CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2847|Reply: 1

[Haiwan & Tumbuhan] Gajah Mati Terkena Renjatan Elektrik

[Copy link]
Post time 2-1-2018 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:21 PM

[size=0.75em]-foto Facebook Malaysian Response Team

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Seekor gajah betina ditemui mati di Gerik, Perak selepas dipercayai terkena renjatan elektrik wayar hidup.
[size=0.98em]Menurut Pengurusan dan Ekologi Gajah-Gajah Malaysia (Meme), gajah tersebut dianggarkan berusia sekitar 40 tahun.
[size=0.98em]Pengurus lapangannya, Alicia Solana berkata terdapat kemungkinan bahawa gajah itu sedang bunting atau baru melahirkan anak.
[size=0.98em]"Kami tidak pasti tentang perkara ini pada masa ini, tetapi ada susu yang keluar dari putingnya," katanya kepada Star Online, Selasa.



[size=0.98em]Kejadian itu berlaku berhampiran kem tentera di Pulau Banding, Gerik.
[size=0.98em]Beliau menambah, gajah itu mungkin sebahagian daripada sekumpulan gajah betina dan anak gajah lain yang sering mencari makanan di situ.
[size=0.98em]"Haiwan ini memang biasa berkeliaran di kawasan seberang lebuh raya ini kerana ada banyak rumput dan makanan yang sesuai untuk mereka," katanya.
[size=0.98em]Solana berkata, gajah itu dipercayai terkena renjatan selepas menyondol zink sebuah rumah sementara yang dibina di kawasan itu, yang terletak di sebelah lebuh raya.
[size=0.98em]Tiada seorang pun berada di sekeliling kawasan kejadian, tambah Solana.
[size=0.98em]"Ia adalah satu kehilangan yang penuh emosi kerana kami tahu tentang kumpulan ini dan dapat mengenal pastinya. Kami sering melihatnya," katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... o9SetPxt9fL2SfK4.99

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058646 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list