CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5296|Reply: 84

[Tempatan] Kempen : #stopperogoldalamrumah. Are you ready?

  [Copy link]
Post time 21-2-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by CardiGans85 at 21-2-2018 09:45 PM

Tadi tengok berita tv9, ada slot berita tentang kempen #stopperogoldalamrumah akan di adakan di sekolah-sekolah. Pada pendapat saya mmg bagus sangat usaha ini disebabkan hampir setiap hari kita, rakyat Malaysia telah disajikan dengan berita-berita yang mengundang perasaan sedih atau 'kemurungan' bak kata Caritizens.

Disebabkan saya sendiri mempunyai seorang kawan yg telah melalui pengalaman yang sebegini, jadi seeloknya kaum ibu/penjaga wanita kepada kanak-kanak perempuan, mendedahkan serba sedikit tentang perkara ini sebagai langkah awal. Didik mereka supaya mereka sedar bahawa perbuatan itu salah walaupun mereka adalah saudara lelaki yang rapat.

Dibawah ini juga ada artikel yang saya ambil dari laman web untuk maklumat lanjut.


Nasional
Kempen "Stop Perogol Dalam Rumah" dekati masyarakat
Published: Monday, 19 February 2018
A- A+

KUALA LUMPUR: Kempen #stopperogoldalamrumah atau #stoprapistinthehouse bagi mewujudkan kesedaran terhadap penderaan seksual kanak-kanak oleh ahli keluarga akan diadakan secara agresif melalui pelbagai aktiviti.

Pengarahnya Farrah Adeeba Mohamed Ashraf berkata antara program yang akan dijalankan adalah ceramah di sekolah, dan pihaknya bekerjasama dengan lebih 20 orang “Advocate Speak Up” daripada pelbagai latar belakang seperti selebriti hiburan, ahli perniagaan dan ahli sukan untuk menyampaikan ceramah itu.

“Isu ini berlaku di bandar dan luar bandar, ia tidak mengira sesiapa. Kebanyakan kes dilaporkan hanya apabila mangsa telah hamil. Jadi kita perlu hentikan perogol dalam rumah,” kata selebriti televisyen dalam program Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini.

Beliau berkata melalui kempen itu, pihaknya berharap mampu mengubah budaya masyarakat yang masih enggan melaporkan kes-kes rogol oleh ahli keluarga terdekat, selain memberi pendidikan kepada mangsa dan keluarga untuk membuat aduan.

“Kenapa kita gunakan perkataan rogol berbanding sumbang mahram? Kerana trauma yang dihadapi mangsa lebih dahsyat. Jadi kita perlu panggil penjenayah ini dengan gelaran yang sebenar supaya ibu-ibu mangsa, khususnya, sedar isu ini amat serius,” katanya.

“Kita mahu sedarkan masyarakat bahawa kita ada tanggungjawab untuk menjaga anak-anak kita,” katanya.

Farrah Adeeba berkata berdasarkan kajian yang dijalankan pihaknya tahun lepas, mangsa rogol oleh ahli keluarga adalah yang paling kurang mendapat sokongan ibu bapa masing-masing berbanding kes buli dan “cyber grooming”.

Justeru katanya, kempen itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat, yang mangsa boleh bersuara, serta mencegah kes-kes seumpama itu daripada terus berlaku.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia dari 2015 hingga 2017, bapa kandung merupakan “pemangsa” tertinggi iaitu 25.5%, diikuti bapa tiri (25.2%) dan bapa saudara (17.4%).

Pakar kanak-kanak di Darul Ehsan Medical Centre Dr Rosliza Ibrahim pula menekankan penglibatan guru dalam mengesan perubahan sikap pada anak didik mereka, dan mengambil langkah seterusnya jika benar murid itu menjadi mangsa rogol.

“Kita lihat statistik, mangsa dirogol bapa kandung…jadi boleh bayangkan betapa kacau-bilaunya emosi kanak-kanak. Sebab itu 98% kes tidak dilaporkan.

“Guru perlu lebih proaktif bila melihat perubahan sikap kanak-kanak. Kadang-kadang disebabkan emosi terganggu, mereka memilih untuk diam. Tetapi jika kita dekati mereka, lama-kelamaan mereka akan bersuara,” jelasnya.

Selain itu, Dr Rosliza berkata terdapat 100 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di seluruh negara termasuk di setiap hospital kerajaan yang boleh menerima pelbagai bentuk aduan termasuk keganasan rumah tangga, rogol dan liwat.

“Tidak kira ibu bapa, ahli keluarga atau guru-guru, jika anda rasa ada sesuatu yang berlaku boleh terus segera ke OSCC,” katanya. - Bernama
Subjects: Nasional

Credit to: http://www.sarawakiana.net/2018/02/kempen-stop-perogol-dalam-rumah-dekati.html?m=1


#stopperogoldalamrumah

Thanks.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya,  tengok tadi.   Interview dgn Farah Adeeba.   Reason kenapa most x reported krn yg jht tu breadwinner in the family.
Statistically,  bapa kandung yg paling byk kes,  next bapa tiri,  next bapa saudara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 21-2-2018 09:14 PM
Ya,  tengok tadi.   Interview dgn Farah Adeeba.   Reason kenapa most x reported krn yg jht tu breadw ...

Biasa mmg jd tersepit sbb faktor ini lah..tp syabas pd kaum ibu yg berani ke depan utk membela anak perempuan jagaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 09:54 PM | Show all posts
sokong
mohon kempen ini diperluaskan dan mendidik masyarakat psl rape culture dan rape apology jugak. pandangan sempit dia org lah antara faktor mangsa takmo buat laporan. mula lihat perogol sbg penjenayah sebenar, dan hentikan victim blaming. let's start support rape survivors.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sokong kempen ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong mana yg baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi tadi dlm MHI ada segment kes penderaan especially penderaan sexual. Mangsa sendiri & husband dia jadi guest.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
such a very good program to stop and educate people about this madness.. meols fully support yach! #stopperogoldalamrumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 21-2-2018 09:54 PM
sokong
mohon kempen ini diperluaskan dan mendidik masyarakat psl rape culture dan rape apo ...

Betul..terutamanya keluarga, jgn buat x endah je. Dlm sibuk mencari rezeki, kena beri perhatian pd anak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 21-2-2018 10:05 PM
Saya sokong kempen ni

Hopefully, tbuka la minda semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
boboiyot replied at 21-2-2018 10:53 PM
Pagi tadi dlm MHI ada segment kes penderaan especially penderaan sexual. Mangsa sendiri & husband di ...

Kesian kat dia kann.....

Hb dia nmpak baik....tapi aku rasa hb dia tu tak duda atau hb org....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Taboo la.. minda2 bawang belum boleh brain topic sebegini

Nak cegah cemana kalo all the signs di-ignore, diri sendiri rasa syak pun masih nak deny.

Tu benda depan mata tu.. dah jadi kang baru nak nyesal kekdahnya. Pastu dok blame the victim.. ughhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
#SAYASOKONG100%!

Semoga dengan adanya kempen ini, masyarakat makin tinggi kesedaran pabila rogol berlaku, bukan si mangsa yang meminta2 agar benda terkutuk tu terjadi kepadanya. Masyarakat kita di Malaysia ini masih terlalu bodoh untuk memahami rogol terjadi bukan atas kehendak mangsa dan bukan juga kerana apa yang mangsa sarung di badannya.

Tahun lepas kat sekolah auntie ai ada kes rogol which was bapa rogol anak OKU (kategori lembam). Kejadian ni dah lama dan baru kedapatan tahun lepas after the girl (umo 16 ka 17, tak ingat) ngandung. The girl confessed dah bertahun bapa dia rogol dia, dan paling bodoh mak dia sort of knew what was going on but kept quiet (karna bapa syaitan tu breadwinner of the family).

Auntie ai ni, guru pendidikan khas. Ada master in education. Guru senior.

Korang tahu hapa respon dia bila makcik girl tu datang jumpa auntie ai, sambil bawa girl tu jumpa dia untuk bagitau dia pasal kes tu?

Boleh2 dia kata, "apsal begitu lama ko kana rogol tapi ko diam2?! Ntah2 ko pun suka bapa ko buat begitu?!"

........

See. Bodoh. Cikgu pun bodoh. Hada master pun bodoh. Dah senior umo 50 something tetap bodo takleh fikir.

Sebab tu ai klaim masyarakat kita masih terlalu bodoh when it comes to jenayah rogol. Respon makcik ai yang bodoh tu serupa sangat dengan respon porumer2 lehnat di sini yang sering pertikai apsal mangsa rogol dok dendiam walau dah bertahun dirogol oleh orang yang meka kenal dan macam korang tak biasa dengar frasa 'ntah2 suka sama suka' tu kan?

Semoga kempen ni berjaya mencapai objektifnya. Serius daripada korang kisahkan Iqram Dinzly elok kisahkan jenayah rogol sumbang mahram ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:15 AM | Show all posts
CardiGans85 replied at 21-2-2018 11:44 PM
Betul..terutamanya keluarga, jgn buat x endah je. Dlm sibuk mencari rezeki, kena beri perhatian pd ...

yup... ambik tahu hal ehwal anak2, jgn buat derk jah dgn perubahan sikap, satu lg jadi parents yg senang didekati... jgnlah garang sgt. entah apa masalah anak, dia org tak berani nak bg tahu. pesan kat dia org, kalau bg tahu masalah, ibu/ayah janji takkan hukum. don't punish them for speaking up. ini kerana antara taktik grooming perogol dlm rumah atau org dikenali, adalah mangsa disuruh sorokkan abuse tu sbg rahsia dan dimomokkan "nanti mak/ayah marah kalau tahu". parents atau penjaga patut bg tahu anak2 psl limit sentuhan kat badan, no one has the right to touch them and make them uncomfortable. their body is their own. ingatkan jugak dgn anak2, dia org pun tak boleh sentuh org lain kalau org tu tak suka disentuh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai setujuk wanita agak bodoh spt yg kalian ceritakan di atas, kohkohohhoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 12:40 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 22-2-2018 12:41 AM
chazey replied at 22-2-2018 12:05 AM
#SAYASOKONG100%!

Semoga dengan adanya kempen ini, masyarakat makin tinggi kesedaran pabila rogol  ...
"apsal begitu lama ko kana rogol tapi ko diam2?! Ntah2 ko pun suka bapa ko buat begitu?!"

masyarakat pro perogol in a nutshell.

tak suka jenayah rogol katanya, tp kutuk2 keji mangsa sampai langit ke-7 won't help either. sedar atau tidak, molot jahat acik2 bawang inilah yg melemahkan semangat mangsa. bila mangsa takut buat report polis, perogol jadi berani. bila perogol jd berani, mangsa pun makin ramai. sejak azali, pelbagai tips keselamatan diberikan. apabila ummah yg bosan dgn kes rogol menjadi2, maka lahirlah kempen teach men not to rape. tapi acik2 marah... tak logik, agenda feminist etc etc. benda simple fair and square kot, didik perempuan jaga diri dan keselamatan tp jgn lupa jugak didik lelaki jgn anggap pompuan sbg objek pemuas nafsu. susah sgt kah? paling menyampah bila acik2 letakkan diri sbg mangsa - kalau aku, belum apa2 lg aku akan jerit, terajang konek, bg penumbuk yada yada yada... cakap tak sama dgn situasi sebenar ya. lalui dulu saat2 genting mcm tu, baru boleh gebang.

anyhoo... bila stended pompuan di tahap tapak kaki mcm objek seks, apatah lg anak sendirik. wpun anak tu datang dari dua biji testikel ko, ko yg menyumbangkan sebahagian tenaga hingga anak ko terlahir... tp bukan hak ko utk try dulu, utk 'menuai hasil'. sibuk psl bala lgbt atheist yg tak memudaratkan hidup org lain, kes rogol dlm rumah dah mcm berita kemalangan jalan raya. biasa sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2018 01:01 AM | Show all posts
Zaman dulu mereka yg terbaris sbg wali dn waris terdekat dianggap sebagai pagar kukuh dn pembenteng dlm menjaga maruah keluarga.  Akan tetapi pada hari ini, ibarat mengharapkan pegar,  rupanya pegar  memakan padi  malah lebih keji haruan memakan anaknya sendiri.

Diperkosa shj adalah satu musibah yg ngeri apa lagi bila yg memperkosa adalah orang yg seharusnya menaungi dn penyelamat keluarga.  Tidak terbayangkan betapa sedih dn sesal kpd si mangsa dn ibunya.  Betapa zalimnya si ayah/ayah tiri, si atok, bapa saudara malah abang kandung boleh meratah kpd  warisnya.  Imannya ke mana?  Andaikan  pemerkosaan  mencambahkan janin kpd mangsa,  bagaimanakah mau disabitkan nasab janin itu dgn diri pemerkosa. Bolehkah cicit atau cucu menjadi anak?.  Bolehkan anak sdr dilahirkan sbg anak? Difikir2, bagaimana hal spt itu boleh terjadi? Adakah si pemerkosa kalah dgn godaan syaitan? Apakah si pelaku dn si mangsa adalah mangsa suasana dn keadaan?

Program yg diwujudkan bagus untuk memberi kesedaran kpd semua tetapi pokok asalnya perlu  mengenali punca perkara yg menyebabkan hal boleh terjadi.  Semoga kita sama2 dpt memikirkan dan memberi idea untuk membenteras musibah yg keji ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lobai2 kon kepam kapla ingat sex 24jam la ney ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 22-2-2018 01:40 AM
Ni lobai2 kon kepam kapla ingat sex 24jam la ney ...

Masalah spt ini adalah masalah sejagat. Oleh itu jgnlah menuding jari kpd kelompok tertentu shj. Berilah idea atau pendapat kalau ade bgaimna cara membendung gejala yg buruk itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua berpunca dari ibu bapa yang bodoh. ....takkan kejadian dalam rumah sendiri dan kita sebagai ketua dan penolong ketua dalam rumah langsung tak menyedari kepincangan yang berlaku. .....dan ada juga ibu bodoh yang tak layak jadi ibu. ...sanggup pentingkan nafsu sendiri dari fikir hal anak kandung. ...

Contoh terang ada satu thread di fd yang mana anak perempuan kandung dua orang sanggup dibawa tidur bersama satu bilik dengan ibu dan bapa tiri. ..

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1084848&mobile=2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.080788 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list