CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 2245|Reply: 12

Khai Bahar Beri Bunga Pada Peminat - Bikin Netizen Cemburu

[Copy link]
Post time 8-5-2018 11:14 AM | Show all posts |Read mode

Foto : IG Khai Bahar



Khai Bahar memang meletop!

Selepas kemenangannya yang cemerlang dalam Anugerah Meletop Era 2018, penyanyi ini semakin ligat di pentas dengan mendapat jemputan pelbagai pihak termasuklah Institut Pengajian Tinggi Awam dan swasta. Murah rezekinya.

Malahan Khai dilihat semakin bijak bermain dengan kapsyen di laman Instagram. Terbaru, Khai memuat naik klip video ketika membuat persembahan di Universiti Malaya.


Menariknya, sedang leka menghiburkan tetamu dengan lagu Luluh, seorang wanita (pelajar atau kakitangan UM) memberi bunga kepadanya kemudian lari. Khai pula spontan mengejar wanita tersebut membuatkan seisi dewan memberi tepukan gemuruh.

  


Apa lagi, netizen yang sangat meminati penyanyi bersuara lemak merdu ini memberi komen yang terbuai-buai dengan tindakan Khai sendiri. Ada yang menyifatkan Khai sebagai penyanyi yang sangat menghargai peminat dan ada pula yang cemburu dengan peminat bertuah yang mendapat bunga tadi.




Nampaknya, Khai benar-benar membuatkan ramai peminatnya angau. Masing-masing berangan mahu mendapatkan bunga dari Khai dan yang lebih ekstrim menyatakan mahu mengundur diri kerana tidak berjodoh dengan Khai Bahar.


Oh! Sampai begitu sekali ya?




Ramai peminat Khai terdiri dari BBNU




Selain suara sedap, wajah komersil, penyanyi-penyanyi lain perlu mempunyai pakej bijak melayan peminat seperti Khai Bahar ya.- CARI
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 8-5-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Gimik je tu.. biase laa,nk memviralkan dan meng'up'kan nama..hihi
Dia ni xde lagu baru dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
npe erk rmai minat khai bhar? mse lancar novel luluh khai bahar dtg rmai brpusu2.. pntu blik dwn dh tutp pon rmai lg sggp tggu kt luar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:14 PM | Show all posts
gigih hadek tu selpie silang jari
ape mohtip ntah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:15 PM | Show all posts
dia ni kalo lalu sebelah aku pun aku wat bodoh jah
sbb tak kenal pun retis bbnu nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gosip from author cari ni x habis2 la dia highlight pasal netizen..gigih screenshot komen2 netizen..netizen itu netizen ini..haduiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemburulah kalian selagi kalian dengan khairiah gayah ni
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 8-5-2018 12:55 PM | Show all posts
Netizen mana yang takder life sampai nak cemburu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak pemenat KB ni eh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:32 PM | Show all posts
xde la cair mane pon..bg kelopak bunge je..
penat budak tu bli memahal ko rosakkn bunge die..
kuajang btol..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu luluh ni takda la leleh mana
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 03:44 PM | Show all posts
koasser lahai nak cemburu..lain la kalau heshe bagi bunga kat jantan, for sure meols sebagai wanita tulen akan terasa hati, sebab kalah dengan jantan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.268459 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list