CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 14

[Jenayah] Bunuh dan Bakar 4 Sekeluarga: OKU Pekak dan Bisu Ditahan

[Copy link]
Post time 15-12-2017 08:54 PM | Show all posts |Read mode

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang juga ahli keluarga mangsa berjaya menyelamatkan diri.

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditahan awal pagi tadi di Kepong bagi membantu siasatan kes bunuh dan bakar empat sekeluarga, di Tanjung Sepat, pagi kelmarin.

Lelaki berusia 38 tahun, yang juga teman lelaki kepada anak bongsu mangsa, ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Pusat Keong pada jam 1 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati suspek yang mengalami cacat pendengaran dan pertuturan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong.

"Siasatan mendapati suspek adalah teman lelaki kepada anak bongsu mangsa berusia 30 tahun.

"Dipercayai suspek bertindak sendirian dalam kejadian ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, hari ini.

Mazlan berkata, pada masa ini, polis percaya masalah kewangan menjadi motif kejadian berkenaan.

"Kita percaya suspek mempunyai hutang sehingga dipercayai mendorongnya melakukan perbuatan khianat itu.

"Sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan di rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat," katanya.

Mazlan berkata, selepas kejadian, suspek yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini hingga Khamis depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mazlan berkata, pihaknya percaya kes itu selesai dengan penahanan suspek.

Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan rasmi proses bedah siasat daripada Hospital Banting.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi Rabu lalu, satu keluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Mangsa adalah Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun.

Difahamkan, seorang cucu mangsa berusia 12 tahun, yang juga abang kepada Ryan Chia terselamat kerana menyorok di dalam bilik air sebelum meloloskan diri ke luar rumah.

Terdahulu, Mazlan menyaksikan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor antara Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Abdul Wahab, yang kini memangku jawatan Ketua Polis Daerah menggantikan Superintendan Ruslan Abdullah yang bersara wajib.
Sumber: Berita Harian/15/12/2017




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la kes yg baca dalam the sun tu.. kesian, mesti trauma si abang tengok adik2 mati dibunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mana mak dan bapak kanak2 itu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 11:24 PM | Show all posts
kejamnya... padan la mak ayah pempuan tu xnak ko jd menantu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kuala selangor ka kuala langat?
upsr dlu kan ada blaja karangan jeniz berita
xbuat kajian ka
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:23 AM | Show all posts
shernazz replied at 16-12-2017 12:04 AM
kuala selangor ka kuala langat?
upsr dlu kan ada blaja karangan jeniz berita
xbuat kajian ka

betul le kan..tanjung sepat ni dekat kuala langat.
kuala selangor tu area yang berbeza.
kawasan ni ada penempatan orang asli. cina pun ramai.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2017 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tora replied at 16-12-2017 12:23 AM
betul le kan..tanjung sepat ni dekat kuala langat.
kuala selangor tu area yang berbeza.
kawasan  ...

haha
kt atas tu kuala selagor
peliks
tgk tanjung sepat
tu kan tmpt arwah sosilawati kena bunuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 15-12-2017 02:47 PM
mana mak dan bapak kanak2 itu

Chinese biasa kan tinggalkan anak ngan mak apak depa, suruh jaga bila depa kerja. Hujung minggu baru datang jenguk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk wartawan tv3 interbiu saksi yg budak dpt selamatkan diri tu
Tp muka di blurkan la demi keselamatan.kesian ko dik, mmg trauma
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:47 AM | Show all posts
shernazz replied at 16-12-2017 12:04 AM
kuala selangor ka kuala langat?
upsr dlu kan ada blaja karangan jeniz berita
xbuat kajian ka

memang la kuala langat
tapi kuala selangor tu tmpt masa wartawan tanya pasal kes tu kat ketua polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 16-12-2017 11:47 AM
memang la kuala langat
tapi kuala selangor tu tmpt masa wartawan tanya pasal kes tu kat ketua pol ...

oo ok
my bad
iols baca baca.tgk.peristiwa.di kuala langat
tenkiu tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 16-12-2017 11:47 AM
memang la kuala langat
tapi kuala selangor tu tmpt masa wartawan tanya pasal kes tu kat ketua pol ...

baru.pasan.interviewnya di.kuale sgor
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 16-12-2017 08:03 AM
Chinese biasa kan tinggalkan anak ngan mak apak depa, suruh jaga bila depa kerja. Hujung minggu ba ...

Mak pak dia antar budak tu kat atuk dia sebab cuti sekolah ni lar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 11:02 AM | Show all posts
takziah.


traumanya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064880 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list