CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 1411|Reply: 4

'Selamat Kembali!' - Ucapan Tahniah Selebriti Tempatan Kepada Tun M

[Copy link]
Post time 11-5-2018 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Apa lagi yang diharapkan rakyat selepas suara dan harapan mereka memilih Tun Dr Mahathir Mohamad menduduki kerusi perdana menteri sudah termakbul?




Foto: Reuters




Pastilah kita mahukan Tun memulihkan kembali keadaan negara, kan? Selepas 15 tahun meninggalkan pentas politik, Pengerusi Bersatu itu kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.


Sehubungan itu, ramai rakyat termasuk golongan selebriti mengambil kesempatan mengucapkan rasa syukur di atas kemenangan itu.

"Selamat kembali Encik Perdana Menteri," tulis pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta.




  





  



Sementara itu, pelakon Hairul Azreen memuat naik videonya bertemu dengan Mahathir.

"Kami sayang Tun Mahathir, terima kasih Tun. Tun idola saya selamanya dan contoh terbaik untuk saya," tulisnya.




  



Seperti diketahui ramai, Fatiya Latiff antara selebriti yang begitu menyanjungi Mahathir turut tidak terkecuali daripada mengucapkan tahniah kepada idolanya.




  



Selain mereka, ramai lagi selebriti tempatan meluahkan perasaan gembira dan terharu mereka berhubung kepulangan Tun M sebagai perdana menteri.




  





  



Malah, ada yang mendakwa mereka kini bebas memuat naik gambar bersama Tun tanpa perlu berselindung lagi. - CARI
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 11-5-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla..naikla saham pemimpin2 ph..bolehla retis2 pompuan ngendeng mat sabu pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 11:03 AM | Show all posts
pumpkingirl replied at 11-5-2018 09:49 AM
Bagusla..naikla saham pemimpin2 ph..bolehla retis2 pompuan ngendeng mat sabu pulak..

tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu.....hehe

masa tengok live istiadat, nampak Mat Sabu kat seat row depan tu, rasa tak percaya je dia boleh duduk kat situ...haha..siapa sangka kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 11-5-2018 11:03 AM
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu.....hehe

masa tengok live istiadat, nampak ...

Kann..hehe..dulu2 selalu terbaca forumer meden kutuk2 mat sabu n skendelnya..mah oo mah..kihkihkih...tak sangka sekarang dijangka  akan pegang menteri pertahanan..majoriti pun 70ribu lebih..rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 10:22 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 11-5-2018 11:03 AM
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu.....hehe

masa tengok live istiadat, nampak ...

  • aku pun perasan juga. kalau press konfren sehari dua ni dia selalu kat depan. tak pun sebelah tun. tahniahla mat sabu.
  • p/s aku tak bole lupa gambar dia duduk bersila dalam banjir.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.185601 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list