CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3614|Reply: 11

"Pengarah Avengers Buat Kejutan Jumpa Pelajar Malaysia, Indonesia Ada?"

[Copy link]
Post time 7-5-2018 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Bagi peminat filem adi wira Marvel, Avengers: Infinity War merupakan satu penantian yang sangat berbaloi apabila tiket habis dijual macam pisang goreng panas! Rata-rata peminat berpuas hati, malah ada yang sanggup menontonnya buat kali kedua dan ketiga.

Tapi, masihkah anda ingat pada sekumpulan pelajar Malaysia yang membuat video parodi bagi trailer filem berkenaan hingga menarik perhatian pengarahnya?


BACA JUGA: "Epik, Genius!" - Remaja Malaysia Dipuji Pengarah Filem Avengers Kerana Video Ini!


Nasib pelajar dari Kolej Mara Seremban itu boleh dikatakan bagai bulan jatuh ke riba apabila pengarah filem berkenaan, Joe Russo sendiri datang berjumpa dengan mereka!







Pada Jumaat lalu, Facebook Marvel Malaysia memuat naik video pertemuan 'bersejarah' mereka itu.

Menurut mStar Online, kumpulan pelajar terbabit dibawa ke Singapura untuk bertemu Russo pada akhir bulan lalu dengan kerjasama Marina Bay Sands dan pihak Marvel.

Dapat dilihat dengan jelas wajah terkejut dan dan betapa terujanya mereka apabila Russo tiba-tiba muncul dari belakang mereka.








Percaya atau tidak, kos pembikinan video parodi itu hanya menelan belanja sebanyak RM3 sahaja!







Nampaknya, Russo benar-benar kagum dengan bakat dan kreativiti anak-anak muda yang mengikuti pengajian A Level itu terutama penggunaan pinggan dalam trailer berkenaan.

Rata-rata netizen berbangga dengan pencapaian mereka dan berharap mereka dapat pergi jauh.

"Ini baru kreativiti, bukan meroyan, berjoget pebulisiti murahan,"
komen netizen.






Pun begitu, entah bagaimana rakyat Malaysia dan Indonesia boleh berbalah mengenai video parodi berkenaan. Ada yang mendakwa, trailer parodi itu ditiru Indonesia.


Seriuslah mereka 'ciplak'?


Foto: FB Marvel Malaysia




Sebelum itu, influencer' media sosial dari Indonesia, Edho Zell memuat naik video dia menemu bual Russo serta pelakon-pelakonnya.






Tindakan Edho menunjukkan video parodi versi Indonesia kepada mereka dikritik 'Try Hard' oleh netizen Malaysia.




Foto: Youtube



Alahai, bilalah Malaysia dan Indonesia nak berhenti berbalah kerana perkara remeh sebegini? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2018 01:08 PM | Show all posts
xkn indon kalah ngann malaysia kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 01:11 PM | Show all posts
student tu mak ayah diorang orang indon la..
#doneclaim
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 01:41 PM | Show all posts
malaysia start buat, yindon klaim copyright kata nya.
sindir kata pencuri, penciplak (dalam bahasa indon dia).
tak lama lepas tu, yindon pun buat versi dia gak.
ntah apa2 yindon nih. dengki lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Joe russo ni ada iras mark ruffalo kan?kalau mark tak dpt dtg set agaknya dia pon boleh jd stand in...hukhuk i is sedih taika waititi takde dlm movie ni..watak korg dah mati kah masa starting movie?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:16 PM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=RvocyODKgkY

kenapa aku tengok yang ini lagi gempak dari budak2 Malaysia ni. pandangan masin2 kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2018 03:16 PM | Show all posts
indon mana nk kalah dgn kita.. even hero MLBB yg ura2 Hang Tuah nk kluar xjadi sbb indon claim keris tu milik depa.. Indon ni kekadang so freakin weird..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 04:24 PM | Show all posts
kalo mamat ni lalu depan akak pun akak x kenal dan akak akan whoareyuss kan je beliau
film marvel avengers apakebende tu pun akak x minat tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk komen director mcm x ikhlas je..muka benedict pn mcm terpaksa je...semua lah mcm terpaksa bt iv dgn edho ni..director pny expression win giler..nmpk bosan ngn parodi edho tu..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 08:58 AM | Show all posts
grizz replied at 7-5-2018 01:08 PM
xkn indon kalah ngann malaysia kot..

kahkahkah..indon pnye tu nmpk sgt diorg terpaksa gelak dan tgk lalu pura2 terhibur...bohooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 10:59 AM | Show all posts
bapak x best parody yindon caprut tu..

ala filem yindon yg dibanggakan sgt mcm pengabdi setan, syurga yg dirindukan, ada apa dgn cinta tu pun bongok je.. bosan nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 11:00 AM | Show all posts
hady_vit replied at 7-5-2018 02:16 PM
https://www.youtube.com/watch?v=RvocyODKgkY

kenapa aku tengok yang ini lagi gempak dari budak2 Ma ...

x best pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060528 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list