CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4626|Reply: 22

Pembantu Pegawai Perubatan Sekolahkan Netizen: Beza measuring cup, beaker dan

[Copy link]
Post time 3-1-2018 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ReginaGeorge at 3-1-2018 12:39 AM

MEASURING CUP, BEAKER DAN URINAL

Baru sekejap tadi ada isu viral berkaitan pihak hospital memberi pesakit minum menggunakan cawan yang disangka sebagai bekas (beaker) makmal / bekas tadahan kencing pesakit.

Ni nak kasitau.

Yang dalam gambar tu bukannya beaker makmal ataupun bekas tadahan kencing (urinal) pesakit. Itu namanya measuring cup.

Rujuk gambar 4 dibawah.

1. Measuring cup adalah antara perkakasan yang digunakan untuk menyukat kuantiti / isipadu sesuatu airan. Ia berbentuk seperti jug kecil dengan muncung dihadapan dan pemegang dibelakang, disertakan dengan pelbagai sukatan dibahagian sisinya.

2. Beaker makmal pula hanya digunakan didalam makmal. Beaker hampir sama bentuknya dengan measuring cup, tapi tanpa pemegang.

3. Urinal pula adalah bekas tadahan kencing pesakit yang digunakan untuk pesakit yang tidak boleh bergerak ke tandas. Urinal digunakan untuk menyukat kuantiti keluaran kencing pesakit untuk dicatat dalam rekod perawatan pesakit.

Kenapa pihak hospital menggunakan measuring cup untuk beri pesakit minum? Mengapa tidak digunakan cawan saja?

Measuring cup ni, boleh dianggap sebagai alat two-in-one. Ia bukan hanya digunakan untuk minum melalui mulut, malah ia juga digunakan dalam pemberian susu kepada pesakit melalui tiub saliran pemakanan. Muncung measuring cup dan pemegangnya memudahkan jururawat untuk menuang susu kedalam picagari ketika pemberian susu kepada pesakit. Sukatan disisinya pula membantu dalam menentukan jumlah susu yang diberikan kepada pesakit (rujuk gambar 5).

Setiap wad mempunyai cawan tersendiri. Namun jika tiada cawan yang ada, measuring cup juga boleh digunakan. Tiada masalah pun. Apatah lagi jika pesakit tersebut mempunyai masalah jantung atau ginjal, atau pesakit denggi dimana pemberian airan yang tepat perlu dicatat setiap jam.

Sebab itulah jururawat menggunakan measuring cup berbanding cawan biasa.

Sekian.

#anwarihamzah #kamijururawat
Sumber: FB Anwari Hamzah

RG: Nak kutuk spital pon agak-agak la weyh.. Bodoh simpan sikit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Teh dalam bekas makmal?!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:31 AM | Show all posts
hishhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sume nak viral
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
anak iols kat ed spital putrajaya pun diberi cup ni...
xde nak merempan sebab kita dh tahu kan..
sebab anak iols masa tu demam lama sgt..minum.semua xmau...
bagi menda ni utk pantau
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 01:01 PM | Show all posts
sume nk jadi hero on social media platform. tapi bodoh melulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah malu sendiri...konon nak viral la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesetengah netizen ni mmg main hembus aje kan? Tak check thoroughly terus kecam. Padan muka lah kena lahar balik khennn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat yang beri penjelesan ini tertib dan teratur, pasti bukan ummah forum

Kalau aku, aku hamburkan saja kata2 makian pada netizen bodoh itu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
haiyooo.....
kan nk sukat brp bnyk apak ko minum... tnya la nurse... jgn tonggong sgt... kan dh kna kecam... nnti dia kuaq statemnt yg dia dperli2 nurse pulok.... hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:15 PM | Show all posts
Rakyat malaysia mmg ad mentaliti berlagak pandai... dlm politik lagilah sumer nk tunjuk pandai, sumer nk bangkang, padahal xtau aper pun... lpas tuh viral dgn tahap konpiden tertinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Wsap yg tanya doc tu syok sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
memang xsekolah
tak tahu la
sy yg sekolah ni pun tak tahu
tapi tak la rasa nak hentam hospital sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu laaa memandai2 jerr komen, da kena sekolahkan balik
Ngehmgehngehh
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pg makan kt kedai makan gune alat makmal tu xpe pulak. kedai kat bangi tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa time lab makmal ponteng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik ke nak isi teh dalam bekas makmal. Tu lah sapa suruh tak pandai sains kena masuk kelas sastera.. budak sc stream dah lama tahu apa tu beaker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesakit nih ada masalah sakit buah pinggang kot,  tu kena sukat air takleh suka hati balun. Bukan setakat air kosong jer..milo,  kopi. Even soup pon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah skit der nak sukat baper air msk.... Yg kencing pakai yg mcm oenyodok tu... Kolot sgt le nak viral pung....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih la netizen.
Kan dah malu. Kata zaman skg, info di hujung jari. Tak reti2 nak check dulu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.078719 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list