CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5878|Reply: 7

Kotor, Tidak Terurus. Sanggup Ke Jejak Di 5 Kawasan Terpadat Dunia Ini?

  [Copy link]
Post time 14-3-2018 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Foto - Iluminasi



Setiap negara mempunyai beberapa kawasan yang padat dengan penduduk hingga kadang-kadang ia menjadi kawasan setinggan yang begitu kotor kerana tidak terurus. Kebiasaannya kawasan padat ini didiami oleh golongan miskin yang tidak berkemampuan untuk tinggal di tempat yang lebih selesa.


Apabila sesuatu kawasan itu padat dengan penduduk pelbagai masalah boleh berlaku seperti masalah jenayah, sosial serta petumbuhan ekonomi. Ini sudah semestinya mendatangkan masalah kepada negara-negara berkenaan untuk mengatasinya.


Jadi kali ini kami ingin berkongsi lima penempatan paling padat di dunia seperti yang dikongsikan oleh laman sesawang Iluminasi. Kita akan mulakan senarai daripada penempatan yang berada di tangga kelima paling padat.


5. Dhaka Kotwali Thana - Bangladesh


Foto - Iluminasi



Terletak di Dhaka, Bangladesh penempatan ini mempunyai kira-kira 31,992 buah rumah yang dibina di kawasan seluas 0.67 kilometer persegi. Padat bukan?


Menurut bancian, popolasi di kawasan ini adalah seramai 210,504 di mana 133,564 daripadanya berusia 18 tahun dan ke atas. Majoriti penduduk di sini adalah lelaki iaitu seramai 63.21 peratus daripada jumlah penduduk di situ.


Kepadatan kawasan ini adalah 101,683 penduduk per kilometer persegi. Tetapi disebalik kepadatan ini kita juga harus tahu bahawa kadar purata celik huruf penduduk penempatan ini adalah sebanyak 62.4 peratus lebih baik berbanding purata celik huruf negara Bangladesh yang hanya sebanyak 32.4 peratus. Menarik bukan?




4) Santa Cruz Del Islote - Columbia



Foto - Iluminasi



Untuk tangga keempat penempatan paling padat di dunia adalah sebuah pulau yang berkeluasan 0.012 kilometer persegi iaitu bersamaan kira-kira 1.5 saiz padang bola antarabangsa.


Santa Cruz Del Islote juga merupakan pulau paling padat di dunia dan didiami kira-kira 1,200 penduduk. Terletak di Bolivar, Colombia, pulau ini mula dijumpai oleh nelayan yang pada mulanya hanya berhentu berehat. Mereka kemudian memilih untuk membina penempatan hanya kerana pulau berkenaan tidak mempunyai nyamuk. Lucu bukan?


3) Marine Lines - India


Foto - Iluminasi



Terletak di Selatan Mumbai, Marine Lines merupakan sebuah penempatan yang berasal daripada kem tentera British yang dibina pada abad ke-19. Namanya juga diperoleh daripada Marine Battalion Lines. Batalion ini kemudiannya ditukarkan kepada kuarters tentera udara


Buat masa ini kira-kira 202,000 penduduk mendiami kawasan yang berkeluasan 1.8 kilometer persegi ini dengan kepadatan 114,001 penduduk per kilometer persegi. Ini menjadikan ia sebagai penempatan ketiga paling padat di dunia.


2. Mong Kok, Kowloon Peninsula - Hong Kong


Foto - Iluminasi



Terletak di daerah Yaou Tsim Mong, Mong Kok atau dikenali sebagai MK bukan hanya merupakan penempatan paling padat di Hong Kong malah juga nombor dua di dunia. Namun disebalik kepadatannya ini Mong Kok juga merupakan kawasan beli-belah utama di Hong Kong.


Terdiri daripada kedai-kedai, restoran serta pusat hiburan Mong Kok turut diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kawasan paling sibuk di dunia dengan keluasan kilometer persegi didiami oleh 143,000 penduduk.

1. Dharavi Slums - India


Foto - Iluminasi



Jangan terkejut jika tadi anda melihat penempatan ketiga paling padat adalah di Mumbai, India dan yang pertama ini juga di negara yang sama.


Dengan populasi kedua tertinggi di dunia sudah pasti India mempunyai beberapa kawasan penempatan paling padat. Dharavi Slums dibina pada tahun 1883 ketika era penjajahan British.


Dharavi mempunyai antara 500,000 hingga 1 juta penduduk dengan keluasan hanya 2.1 kilometer persegi iaitu 112 lebih kecil daripada Kuala Lumpur. Kepadatan di kawasan ini adalah sekitar 300,000 penduduk per kilometer persegi.


Jadi bersyukurlah kita tidak tinggal di kawasan yang penduduknya terlalu padat hingga tercetus pelbagai masalah. Tetapi jika anda ingin melihat sendiri dan merasa bagaimana padatnya penempatan-penempatan ini bolehlah merancang untuk bercuti ke sana. Itupun kalau anda sanggup dan suka sesuatu yang berlainan. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2018 12:28 PM | Show all posts
Expected pasti India akan mengungguli charta
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Padatnya.. xda family planning ker
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 04:02 PM | Show all posts
lokasi filem slumdog millionaire

dahsyat mcmn dorg blh survive kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:24 AM | Show all posts
kotor tu yg kureng.... kalo padat jer bleh tahan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 10:22 AM | Show all posts
devilito2 replied at 15-3-2018 08:24 AM
kotor tu yg kureng.... kalo padat jer bleh tahan lagi

sebab kawasan ni kotor sangat2 dgn sampah, some municipality (majlis bandaran) kat india tu saja lepaskan babi2 ..so babi2 ni akan makan sampah2 tu. kira green initiatives ler. guna natural ecology ...
geli tengok kan..
bila berhenti kat traffic lights, i terkejut sb ada babi kat tepi jalan makan sampah tu so our counterparts in india dok explain why babi2 berkeliaran. siap bagitau dont worry we dont eat those..we eat the ones which are reared in proper farms..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 01:00 AM | Show all posts
The North side of India is the worst. Mumbai (both locations are in Mumbai only). The slum has problem with drainage systems that go along in the Slums. Why showcase a slum that already has problems with hygiene just to call it dirty all over again??? Also, which stupid person visits a slum area???
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2022 09:33 PM | Show all posts
terlampau padat... sistem plak xder.. asal boleh jer tu yg jd kotor.. india ader jer tempat yang cantik dan menarik.. kalo tgh2 bandor mmg idak ler... padat nyer jem nyer jgn ckp la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080712 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list