CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10061|Reply: 55

Masya Masyitah nak ikut jejak langkah Shilalat menembusi Tembok China? Boleh ke

  [Copy link]
Post time 27-4-2018 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by danieladam at 27-4-2018 11:39 PM

Intro : Alkisahnya iols baru je lps tgk Konsert Ceria Megastar semi final. Iols tertarik dgn persembahan sorang peserta nama Masya yg duet dgn Syamel lagu Di Matamu (Supian Suhaimi). Dgr serasi gak la duet diorg. Iols pon google la pasal sheols, rupanya sheols ex juara Ceria Megastar. Masa menang dlu umur sheols 14 tahun. Skrg dah 18 tahun rupanya.dh matang.Syg nya malam ni sheols kandas ke final, tp iols tgk astro mcm saja je la pilih yg x pernah jadi juara utk ke final.

Iols gugel2 jumpa la artikel sheols. Rupanya sheols ada single cipataan Hang Nadim (Akim) yg not bad jua. Tajuk nya Mawar Terbiar. Dan iols impress jugak sbb sheols rupanya boleh berbahasa mandarin dan skolah cina sblom ni walaupon iols x tau berapa result spm sheols.

Kalo ikut rupa, iols rasa sheols ni boleh la tahan lawa. Suara pon bole tahan, tapi kena banyak praktis lagi dan belaja vokal kalo nak jadi sekurang2 nya mcm Shilalat. Untuk menggantikan Tok Ti, iols belom nampak lg kredibiliti sheols sehingga ke tahap itu. Tp who knows..sheols masih muda. Byk masa lg.


Sebelom korang whoareyus kan sheols dan acah2 tak kenal retis tempatan selain Tok Ti, Neelofake Fakezura dan Bung Fattah, iols tepek dlu video lagu sheols itu.





Mawar Terbiar


Ni pulak gamba sheols yg ramai kata macam Fouziah Ghous

https://goo.gl/images/eYUCbE

https://goo.gl/images/ESnfME

Berikut ni iols tepek artikel yg iols gugel. Kredit to Kosmo Online.


Masya Masyitah 
ingin tembusi China


SEWAKTU menjuarai program realiti nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstars pada 2014, usianya baru mencecah 14 tahun. Kemudian, Masya Masyitah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada industri seni hiburan tanah air.

Tindakan tersebut bukan kerana kehadirannya tidak disambut mesra oleh industri tetapi pemilik nama Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff itu lebih memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran.
Setelah hampir tiga tahun menyepi, Masya kini telah bersedia untuk bersaing dalam lapangan seni hiburan tempatan, sekali gus hadir dengan single baharu berjudul Mawar Terbiar.

Lagu yang mendapat sentuhan daripada Hang Nadim dan Laq itu juga mendapat reaksi positif dalam kalangan penggemar muzik tanah air apabila klip videonya kini meraih hampir sejuta tontonan di laman YouTube sejak dimuat naik pada Disember 2017.

Meskipun wujud segelintir pandangan memperbandingkan antara single baharunya itu dengan pertama bertajuk Teman Bintang yang dihasilkan sepenuhnya oleh Aiman pada 2014, Masya bagaimanapun yakin setiap karya memiliki kekuatan tersendiri.

Tambahan, peralihan usia turut memainkan peranan terutama melibatkan intonasi suara yang lebih matang, sekali gus bersesuaian dengan tangga umurnya kini memasuki angka 18 tahun.

Masya yang kini tampil dengan imej lebih dewasa berbanding awal kemunculan turut menanam impian mencipta nama di tanah air sendiri selain turut berusaha menembusi pasaran muzik negara China.

Memiliki kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin nyata membuka peluang mudah buat Masya untuk terbang ke negara terbabit memandangkan dia merupakan salah seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah.

“Sejak awal lagi saya mempunyai perancangan untuk mencipta nama di China kerana pasaran muzik di negara berkenaan jauh lebih luas berbanding tempatan.

“Bukan bermaksud memburukkan negara sendiri tetapi saya ingin mencabar diri untuk mencipta nama di negara luar. Ia sekali gus memberi peluang untuk saya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,” ujarnya optimis.

Peluang

Menyedari bukan mudah untuk merebut peluang di negara orang, Masya bagaimanapun yakin dengan pilihannya selain nekad membulatkan hati menembusi pasaran muzik di China.

Tambah artis naungan Rocketfuel Records itu lagi, landskap muzik yang luas di negara tersebut secara tidak langsung menawarkan peluang keemasan buatnya meraih kedudukan.

Keinginannya itu turut mendapat sokongan keluarga dan ia secara tidak langsung dijadikan sebagai pembakar semangat buat dirinya berusaha lebih gigih agar tidak mensia-siakan peluang yang ada.

Demi membuktikan kesungguhannya berkelana ke republik terbabit, Masya menyertai pertandingan Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016 dan nyata tuah menyebelahinya apabila dia berjaya menjadi naib juara.

“Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya sewaktu menyertai pertandingan tersebut dan ia lantas menjadi titik permulaan untuk mencorak masa depan di rantau orang kelak,” kata Masya sambil tersenyum.

Masa depan

Sejurus selepas tamat persekolahan tingkatan lima, Masya tidak menafikan dia mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Namun, fokus kepada kerjaya menjadi pilihan utama pada masa sekarang sebelum dia bersedia mengalas tanggungjawab sebagai pelajar institusi pengajian tinggi.

“Saya ingin fokus kepada kerjaya nyanyian kerana segalanya baru sahaja bermula. Mengenai melanjutkan pengajian, saya serahkan kepada takdir dan keadaan.

“Sekiranya keadaan mengizinkan dan tidak mempunyai kekangan, saya akan melanjutkan pengajian kelak,” jelas Masya mengenai perancangan masa depannya.

Selain mencuba nasib sebagai penyanyi, Masya turut tidak keberatan untuk mencuba kerjaya lakonan meskipun mengakui hadir perasaan gentar dalam dirinya untuk beraksi di hadapan kamera.

Sekadar keinginan untuk mencuba, Masya turut mengharapkan namanya tidak hanya mekar harum sebagai penyanyi tetapi dia juga ingin dikenali sebagai pelakon.

Berbanding mengukir nama di tanah air sendiri, bintang yang kini sedang meningkat naik, Masya Masyitah lebih berminat untuk melebarkan sayap ke persada seni muzik di negara China, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai penyanyi.

Kredit : Kosmo Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni pnh curi instagram org kan dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bagus ke suara dia? Dulu buruk jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 27-4-2018 11:27 PM
Die ni pnh curi instagram org kan dulu?

Owh..aah lah. Iols macam ingat2 lupa sheols yg ada kes curik insta dlu ek?

Eh? Apasal video dgn gamba iols tepek x klua?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 27-4-2018 11:33 PM
Owh..aah lah. Iols macam ingat2 lupa sheols yg ada kes curik insta dlu ek?

Eh? Apasal video dg ...

Aa.. die la.. batch die ni ada la aku layan sket2.. igt kan si iqbal x lepas sampai final sbb die ade kes dgn staff astro yg gaduh kat whatsapp pastu upload kat ig.. rupenyer lepas gak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:49 PM | Show all posts
tak menarik lah dia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka buat muka perasan cantik lorrr
Curi ig nak jual tudung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lebih tertarik dgn si Vanessa
Withney houstn gituuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2018 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nampak video. Suara masih buruk macam dulu. Ai tasuka suara nyaring nipis sebegitu. Menyeksa taik telinga sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2018 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-4-2018 12:06 AM
Baru nampak video. Suara masih buruk macam dulu. Ai tasuka suara nyaring nipis sebegitu. Menyeksa ta ...

  X sedap ke suara sebegitu chuols?

Suara antara nak matang dgn x matang kot. Tp sheols ni mmg kena blaja vokal lagi nih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara beliau tak dak depth. Set2 wani Hasrita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 28-4-2018 12:09 AM
X sedap ke suara sebegitu chuols?

Suara antara nak matang dgn x matang kot. Tp sheols ni mmg  ...

Tak, aiols tak minat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 12:51 AM | Show all posts
chazey replied at 28-4-2018 12:06 AM
Baru nampak video. Suara masih buruk macam dulu. Ai tasuka suara nyaring nipis sebegitu. Menyeksa ta ...

mak hayam masya tu pun tamintak taik telinga kau nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 12:53 AM | Show all posts
dah tetua bangka pun tengok ceria star bijik apa tah ke nyah? kau pedo macam mak hayam iwan007 si forumer pelahap vimax pedo ke nyah? elok lah kau orang berdua berkapel berkawan ye nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceria mega star ni utk umur brp uols???knp ade yg ala2 baru nk tumbuh bulu pubis dan ade yg ala2 setahun dua lg dah boleh kwen beranak dah gedabak bsrnye?? Xkoserla nk layan khenn tp kt iklan kerap jgk takpon ank buah meroyan nk tgk kartun 611 tetibe xde...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka tua.....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2018 01:59 AM | Show all posts
ramai jugak layan eh cite ni hahahahahaha. penah tgk minggu bila ntah anak buah mengamuk nk tgk. pastu malas nk tgk dh sebab meluat dgn si wafi. sorry dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara sheols makin hauk la menginjak dewasa.. Walhal dulu masa menang Ceria Popstar suara sheols sedap sgt ok. Skrg dgn pitchynya.. Shaky nya.. Entah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 05:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Xcntik ke sheol? Aku rase die cantik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 28-4-2018 02:10 AM
Suara sheols makin hauk la menginjak dewasa.. Walhal dulu masa menang Ceria Popstar suara sheols sed ...

Setujusss, suara dia tak hit note, tau2 flat je.... Sheols rajin smule jugak, time menyemule pun flat & kelaut.... Tapi kalau dapat lagu yg kena & sesuai boleh go lagi ni, still better than wanyseritahadetahidak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.115375 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list