CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 2

[Tempatan] Kuil nafi lembu didera, dakwa jadi sasaran

[Copy link]
Post time 1-2-2018 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa kuil Nattukotai Chettiar menafikan dakwaan 'penderaan' terhadap dua lembu jantan yang dikerah menarik kereta berhala semasa perayaan Thaipusam di Pulau Pinang semalam.

Pemegang amanah kuil mendakwa mereka "disasarkan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pelaku" apabila insiden itu tular di media sosial.

Mengakui ia adalah kesilapan semata-mata, anggota jawatankuasa kuil berkenaan Dr A Narayanan berkata, "Namun saya masih merasakan bahawa kami sedang disasarkan".

Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika kira-kira 10 penganut Hindu menaiki kereta berhala berkenaan ketika dalam perjalanan ke kuil di Waterfall Gardens

"Mereka pergi mengambil gambar, saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku, mereka hanya ambil gambar dan yang lain merakamkan keseluruhan senario," kata Narayanan kepada Malaysiakini.

"Ketika kereta itu mula bergerak, mereka tidak dapat turun tetapi mereka tidak menaikinya sepanjang jalan, ia hanya berlaku ketika kereta berhala itu hendak mendekati kuil," tambahnya.

Narayanan membalas kritikan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa kuil kerana didakwa mendera lembu berkenaan selepas klip video yang merakam kejadian itu tular Selasa lalu

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) merangkap Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy (gambar) berkata kerajaan negeri akan campur tangan berhubung kejadian itu.

Katanya, lembaga itu mempunyai peraturan ketat berhubung kekejaman terhadap haiwan semasa perayaan.

Pensyarah Undang-undang Shamsher Singh Thind juga membuat laporan polis dan menggesa mereka yang bertanggungjawab disiasat di bawah Akta Haiwan 1953 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015.


Narayana berkata tiada siapa daripada PHEB menghubungi jawatankuasa kuil berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada insiden tersebut akan berulang, Narayanan tegas berkata, "Tidak."







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 05:16 PM | Show all posts
cerita tak habis....

TT apa sumbangan anda selain dari copy paste berita?.... nak suruh forummer CSI ka?...

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bideo mana bideo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.111916 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list