CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7650|Reply: 91

[Tempatan] SURAT TERBUKA RAFIDAH AZIZ KEPADA NAJIB!!!!!!!....Jeng..jeng...jeng

[Copy link]
Post time 9-4-2018 11:41 AM | Show all posts |Read mode
MANA LEBIH BERBISA, SURAT TMJ dalam fan club  JDT ATAU SURAT TERBUKAN RAFIDAH DI BAWAH INI......?????

SURAT TERBUKA RAFIDAH AZIZ KEPADA NAJIB - DIHARAP PERDANA MENTERI DAPAT SEGERA BERI PENJELASAN
8hb April 2018
shahbuddin.com

SURAT TERBUKA KAPADA PM

Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI  DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri  Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ' SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )

2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KAPADA  sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU,  iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.

3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.
   
TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut:

a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya

  b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG  ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.  

Kertas Kabinet telah diluluskan.

DATO' SRI  PM ,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :

(1) ‘SYARIKAT 3 Individu ’ SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF / MILITARI ,(KECUALI yang telah mereka jual)

(2)  MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN2 atas perkara2 saperti :

⁃ APA yang akan di buat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF / MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.

⁃ KAPADA SYARIKAT2  mana yang  mereka akan jual keping2 tertentu , Tanah yang sekarang MEREKA miliki itu . (KECUALI jika ada ‘arahan2’ tertentu dari pihak atasan)

⁃ UNTUK TENTUKAN apa2 Peraturan dan Perjanjian, SAPERTI  ‘TUKAR TANAH/ LAND SWAP’.

Ini saperti dalam keadaan, dimana, ada  Syarikat2  yang SETUJU untuk  mereka PINDAHKAN Kem2 LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN Kem2  BARU di lokasi lain ,yang jauh dari bandar.

Sebagai ‘PERTUKARAN TANAH', Syarikat2 tersebut akan dapat TAPAK2  KEM lama itu, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan PROJEK2 KOMERSIAL , yang sangat MENGUNTUNGKAN. Terutama selepas di NILAI SEMULA/ Revalue, Tanah BEKAS Milik MINDEF ,  kapada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU  transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem2 baru, di kawasan2 luar dari bandar, dan dapat Tapak2 Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK2  KOMERSIAL )

Dapatkah Dato' Sri SAHKAN, bahawa Projek2 BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS  milik MINDEF / MILITARI ,(yang sekarang MILIK  ‘Syarikat 3 Individu’ )?

Ini CONTOH2  yang di ketahui :

1) PENGKALAN TUDM di Sg Besi, telah di jual KEPADA 1 MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan  kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek ‘Bandar Malaysia’, telah DITARIK BALIK.
KERAJAAN melalui MOF, telah ‘ambil alih’ PROJEK.

Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar olih mereka. Akhirnya, BUKAN  1MDB yang BAYAR  BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN ( iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai)

   2)  KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, di TEMPATKAN SEMULA, ke lokasi2 yang jauh, saperti ke Kluang, Gemas dan lain2. Sebenarnya ISU ini telah di bangkitkan di PARLIMEN, dan juga olih Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika , itu di pengerusikan olih Tan Sri Azmi Khalid.

3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km
     
4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR)
     
5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan ‘akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF  yang tidak digunakan' ,  atau" idle".

SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada ‘idle’ atau tidak.
SEMUA TANAH MINDEF/ MILITARI, SEKARANG DIMILIKI olih ‘Syarikat 3 Individu’.
      
6) PENJUALAN tanah Strategik , iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kapada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL.  
PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda.  

BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato' Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat ‘kajian lebih   mendalam’.
WALHAL, WANG sudah di perolehi dari Jualan Tapak Tanah olih ‘Syarikat 3 Individu’.

DATO' SRI ,

Baru2 ini Dato ' Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN,  bahawa 'tanah2 ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan’, akan "di monetise" ‘untuk projek2 lain’ '

Saya ingin mendapat PENGESAHAN :

a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARI , yang SEKARANG MILIK PENUH ' SYARIKAT 3 INDIVIDU '?

b) BAHAWA akan ada pendekatan2 di ambil, untuk membolihkan bantuan kewangan diberi terus  kepada  1MDB ,  (saperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT olih KERAJAAN , dan BUKAN olih 1MDB,  dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA  SG BESI , kapada IWH- CREC Consortium )?
      
RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA2 .
SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM:

   a)  NAMA2 3 Individu itu

   b)  NAMA Syarikat mereka

   c)  BUTIR2  PENGSWASTAAN besar2an , secara ‘SEKALI GUS’ , ASET NEGARA , yang sangat  STRATEGIK dan BERHARGA itu.

    d)  SENARAI Menteri2 yang hadhir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET ,  yang Dato' Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADHIR.

TIDAK ADA apa lagi  yang ‘Rahsia’ tentang Kertas Kabinet itu, kerana  PENGSWASTAAN  SUDAH pun SELESAI.

Projek2 meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF / MILITARY, sudah pun , dan sedang ,dilaksanakan. Cara berterusan, Projek2 BARU akan di RUNDINGKAN ,dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.

KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG  kapada )SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri2 berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..

  ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’

ALLAH SWT MENGHAKIMKAN SEGALA2NYA.

Terima kasih,

Salam Sejahtera,

Rafidah Aziz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 11:49 AM | Show all posts
siapa boleh komen....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 11:50 AM | Show all posts
ok noted..
tak terkesan kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:09 PM | Show all posts
bisa lagi hati tokei superMARKET bila barang jualan dorang kena CURIK dgn penCURIK2 SIAL cam anak2 sedara kau
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi big time. We want more
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
2x5 .krony
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2018 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn rafidah dlu kena serang pasal isu ap kt parlimen? antar ksu tlg jawap. time tu ksu sidek hasan klo x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis laaa bijan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 01:05 PM | Show all posts
oo..surat mau jadi amah lepas pencen kerja gobermen..ok bah itu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:05 PM | Show all posts
Lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rafidah taknak join Bersatu ka
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyber Trooper Umno dok cari point nak balas balik, mudah je..korekla balik kes pembahagian saham anak/menantu kak fidah yang dia sendiri jadi pengerusi..dah ada kes untuk didakwa tapi diselamatkan oleh Tun M..kesilapan teknikal je kata Tun..he he he.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi Mat Sabu nyanyi " itik gembo gembo " merujuk pada Rafidah Aziz.puak puak serban ketawa terkekek kekek
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sibuk tanya harta kerajaan di manipulasi sampai tax payer kena tanggung...dia sebok ckp anak sedara org Tu mencuri kat pasaraya i iz kenot brain this
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2018 01:30 PM | Show all posts
JunkMail replied at 9-4-2018 01:25 PM
Orang sibuk tanya harta kerajaan di manipulasi sampai tax payer kena tanggung...dia sebok ckp anak s ...

Itulah otak LABA bersalin kulit, otak tetap kelutut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:32 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 9-4-2018 01:30 PM
Itulah otak LABA bersalin kulit, otak tetap kelutut.

yg otak kat lutut tu akkak kau

tau main branak cam babi jeeee, pastu ajar anak jadi penCURIK di superMARKET

sial punya famili




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 01:45 PM | Show all posts
Aku tak pandai nak komen tapi kenapa dak pidah eje oleh jadi olih ke mamng dah tukau aku tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kan bijan bkak blk kes pidah ni... time tak dpt habuan berbunyi la haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:47 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 9-4-2018 02:05 PM
kan bijan bkak blk kes pidah ni... time tak dpt habuan berbunyi la haha

Kalau   bijan bukan cite kak fidah, kemungkinan akan dianggap seumpama kesah hari ini dlm sejarah je,  tapi kalau kak fidah terus menerus buka cite najib, (n finally kaki fidah yg annoucekan nama 3 syarikat trs), mau ada yg terduduk nanti kerana cite begitu ada value saat ni. Rakyat akan tetap dn terus pasang telinga. Intro dah ada tu......                                    

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 9-4-2018 02:47 PM
Kalau   bijan bukan cite kak fidah, kemungkinan akan dianggap seumpama kesah hari ini dlm sejarah  ...

Kalo bijan bijan bk citer kak pidah rs dia dont care kecuali kak pidah bertanding thn ni.... No fake news....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.091888 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list