View: 4847|Reply: 23
|
[Tempatan]
PRU14 Edisi Kelantan - Nik Omar sah bertanding sebagai calon Pakatan Harapan di
[Copy link]
|
|
PAS minta Nik Omar beri penjelasan
Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
PAS akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Nik Omar Nik Aziz yang tampil bertanding sebagai calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Nik Omar perlu memberi penjelasan berhubung tindakannya sama ada beliau sudah menyertai parti lain.
Katanya, setakat ini Nik Omar tidak membuat sebarang permohonan untuk keluar parti dan beliau masih ahli PAS.
“Mengikut perlembagaan sekiranya mana-mana ahli menyertai parti lain, individu berkenaan secara automatik gugur sebagai ahli PAS.
“Namun sekiranya dia tidak menyertai PKR atau Parti Amanah Negara (PAN) namun bertanding atas tiket parti itu, kita memberi tempoh selama 30 hari untuk beliau memberi penjelasan,” katanya ketika ditemui di Dewan Jubli Perak, di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata, tindakan parti terhadap Nik Omar bergantung kepada penjelasan yang dibuat oleh anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Terdahulu, Nik Omar muncul di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Pengkalan Chepa bagi menyerahkan borang sebagai calon di DUN Chempaka.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya sah Nik Omar bakal tanding DUN Chempaka
PRU14 l Akhirnya sah anak kedua bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar bakal bertanding di DUN Chempaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau muncul di Pusat Penamaan Calon bagi parlimen Pengkalan Chepa di Kota Bharu kira-kira jam 9 pagi ini.
Nik Omar yang berbaju Melayu putih sebelum itu menyertai perarakan penyokong HARAPAN bersama rakan-rakan calon bagi parlimen Pengkalan Chepa, Mohamad Ibrahim; calon DUN Panchor, Zulhazmi Hassan; dan calon DUN Kijang, Nik Azmi Nik Osman.
Terdahulu pada majlis pengisytiharan calon HARAPAN Kelantan yang 'kelam-kabut' malam semalam, gabungan parti pembangkang itu mengumumkan seorang yang bernama Mohammad Omar sebagai calon mereka bagi kerusi Chempaka.
Bagaimanapun, individu pemilik nama berkenaan tidak muncul di pentas utama untuk diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir di Bilik Operasi DUN Kadok berkenaan.
Justeru kemunculan Nik Omar hari ini adalah kemunculan 'berani' beliau bersama AMANAH selepas sebelum ini dilihat berhalangan untuk ke depan menghadapi PAS kerana beberapa faktor.
Antaranya, salah seorang adik Nik Omar, Nik Mohamad Abduh, adalah orang kuat PAS dan tegar mempertahankan pendekatan diambil parti itu walaupun tidak disenangi sesetengah pihak.
Sementara itu, Nik Omar akan berdepan dua pencabarnya di DUN tersebut iaitu Mohamad Fareez Nor Amran (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood (PAS). |
|
|
|
|
|
|
|
err .. lepas ini kita akan saksikan lagi pelbagai cerita yg diluar jangka . ingat .. langit tak selalunya cerah . |
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan buat pas |
|
|
|
|
|
|
|
pembelot..hehehe...yang penting bulan tetap menjadi pujaanku |
|
|
|
|
|
|
|
Biaq pi dia la nk tanding atas parti apa |
|
|
|
|
|
|
|
Anak bekas mursyidul am pun dah xhingin dgn PAS |
|
|
|
|
|
|
|
bukan arwah bapak dia dulu ada pesan ke "jgn sesekali berbaik dgn Umno"... so dia ikut kata ayah dia la tu. Ke aku salah dgr? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mengundi kat sini..
Nik omar akan kalah |
|
|
|
|
|
|
|
Ini yg buat Abby Abadi @dinopower2 jugak balik menyokong. |
|
|
|
|
|
|
|
saya lebih bersetuju dgn mat sabu dalam hal ini...

|
|
|
|
|
|
|
|
anak aruah fazdil nor pun...
pas bawah hadi pro umno..politik natang katenya
|
|
|
|
|
|
|
|
lantak hang la nak join parti mana..
yg penting ada penyokong |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu bukan mak kata tak payah ke? Pak lobai sengih besor tengok pompuan ek |
|
|
|
|
|
|
|
melompat2 beruk la geng Pas .
padan muka . chempaka Pas gerenti out . |
|
|
|
|
|
|
|
Satu pertandingan menarik, antara undi calon atau undi parti.. |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa restu ibunya sendiri .. dia nak tinggalkan Pas masuk amanah juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|