CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5265|Reply: 55

[Tempatan] Semua kena tipu dengan 'hantu' kebaya merah

[Copy link]
Post time 30-3-2018 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Aku pakat dengan 3..4 orang member.. Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna… Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja.. yg last dok tgh jalan.. manakala aku drive kete (kereta) siap camera.. rekod sepanjang jalan.”
“Boh tajuk gempak2 sikit.. kompom viral.. sebab… masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni.. so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik.. hahahaha sekian cerita aku malam ni.."
Itu dakwaan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik klip video hantu berkebaya merah" di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan mesej yang ditularkan di laman sosial itu, individu terbabit mendakwa memuat naik video tersebut sebagai gurauan bertujuan ‘memperbodohkan orang ramai yang mengaku cerdik’.
Menerusi paparan dalam aplikasi WhatsApp itu, individu berkenaan mengaku bertanggungjawab merakam video berkenaan dengan tujuan ‘memperbodohkan’ orang ramai dengan kewujudan hantu berkenaan.
Berdasarkan WhatsApp yang tular dari kumpulan ‘Taman Bunga Raya Official’ itu, individu itu mengaku berpakat dengan tiga hingga empat rakannya supaya mengenakan pakaian baju kebaya yang sama warna di laluan itu.
Dalam video berdurasi 56 saat itu, seorang lelaki dan rakannya kononnya telah merakam visual seorang ‘wanita berkebaya merah’ di tepi jalan ketika melalui Jalan Bukit Lengkok, Kulim awal pagi semalam.
‘Hantu’ yang sama kelihatan muncul di tiga lokasi berbeza sepanjang jalan tersebut sebelum tiba-tiba muncul di tengah jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa menghentikan kenderaannya sebelum berpatah balik.
Video itu telah ditonton lebih 171,000 kali dan dikongsi lebih 3,600 pengguna Facebook.
Usaha NSTP untuk mendapatkan komen individu berkenaan gagal selepas dia tidak menjawab panggilan sebelum mematikan telefon bimbitnya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima oleh pihaknya berkenaan video kejadian berkenaan.
"Kami mendapati video yang dirakam itu lebih kepada perbuatan individu atau kumpulan nakal yang bertujuan untuk menakutkan pengguna jalan raya di kawasan itu terutama di waktu malam.
"Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti ‘hantu pocong’ untuk menakutkan orang ramai terutama kanak-kanak melalui jalan di kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung video kejadian itu mahupun paparan media sosial WhatsApp oleh pihak yang bertanggungjawab di sebalik rakaman video kejadian itu.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Mac 2018 @ 6:05 pm

Semoga ko jumpa antu kebaya yg sebenaunya nanti baru ko tau arti penasaran dekkkk!                                                                                                                                                   




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang nya
Mohon.skmm kasi tangkap sapa sebar dolu
Dpt org lemah semangat kojol tengah jalan mcmana?
Ko.boleh buat lawak gitu
Kalau.mak pak.ko.kojol xpe..baru insoff kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 09:55 AM | Show all posts
mohon sesape yang terlibat dengan bidio ni dihantui hantu kebaya merah seumur hidop..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:09 AM | Show all posts
sudah pasti ini kerja anak pprt kn
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:10 AM | Show all posts
Setakat mengaku dia yg buat mmg aku tak akan percaya. Ko pikir ko banyak sangat duit kah nak beli 3 set baju kebaya merah semata2 nak buat video bodoh. Apa bukti video tu kau yang buat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 30-3-2018 10:10 AM
Setakat mengaku dia yg buat mmg aku tak akan percaya. Ko pikir ko banyak sangat duit kah nak beli 3  ...

Sangat setuju. Siap mendakwa ada sampai 3 , 4 orang kawan pulak sanggup pakai baju boria pergi cari nahas di jalan awam yang sempit berliku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2018 10:20 AM | Show all posts
ntah2 yg wassap tu hasanah 2.0 jah..nak menipu pun biarlah bijak..sampai skrg tak keluar lagi statement dari tuan punya dashcam ni..takut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:23 AM | Show all posts
sib baik tunjuk gambo belakang je.
agaknya kalu gadis berbaju merah tu menoleh... mesti penuh wad kecemasan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 10:26 AM | Show all posts
Bangang sial. Tiap kali jumpa video seram terus ada hati nak ngaku itu lakonan engko. Dei..poorahh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:27 AM | Show all posts
dah tgk video tu tp mmg dorg ni xde keje lgsg..kesian jgk ye..harap2 kena haunted by red kebaya original baru padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:30 AM | Show all posts
masa tengok bidio tu tak seram pun sbb si kebaya merah jalan gemah gemalai. Lainlah jalan tak jejak bumi, seram lah gak.

Pasni si kebaya merah hantui hidup korang lah hendaknya bila korang dive memalam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mengaku buat tu mmg betul emounya video ke?
Rajin nye nak cari kebaya 3 4 set
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:40 AM | Show all posts
gigih nau nak pakai baju sama....dok dalam gelap...jalan sensorg
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
nape tak buat hantu bogel je kan syiok lg rmai org lalu jalan tu memalam konpem sesak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:02 AM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 30-3-2018 10:18 AM
Sangat setuju. Siap mendakwa ada sampai 3 , 4 orang kawan pulak sanggup pakai baju boria pergi car ...

Hanat sangat perangai asyik2 nak claim dia yang buat video nie. Tapi bila org call tak berani pulak nak angkat. Attention seeker sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:17 AM | Show all posts
so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik

Kalau betul la ini tujuan engko nak memperbodohkan orang, semoga engko yang betul-betul jadi bodoh sebodoh bodohnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah pundek semua kena tipu. Nasib dodol bolayan jah bideo tersebut, so budak2 hansuang ni belum berjaya menipu dodol bijak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kikuri replied at 30-3-2018 09:55 AM
mohon sesape yang terlibat dengan bidio ni dihantui hantu kebaya merah seumur hidop..

Amen.. Ramai ummah doakan benda sama. Konfem kena nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
eLiaD replied at 30-3-2018 10:45 AM
nape tak buat hantu bogel je kan syiok lg rmai org lalu jalan tu memalam konpem sesak hehe

Kalau bogel tpi tetek lanyut perut boroi kote kecut dlm semak buat apa nyah? Org siap turun pukul ramai2 lgi ada lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu Kebaya Merah memang popular di negeri2 Utagha yach.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075871 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list