CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 10

Peniaga Durian Rugi RM2,700 Selepas Dipukau

[Copy link]
Post time 20-4-2018 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Malang nasib seorang peniaga durian apabila dia dipercayai dipukau hingga mengalami kerugian sebanyak RM2,700.


Sinar Online melaporkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad, 55, dipukau pasangan warga asing yang kononnya mahu membeli durian di gerainya kira-kira jam 3 petang di Taman Samudera, Seri Manjung semalam.




Gambar Hiasan



“Ketika itu saya seorang diri dan baru sahaja buka gerai sebelum didatangi seorang lelaki dan wanita yang dipercayai suami isteri warga Pakistan berusia lingkungan 50an.

“Pasangan itu mahu membeli durian dan menyuruh saya menimbang buah berkenaan bagi menentukan harga,” katanya.


Ketika diberitahu durian berkenaan berharga RM22, suspek menghulurkan wang bernilai RM100 kepadanya dan menghampiri mangsa ketika mahu memulangkan baki wang.


Manakala, wanita itu pula meminta wang RM50 jenis lama dan menunjukkan contoh wang yang dimahukan.


Apabila diberitahu tidak memiliki jenis wang dimahukan, suspek cuba merampas beg pinggang mangsa.


“Dia menyuruh saya periksa di dalam beg pinggang yang saya pakai dan ketika itu juga lelaki berkenaan cuba memegang beg namun saya berjaya menepis,” katanya.


Ketika cuba mencari wang yang dimahukan pasangan itu, suspek lelaki tiba-tiba merampas wangnya dengan alasan mahu mencari wang RM50 jenis lama.

“Saya marah lelaki itu dan merampas semula wang berkenaan.

"Selepas empat kali mencari barulah wang yang dimahukan pasangan itu ditemui dan saya menyimpan semula wang ke dalam poket setelah memulangkan baki pasangan itu,” katanya.


Ahmad kemudian memeriksa wangnya selepas berasa tidak sedap hati dan berasa lega apabila mendapati ia bukan wang palsu.

“Namun, saya perasan wang di dalam beg pinggang agak nipis kerana saya membawa wang sebanyak RM8,200 di dalam beg berkenaan untuk membayar duit bekalan buah serta beberapa urusan lain.

“Saya mengira kembali duit itu beberapa kali dan mencarinya di tempat lain namun wang itu sudah berkurangan sebanyak RM2,700.

“Saya juga sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut,” katanya.




Foto: Sinar Online




Difahamkan, terdapat beberapa orang lagi menjadi mangsa pasangan terbabit. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 11:29 AM | Show all posts
cm tu dipukau ke..siap bleh tempis2 bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn selalu kena pukau patut tak ingat ke... ni pnjg plak cite dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya... harap tangkap denda hantar balik dan ban muka derang dari masuk mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 12:31 PM | Show all posts
Kalau macam tu bukan kena pukau ni dah kena rompak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 01:38 PM | Show all posts
Patutnya pakcik ni claim kena samun. Siap main rampas rampas beg lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2018 09:27 PM | Show all posts
kesian, susah nak untung ribu ribu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:59 PM | Show all posts
kena pasang cctv walaupun hamya gerai tepi jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
klu duit berkepuk. knala bdua  ..walaupn lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
usaha sendiri malas
nak pukau pukau org la
nak rompak rompak org rajin pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Malaysia ni sebenarnya jauh ketinggalan bab mobile payment. Di China orang boleh beli barang dan bayar perkhidmatan dengan scan QR code sahaja jadi tak perlu bawa banyak cash di tangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.397086 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list