam tua lebihkan kuahnya sedikit dan
jangan masukan asam sebelum ayam lembut.