View: 2289|Reply: 18
|
Romantis Cinta Yang Tidak Berkesudahan
[Copy link]
|
|
Sumber Utusan Online
KEBAHAGIAAN yang sedang dikecapi pasangan pengantin baharu memang tidak upaya disembunyikan lagi. Buktinya hingga ke hari ini, perkahwinan pasangan pelakon Abdul Fattah Mohd. Ahmad, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, masih tetap hangat diperkatakan sekalian peminat industri hiburan biarpun sebenarnya sudah hampir dua bulan mereka disatukan.
Sisi romantis yang dipamerkan pasangan sama cantik sama padan ini sejak disatukan ‘secara rahsia’ pada 27 November lalu itu juga telah membuka mata semua pihak tentang keistimewaan aura yang terletak dalam diri mereka berdua.
Sekali gus telah ‘memaku’ perhatian banyak pihak untuk terus mengikuti perkembangan kedua-dua pelakon ini di laman sosial. Di situ terletaknya lubuk kemanisan yang dipamerkan pasangan ini yang telah menawan hati peminat.
Tidak dinafikan gabungan Fattah dan Fazura telah menambah pengaruh mereka yang sedia ada hingga ‘meracuni’ pemikiran peminat untuk mengangkat mereka sebagai pasangan suami isteri paling romantik tahun ini.
Justeru menenggelamkan cerita panas berhubung perkahwinan rahsia mereka pernah mencetuskan kekecohan di media tempatan sebelum ini. Nyata cerita tersebut seolah-olah tidak pernah memudarkan keintiman magnet cinta pasangan sejoli ini.
Rezeki & Paparan Kebahagiaan
* Sehari selepas pernikahan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, Fattah menerima hadiah perkahwinan pertamanya iaitu sebuah kereta selepas merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular tahun ini. Ganjaran tersebut kemudiannya dihadiahkan kepada orang tuanya.
* Fazura tidak menyangka berduet dengan penyanyi antarabangsa dari Indonesia, Anggun Cipta Sasmi. Mereka bakal menyanyikan lagu The Good Is Back untuk single penyanyi yang mencipta nama di Perancis itu. Pemilihan yang dibuat Anggun itu disebabkan keselesaannya terhadap personaliti Fazura yang dikatakan mirip dengannya.
* Fattah mengakui sudah menerima tawaran lakonan daripada produksi Indonesia selepas menemani isterinya pada Malam Gala Ayat-Ayat Cinta 2 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 7 Disember lalu. Siapa sangka kehadirannya di majlis berkenaan membuka rezeki untuk melebarkan sayap di negara jiran pula. Filem yang turut dibintangi Fazura itu bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada Januari ini.
* Pasangan ini terus meraikan kebahagiaan mereka musim-musim bahagia mereka dalam percutian bulan madu di United Kingdom dan beberapa buah negara Eropah lain sejak minggu lalu. Ramai yang ‘cair’ dengan aksi manja pasangan ini apabila masing-masing berkongsi gambar terkini mereka di laman sosial. Nampaknya fenomena #Fattzura semakin masyhur semerbak hingga tahun depan.
* Khabarnya majlis resepsi bagi meraikan kebahagiaan mereka bersama rakan industri dan teman rapat bakal diadakan sekitar Mac atau April akan datang seperti mana yang dijanjikan ketika sidang akhbar pada 23 November lalu. Jadual kerja yang terlalu ketat selepas berkahwin November lalu memungkinkan mereka untuk mengadakan majlis dalam tempoh terdekat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dokterdewi at 2-1-2018 05:05 AM
Well, firstly its not 'perkahwinan rahsia'. Seriyesli I get annoyed by the term yg media selalu guna ni. Tak kiralah utusan ke, metrol ke, sesapalah pasni. Please bear in ur mind, dorang bukan bernikah rahsia tapi TERTUTUP. Paham tak tertutup tu apa? There are a lot of differences between 'tertutup' dgn 'rahsia', if you all bother to look at it carefully.. But what to expect yach from a bunch of people yg butthurt tak habis2 lagi..
Secondly, ternyata memang RAMAI yg gembira mendapat berita FaFaz kahwin. Termasuk rakan artis sendiri. That's why cerita panas yg media cuba gembar gemburkan ni tak mendapat sambutan sebaliknya menyebabkan orang menyampah pulak dgn perangai segelintir wartawan yg suka menyerang artis membuta tuli.
Third, hope wartawan yg menulis ni dapat tekankan bhwa FA pun pernah berkolaborasi dgn produksi seberang yach. Buat research ckit tak salah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
untung la romantik tiada kesudahan..
bkn mcm org lain, hari2 gaduh tanpa kesudahan hukhuk |
|
|
|
|
|
|
|
dokterdewi replied at 2-1-2018 04:43 AM
Well, firstly its not 'perkahwinan rahsia'. Seriyesli I get annoyed by the term yg media selalu guna ...
Kannnn.. mcm x faham je maksud majlis tertutup.. iols plak sakit hati dgn reputz camni |
|
|
|
|
|
|
|
"Tidak dinafikan gabungan Fattah dan Fazura telah menambah pengaruh mereka yang sedia ada hingga ‘meracuni’ pemikiran peminat untuk mengangkat mereka sebagai pasangan suami isteri paling romantik tahun ini."
kamonnnnn...perkataan 'meracuni' tu soooo negative lah reputz...banyak lagi perkataan lain yg neutral..'mempengaruhi' pun ok..sekarang yang nampak nak meracun ni wartawan! |
|
|
|
|
|
|
|
dokterdewi replied at 2-1-2018 04:43 AM
Well, firstly its not 'perkahwinan rahsia'. Seriyesli I get annoyed by the term yg media selalu guna ...
Yeah...kalo secara rahsia selayaknya si jering dgn kude tu...layak dihencap...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Owhh...mmg sweet sangat2, hati i pun mekar just by looking at these 2 lovebirds |
|
|
|
|
|
|
|
dokterdewi replied at 2-1-2018 04:43 AM
Well, firstly its not 'perkahwinan rahsia'. Seriyesli I get annoyed by the term yg media selalu guna ...
Kan..dulu dia pernah belakon kat indo utk drama gabungan produksi indo-malaysia. Jujur juga la cerita tu i tak pernah nak tengok hehehe. Mungkin wartawan pun tak ingat dan terlepas pandang. Tapi buat la research kalau nak tulis artikel. Baru la wartawan nampak rajin. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih lah tgk standard bahasa melayu reporter ni
kalau soalan objektif darjah lima suruh pilih perkataan sesuai utk isi tempat kosong dalam ayat pun sure dapat salah
|
|
|
|
|
|
|
|
but yes... fattah n fazura romantis banget
mcm tak puas tengok
nak lagi dan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sheqim at 2-1-2018 04:50 PM
Hahah silap bod |
|
|
|
|
|
|
|
yes... pasal dorang sy percaya semula dengan cinta |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang bosan..sila ke benang2 yang lain..yang beribu2 benang yang ada dalam bodgos...dalam bod2 lain..the whole forum nih. macam2 topik ada...nak serius..nak citer hantu..nak lawak..nak travel..1001 macam ada dalam nih so the choice is in your hand...click aje. mekacihhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling sedeyyyy benak yg tiada kesudahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Exactly..kadang-kadang (read: always) pelik kenapa ada orang yang tak suka tapi rajin nak tinggal komen, bukan kat forum je, tapi kat IG, FB dan semua posting lah. Kalau tak suka, why bother to look at it, apatah lagi nak komen kan.
*tarik nafas dalam-dalam*
Anyway, just nak cakap, i terinspirasi dengan kempen #lotsoflove fazzy and later joined by fattah. Sekarang rasa macam i have so much love to give to everyone, sentiasa memaafkan dan doakan yang baik-baik sahaja. Rasanya ramai juga yang inspired by this couple. They are indeed a power couple. Semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka dan keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
susah darang ni...dah sah2 ko click sub forum FA-Faz...
citer sal dorang je la yg ada..
|
|
|
|
|
|
|
|
yuppp me too....terkesan dgn taglines faz and fattah nih. so sekarang if nak marah pun..cepat2 cool down. cakap pun try cakap lembut2 dgn orang lain. lepas tuh nak happy2 aje..husnuzon/positive dgn orang2 sekeliling. rasa mcm lebih tenang gituk hehe!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa silap bod, pdnlah cite fattzura... sori karats depa hahaha muah cikitt |
|
|
|
|
|
|
| |
|