CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 43559|Reply: 20

Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet! Kesan Bahaya Ubat Kurus

[Copy link]
Post time 28-11-2017 11:08 AM | Show all posts |Read mode




Ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana obses hendak kurus, tanpa memikirkan kesan yang bakal dialami, mereka sanggup menanggung risiko memakan ubat kurus.




Wanita dengan kecantikkan sememangnya tidak dapat dipisahkan, apatahlagi apabila selepas melahirkan anak, sudah pasti lemak timbul sana dan sini, hati mana yang tidak resah, mata mana yang tidak sakit melihat. Ada diantara mereka yang suka mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil ubat kurus walaupun baru sahaja lepas bersalin.




Sebenarnya, dalam berpantang pun ibu-ibu mampu mendapatkan bentuk badan ideal jika benar-benar mengamalkan pantang yang betul. Tetapi dengan iklan dan janji-janji manis penjual produk yang menjanjikan bentuk badan kembali langsing selepas bersalin, ramai yang mudah terperdaya dan terus membelinya tanpa berfikir panjang! Dan akhirnya memakan diri sendiri.




Inilah yang telah terjadi kepada Ida, seorang wanita yang kini terlantar di katil hospital dan dipasang dengan mesin sokongan hidup. Kisahnya menjadi viral selepas video dan gambarnya dimuat naik oleh Azriel Ariel di Facebook Oktober tahun lepas.




Jangan ambil sebarang ubat pelangsing badan/teh diet tanpa menyemak dulu kalau produk itu didaftar, selamat ataupun tidak kerana ia boleh merbahayakan.




Akibat mengambil teh diet sebarangan, Ida telah mengalami komplikasi abdomen yang merebak ke usus sehingga ia hancur.




Doktor berkata Ida tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi, dan keluarganya telah menandatangani kelulusan untuk mematikan mesin sokongan hayat.




Selepas beberapa jam, Ida telah meninggalkan dunia secara senyap-senyap.







Berikut adalah video Ida, ketika dia masih hidup dan terlantar di Hospital Zhongshan, Taichung.





Bahaya teh diet sembarangan

Teh pelangsing bertindak sebagai julap atau ubat pencuci perut yang membantu mengosongkan kandungan usus, dan perut akan rasa kosong untuk lebih lama (terasa seperti perut rata).

Risiko mengambil teh ini untuk jangka panjang, ialah gangguan kepada keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang akan mengganggu fungsi sel-sel lain dalam tubuh.Yang paling membimbangkan adalah kehadiran campuran bahan kimia yang digunakan di dalam teh pelangsing.

Biasanya produk seperti ini akan ditambah bahan-bahan lain untuk melangsingkan badan dengan cepat.

Kita tidak tahu kesan sampingan mengambil ubat kurus, pil pelangsing badan ataupun teh diet, dan kewujudan bahan kimia di dalamnya boleh memudaratkan kita, terutama jika digunakan tanpa pengawasan.

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.


Sumber: Pharmacy.gov.my , Kementerian Kesihatan Malaysia , My.theasianparent.com , Facebook/~Azriel Ariel



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 11:23 AM | Show all posts
ya ALLAH kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf tak sampai hati nak tengok video. Dia ada cakap ke apa nama teh tersebut. Aku nengok teh kurus power jual di lazada dari china.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 11:59 AM | Show all posts
Teh secara teknikalnya dibuat dari dauh teh. Teh biasa atau teh hijau dari spesis yg sama. Jika dah campur tumbuhan lain secara teknikalnya bukan lagi teh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 12:00 PM | Show all posts
Kesiannya. Semoga jadi iktibar untuk semua supaya tak ambil teh or pil kurus sebarangan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnyeee bacaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2017 12:52 PM | Show all posts
Sebab tu jangan main cuba sebarangan product sebegitu kalau tak betul2 pasti bahan2 sebenar yang digunakan.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 01:05 PM | Show all posts
Teh yang buat orang cirit tu ke? Aku dulu2 pernah minum teh orang kampung. adakah aku bakal mengalami nasib yang sama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 01:38 PM | Show all posts
Huhu...zmn jahiliyah iols tahun lps iols ada gak consume teh yg bini shukri yahya jual tu..sebulan je la minum sbb nan hado..tp xde la cery bery bagai. Master cleanse pon pnh buat..tp Alhamdulillah setelah jumpa kawan iols yg da kurus n dia ajar camne..huhu x susah pon nk kurus n sihat janji hati kita kuat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni ada yg muda bujang pun dah gedempol.. no short cut la sis pls jaga makan & work out
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah amek supplement spirulina time study dulu,last2 dpt melanosis coli..walaupun harmless tp usus nmpk hodoh sgt..doc pun suh stop,n bila dah stop lama2 hilang bnde tu..

sy pernah try detox tea sekali, tp xley hadam,pahit and rse sharp sgt..mmg sakit perut jd nye..try pn sbb curious nk taw effect die..last2 sndiri tnggung perit tu..tu baru satu cawan minum..kalau y mmg dah amalkn,xtaw ler caner kesannya..mengerikan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
funnyTONE replied at 28-11-2017 01:38 PM
Huhu...zmn jahiliyah iols tahun lps iols ada gak consume teh yg bini shukri yahya jual tu..sebulan j ...

Mcmana caranya.....
Share le kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu hadap jugak detox tea bagai ni...
Tapi skang minum lemon kosong je..Takpun limau kasturi..Go natural for detox..

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 10:20 AM | Show all posts
x pasal2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 11:23 AM | Show all posts
uols .. nak kurus ni tak perlu supplement bagai. kira kalori in and out je la. kata kunci dia .. kalori in kena kurang dari kalori out. eat clean. cut off sugar intake kalau boleh dan oily food. no nonsense junk food semua. which i am doing it now for almost about a month. alhamdulillah .. i tak kelaparan kebuluran tapi dpt kurangkan berat badan. hopefully istiqamah. rajin2 la google about diet sihat ni. no short cut tuk kurus ya.  selain tuk kurus ... ianya tuk jaga kesihatan kita. bukan nak kurus tp dpt penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 12:19 PM | Show all posts
nak kurus senang jah
jangan minum air2 manis
akak dah try and skang mmg kurus slim gitu
kalo gi pizza hut ke, kepsi ke, mekdi ke or memana restoran, akak kuatkan jiwa raga dgn hanya mengorder air mineral jah walalu coke pepsi orange juice tu sume nmpk sedap
starbak, kopibean, chatime tu sume pun akak dah tak pegi lagi..zaman2 muda jah hadap ..kini sume tinggal kenangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2017 12:31 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-11-2017 01:19 PM
nak kurus senang jah
jangan minum air2 manis
akak dah try and skang mmg kurus slim gitu

tahannya jiwa ko kak dari tergoda dek air2 manis tu..
aku pun skrg lebihkan air kosong dan kopi kosong..
sesekali tekak nak minum kopi susu, baru aku letak krimer tapi x letak gula..



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kita mana nak takut.lagi depa beli aderlah janji boleh kurus.teh ape lah lepas minum terus cirit.kau hengat cirit tu penuh ngan lemak ker?!?!?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang kawan yang memang amalkan teh detox hari
Sebelum ni dia dok minum teh orang kampung
Lepastu tukar brand lain. I pulak xleh minum teh/minuman detox ni...katanye boleh lawas perut, i plak jadi gastrik..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
teh diet apa mak dia amek? tepek la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056012 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list