CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4151|Reply: 5

Misteri Yang Belum Terungkai Lagi, Ayuh Mengembara Ke Tempat Paling Aneh Di Duni

[Copy link]
Post time 26-4-2018 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Indah namun aneh. Tempat-tempat yang disenaraikan di bawah ini bukan sahaja indah mata memandang namun menyimpan pelbagai keanehan dan misteri.


Ada antaranya masih belum terungkap. Jom tinjau tempat-tempat tersebut!


Pulau Easter, Chile



Foto: Facebook



Terletak di Chile, terdapat hampir 900 patung gergasi yang berselerakan di seluruh pulau ini. Ia dinamakan Moai dan dipercayai diukir oleh kaum Rapa Nui di antara tahun 1100 hingga 1500 masihi.


Menurut ahli arkeologi, kepala-kepala patung ini sebenarnya mempunyai badan yang tertanam di dalam tanah.


Garisan Nazca, Peru

Foto: Facebook


Pelbagai teori tercetus tentang kewujudan garisan ini, daripada ritual keagamaan sehingglah kepada penglibatan alien. Pelbagai bentuk geometrik dan haiwan tempatan seperti monyet dan labah-labah telah wujud sejak ribuan tahun dahulu dan dipercayai dibuat oleh bangsa Nazca sebagai persembahan kepada dewa hujan.  


Tasik Polka-dot, Canada

Foto: Facebook


Tasik di Canada ini akan menyejat dan berbentuk polka-dot setia kali musim panas. Ini berlaku kerana kandungan mineral di dalam tasik yang unik.


Menariknya, setiap tompok mengandungi warna air yang berbeza mengikut kandungan mineral menjadikan pemandangan di sini begitu indah dan unik.


Giant's Causeway, Utara Ireland

Foto:Facebook


Salah satu pantai paling unik di dunia terletak di utara Ireland. Lebih daripada 40,000 batu berbentuk heksagon terdapat di sini dan ianya terbentuk secara semula jadi.


Ia terjadi akibat letusan gunung berapi lebih 60 juta tahun dahulu. Nama tempat ini pula diberi mengikut mitos lokal.


Kononnya seekor gergasi telah membina jambatan menggunakan batu-batuan ini untuk menyeberang pantai.


Tasik Hillier, Australia

Foto:Facebook


Pernah lihat tasik berwarna merah jambu? Tiada yang seumpama tasik yang terletak di Barat Australia ini. Ia dapat dilihat dari jauh kerana air tasiknya yang berwarna merah jambu.



Berukuran 2000 kaki panjang, warna tasik ini disebabkan oleh sejenis alga yang mendiami tasik. Sayangnya ia ditutup untuk kunjungan orang awam mahu pun pelancong.


Ada banyak lagi tempat menarik lagi aneh di dunia ini. Kalau berpeluang, pergilah dan teroka tempat-tempat sebegini kerana ia bakal memberikan anda perspektif berbeza tentang dunia tempat tinggal kita ini! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 11:20 AM | Show all posts
cm menarik je tmpt2 ni..nape tasik pink tu xleh masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tu je???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 04:57 PM | Show all posts
menarik..rik..rik...rik
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarikkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak lagi worth mentioning.. mcm stonehenge di uk, machu picchu dan the nazcha lines di peru, crooked forest di poland, eternal flame falls di usa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.730275 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list