CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1496|Reply: 8

[Tempatan] Sebulan Setengah Tempoh Ganti Pasport Lama

[Copy link]
Post time 22-12-2017 10:52 AM | Show all posts |Read mode

[size=0.75em]Wajah baharu pasport. Foto: FAIHAN GHANI/ The Star.



[size=0.98em]PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kira-kira 81,000 pemegang pasport Malaysia masih  menggunakan dokumen itu yang mempunyai ciri-ciri lama, dengan ia akan diganti sepenuhnya dalam masa terdekat.
[size=0.98em]Beliau berkata dalam  tempoh satu setengah bulan lagi, kesemua pemegang pasport negara akan menggunakan dokumen perjalanan baharu yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.
[size=0.98em]“Kita mempunyai kapasiti pengeluaran pasport sebanyak lima juta setahun dan kita masih mempunyai tidak lebih 90,000 stok pasport lama yang masih boleh digunakan… tetapi pada masa sama, kita mula mengeluarkan pasport dengan ciri baharu.
[size=0.98em]“Stok untuk pasport lama terlalu sedikit iaitu 81,000 sahaja dan dalam sebulan setengah, jumlah itu boleh habis apatah lagi dengan musim cuti sekolah sekarang,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan merasmikan kilang baharu Datasonic Group Bhd di sini, Khamis.



[size=0.98em]Beliau berkata antara ciri keselamatan baharu yang dipertingkatkan dalam pasport Malaysia ialah penggunaan biometrik dan pengenalan wajah selain semua ciri yang mematuhi  piawaian ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
[size=0.98em]Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ciri-ciri baharu itu akan memastikan dokumen perjalanan rasmi itu tidak boleh dipalsukan walaupun dengan sistem teknologi terkini.
[size=0.98em]Beliau berkata ciri-ciri itu juga berjaya meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
[size=0.98em]“Bagi permohonan untuk memperbaharui pasport, Jabatan Imigresen hanya mengambil masa 15 minit sahaja selepas pembayaran dibuat untuk mengeluarkan pasport baharu, manakala permohonan pasport baharu pula hanya satu jam selepas pembayaran dibuat,” katanya.
[size=0.98em]Sementara itu, Datasonic  berkata kilang itu memulakan operasi membekalkan pasport baharu itu pada Oktober lepas dengan mengeluarkan hampir 650,000 dokumen itu, yang digunakan rakyat Malaysia mulai 15 November lepas.
[size=0.98em]Pasport Malaysia yang baharu itu mengandungi ciri-ciri dipertingkatkan dengan mematuhi  piawaian ICAO termasuk cip terbenam, tiga alur keselamatan berwarna serta penggunaan  cahaya ultraungu untuk mengesahkan ketulenannya.
[size=0.98em]"Konsep reka bentuknya yang dipertingkatkan itu menampilkan budaya Malaysia seperti bunga raya, bunga anggerik, halia merah, burung rimba telinga perak dan Rukunegara," kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.
[size=0.98em]Tahun  lepas, syarikat itu dianugerahkan kontrak bernilai RM233.38 juta untuk membekalkan pasport selama lima tahun dari 1 Dis 2016 hingga 30 November 2021. -Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 11:42 AM | Show all posts
maksudnya nak kena tukar pass ker? aku baru wat kot. klu ganti free okylah klu nak bayar mampuslah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 11:46 AM | Show all posts
aku tukar last year nak kena tukar lagi ke

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 11:50 AM | Show all posts
kalau tunggu aja sampai expire or nak travel balik boleh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 05:14 PM | Show all posts
paz replied at 22-12-2017 11:50 AM
kalau tunggu aja sampai expire or nak travel balik boleh kan?


masyukkk
lagi satu cara kaut untung, bertabahlah duhai hati ....makin pening rakyat di buatnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 05:17 PM | Show all posts
tension080808 replied at 22-12-2017 05:14 PM
masyukkk
lagi satu cara kaut untung, bertabahlah duhai hati ....makin pening rakyat di buatnya ...



semoga ada wakil yang tolong membahaskan di Parlimen nanti dan memperjuangkan untuk kita.....
(adegan setelah gagal IMAMsss)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2017 05:42 PM | Show all posts
pada pemahaman aku...tempoh sebulan 1/2 barula passport baru tu dikeluarkan.giler haper  nak paksa  org tukar passport pulak.tukar ic dulu pun bagi tempoh mkn tahun  jugak laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 05:47 PM | Show all posts
Edited by Siput_Sawah at 22-12-2017 05:48 PM

tolong baca dan tolong fahami...dia tak suruh pun tukar , dia just ckp dlm sebulan dan half passport lama yg masih ada stock mungkin akan abis n next yg baru apply or renew semua guna ciri baru.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 05:49 PM | Show all posts
pada pemahaman aku pulak, 81,000 stok akhir passport lama tu yang akan habis digunakan dalam tempoh 1 1/2 bulan. ke macam mana? hahahahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 1.103540 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list