CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7204|Reply: 61

[Tempatan] 4 maut nahas lima kenderaan (18SG - Pic n video)

  [Copy link]
Post time 3-1-2018 09:14 PM | Show all posts |Read mode






Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my



EMPAT termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di simpang tiga lampu isyarat Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson, petang ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang yang berpunca apabila sebuah lori dari Sepang dipercayai gagal berhenti di simpang berkenaan lalu merempuh tiga kereta dan sebuah motosikal.
Beliau berkata, tiga kereta yang dirempuh ialah Honda Stream, Mercedes GLC 250 serta Perodua Axia selain motosikal jenis Yamaha LC 135.

“Lori itu dipercayai menyeret Honda Stream menyebabkan empat penumpang kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pasukan bomba dan penyelamat Port Dickson mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta yang remuk teruk itu,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mayat semua mangsa yang maut serta mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD).
“Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari semua arah sejauh hampir lima kilometer.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan orang awam yang melihat kejadian itu boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 5:51 PM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk berita td.... lori tu nak kejar lampu isyarat ke ape.... geramnya nengok.... tak psl2 org lain jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 09:32 PM | Show all posts
Inalillah ....
semuga kaum keluarga aruah tabah dan sabar ...



SAYA terdengar dentuman kuat lalu bergegas ke lokasi melihat apa yang sedang berlaku. Sebaik tiba, saya melihat sebuah kenderaan berada bawah lori dalam keadaan remuk.
"Dalam kenderaan itu, ada beberapa penumpang dan semua mereka tidak sedarkan diri. Muka mereka dipenuhi darah," kata S Muthu, 38, yang juga saksi kemalangan yang mengorbankan empat beranak warga Singapura, di simpang tiga lampu isyarat, Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson hari ini.
Mereka terbunuh dikenal pasti sebagai Rosli Samad, 54; dan isterinya, Maimunah Sapari, 51; serta dua anak pasangan itu, Dayana Sarah, 18, dan Nor Amalina Rosli, 21.

Menurut Muthu, sebelum kejadian, dia berada di hadapan kedai serbaneka yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kemalangan.
"Saya nampak lori dari Sepang merempuh kereta putih (Honda Stream) dan Mercedes hitam. Saya rasa lori tiga tan terbabas dan gagal mengawal kenderaan lalu merempuh kenderaan terbabit.
"Keadaan ketika itu kelam kabut dan semua kenderaan berhenti serta-merta. Saya dan beberapa orang cuba membantu tetapi namun terpaksa meminta bantuan bomba dan penyelamat semua semua mangsa tertindih bawah lori," katanya.
Sementara itu, rakannya, R Ravi, 42, berkata, inilah kemalangan ngeri yang belum pernah dia lihat sebelum ini.
"Ketika menunggu bomba tiba, kami cuba membantu mengeluarkan mangsa tersepit tetapi malangnya empat dari lima mereka sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, video sebelum kemalangan berlaku sempat dirakam pengguna jalan raya dikenali Saiful menunjukkan lori terbabit dipercayai terbabas ke kiri.
Ia dirakam menggunakan kamera yang dipasang dalam keretanya. Ketika itu, lampu isyarat dari Sepang berwana hijau dan secara tiba-tiba lori dari arah sama dipandu laju terbabas.
Difahamkan, lori terbabit dipercayai cuba mengejar lampu isyarat namun bertukar ke merah menyebabkan pemandunya tidak sempat membrek lalu meluru ke kiri.
Secara kebetulan, terdapat Honda Stream dinaiki lima warga Singapura tidak sempat mengelak lalu diseret dan tersepit di bawahnya.
Berita berkaitan:
•




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 8:16 PM


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la driver lori..bwk2 sedar dri..jgn nak drive ikut suka hati kamu je..x pasal2 org lain jd mangsa.
Dh bape byk kes mcm ni..bru bln lps kes viral lori hentam myvi kat selekoh kan..
Aduiiiii...tolong la sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. Jadi korban akibat kesalahan org lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Penguatkuasa ngok jd la cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:31 PM | Show all posts
Ikut cara undang2 Thailand.
Mana2 kenderaan yang lebih besar terlibat dalam kemalangan........anda dianggap bersalah dulu unless prioven otherwise.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pasal-pasal pengguna jalan lain yang tak bersalah jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda kekuatan akak nak tengok video tu...tkut x boleh tido mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori kejar lampu hijau...dia ingat lori dis blh brake mcm audi kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 kau bawa muatan kosong, ko bawa pecut laju2 macam babi!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 3-1-2018 10:35 PM
Takda kekuatan akak nak tengok video tu...tkut x boleh tido mlm ni

Tgk je .. x nampak apa2 pun sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 3-1-2018 10:42 PM
Tgk je .. x nampak apa2 pun sgt

Akak dah tengok dik...tu yg komen driver lori tu bawa macam babi.

Akak memang takut nak tengok sejak tertengok video pemandu uber viva kena langgar dengan lori laju kat selekoh dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori besaq2 macam biasanya pakai brek angin .ini kes brek bocor kott .  Kita tunggu hasil siasatan nanti .
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:48 PM | Show all posts
dess402 replied at 3-1-2018 10:50 PM
Lori besaq2 macam biasanya pakai brek angin .ini kes brek bocor kott .  Kita tunggu hasil siasatan n ...

nape lori tak pakai break disc? dah tahu angin mudah bocor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi tak mampus pulak driver lori
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat punya drebar Lori. Mana details drebar Lori?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 12:19 AM | Show all posts
Lori ialah jahat.
Suke kejar traffic light.
Suke bawak tgh2 sbb jalan kt tepi dah x elok disebabkan lori jgk.
Suke potong lori lain kat highway walaupun diorang beza 1km/j je lajunye.

Tp, kalau xde lori semua mende x sampai ke tempatnye.
Tp... ttp le banyak org bawak lori mcm syaitonirrajim
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenderaan yg besar2 ni kalau bwk laju mmg I maki kan je. Nak emergency brake bkn senang. Tak psl nyawa org lain melayang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.469221 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list