CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 3

[Tempatan] Perak tewaskan Indonesia

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Patutnya Indon kena lawan budak sekolah dulu baru ..pastu lawan budak2 tahap daerah ...pastu baru negeri

KUALA LUMPUR: Meskipun hanya dibarisi pemain muda, Perak memperaga aksi meyakinkan untuk menewaskan skuad kebangsaan Indonesia 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A Piala Razak di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Lembah Pantai hari ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd Azlan Ahmad mengakui berpuas hati dengan kemenangan itu selepas anak buahnya bangkit selepas tewas kepada Kuala Lumpur 2-6 pada perlawanan pertama.

"Rata-rata pemain beraksi hari ini dengan keadaan tidak cergas sepenuhnya kerana baru saja turun beraksi bertemu Kuala Lumpur, semalam.

"Saya akui pada awalnya rentak permainan kami agak perlahan. Saya ambil keputusan mengubah strategi permainan kepada lebih pantas di suku kedua," katanya.

Menurut Mohd Azlan, ketiadaan rekod pertemuan menentang Indonesia menyaksikan dia berdepan kesukaran menjangkakan apakah yang akan berlaku pada perlawanan sebenar.

"Kami dapat menewaskan Indonesia selepas mengkaji corak permainan mereka di awal permainan," katanya.

Pada perlawanan itu, Nurliyana Ghazali meletakkan Perak di depan pada minit ke-10 menerusi jaringan padang.

Perak menambah gol kedua hasil jaringan padang Wan Nur Syamielea Wan Mazli pada minit ke-45.

Amira Natasha Abu Hassim melengkapkan kemenangan dengan menyumbat gol ketiga lima minit sebelum tamat perlawanan hasil pukulan sudut penalti.

Perak seterusnya akan bertemu juara bertahan, Pahang Selasa ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 04:15 PM | Show all posts
Terserlah keindonannya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesahnye
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 05:26 PM | Show all posts
Muahahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.081620 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list