CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kuihbakar

[Pelbagai] Cemana cara korang nak khusyuk dalam solat?

  [Copy link]
 Author| Post time 19-11-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 19-11-2017 07:37 PM
1. Solat awal waktu. Supaya boleh lapangkan hati, kosongkan minda, ambil masa utk tenang dan fokus.  ...

Allahu, moonbug, bagusnya perkongsian u... Semoga kita semua istiqomah untuk amalkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 09:49 AM | Show all posts
paham maksud
bayangkan huruf2nya masa kita sebut tu
jaga makhraj setiap huruf dan baris

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:49 AM | Show all posts
moonbug replied at 19-11-2017 07:37 PM
1. Solat awal waktu. Supaya boleh lapangkan hati, kosongkan minda, ambil masa utk tenang dan fokus.  ...

terbaikkkk... tima kasih sgt berguna info ni.

saya mmg ada masalah khusyuk dlm solat..
i admit that kalau solat hujung2 waktu, mmg kelam kelibut, fokus pun kelaut..
then, husband ckp, cuba time baca tu kuat sikit baca smpai diri sendiri dengar..
memang membantu..

kdg2 time solat tu lah terpikir nak masak apa, esok nak buat apa..
haih mudah betul dengar bisikan syaitonnn..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:58 AM | Show all posts
I pun ada masalah khusyuk solat... lupa rakaat... so, thank you for those yg sharing... dalam usaha utk paham maksud bacaan & solat awal waktu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 10:58 AM | Show all posts
1. Dzikir
2. Duduk sejenak sebelum shalat untuk fokuskan pikiran
3. setelah tu coba shalat di tempat yang tenang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 20-11-2017 09:49 AM
paham maksud
bayangkan huruf2nya masa kita sebut tu
jaga makhraj setiap huruf dan baris

Terbaiklah bayangkan huruf2 tu.. I tak pernah buat gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
fara7351 replied at 20-11-2017 09:49 AM
terbaikkkk... tima kasih sgt berguna info ni.

saya mmg ada masalah khusyuk dlm solat..

Betul, i pun gitu.. Kdang2 terfikir nak masak apa la.. Itu la.. Ini la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 20-11-2017 09:58 AM
I pun ada masalah khusyuk solat... lupa rakaat... so, thank you for those yg sharing... dalam usaha  ...

Jom minami kita sama2 baiki kualiti solat kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
UchiQ replied at 20-11-2017 10:58 AM
1. Dzikir
2. Duduk sejenak sebelum shalat untuk fokuskan pikiran
3. setelah tu coba shalat di temp ...

Betul uchiq, solat di tempat yang tenang dan mendamaikan tu memang antara usaha utk khusyuk dalam solat
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:31 AM | Show all posts
Leha selalu tak khusuk bila solat yg 4 rakaat i.e Zohor, Asar, Isya'... selalu terlupa rakaat.
Yang peliknya solat Subuh & Maghrib boleh pulak tak lupa rakaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2017 02:25 PM | Show all posts
Leha. replied at 21-11-2017 09:31 AM
Leha selalu tak khusuk bila solat yg 4 rakaat i.e Zohor, Asar, Isya'... selalu terlupa rakaat.
Yang ...

samalah kita leha... tapi kl lupa i tambah je rakaat, pastu my daughter tegur? y mummy solat isyak 5 rakaat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 21-11-2017 02:25 PM
samalah kita leha... tapi kl lupa i tambah je rakaat, pastu my daughter tegur? y mummy solat isyak ...

Leha pun tambah jer rakaat kalau dah terlupa sgt... sujud sahwi lah nampaknya.

Tapi sekarang ni Leha guna tactic kalau rakaat pertama & ketiga Leha tutup mata sepanjang-panjang rakaat tu... dari berdiri, ruku', sujud sampailah naik berdiri semula leha tutup mata. Rakaat ke-2 dan ke-4 Leha buka mata.

Saja nak differentiate rakaat yg genap & ganjil... nak minimisekan kejadian terlupa rakaat tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2017 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan2 ig tadi...terbaca posting abby abadi pasal topik kusyuk solat. Kita share sini ya...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aidia replied at 27-11-2017 09:50 AM
Jalan2 ig tadi...terbaca posting abby abadi pasal topik kusyuk solat. Kita share sini ya...

Terbaik perkongsian ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 03:53 PM | Show all posts
fahami setiap bacaan di dalam solat..kalau tak mampu semua..fahami makna bacaan solat yang ringkas dulu dan makna bacaan al fatihah..insyaallah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
SepatUngu replied at 6-12-2017 03:53 PM
fahami setiap bacaan di dalam solat..kalau tak mampu semua..fahami makna bacaan solat yang ringkas d ...

Terima kasih atas perkongsian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 09:04 AM | Show all posts
Nov 20, 2017

Solat tapi bernasib buruk?
(tanya sama Pakcik keretamayat)

“Salam abang keretamayat,, saya hairan, saya solat, tapi kenapa saya tengok nasib saya lagi buruk dari orang tak solat?”

******
Hamka keretamayat jawab:

Salam, itu bukan nasib buruk, itu ujian hidup,, setiap orang tak sama ujian hidup, nasib buruk ni bila mati masuk neraka, itulah nasib buruk, kesusahan di dunia bukan nasib buruk, tapi ujian yang mana siapa sabar maka nasib untunglah dia di akhirat, tapi siapa tak sabar, di duniapun ‘nasib buruk’, akhirat lagilah bertambah nasib buruknya

Jadi jangan tengok orang tak solat dan bernasib baik itu satu nikmat, kadang kerana Alah tak nak bagi apa apa lagi kepada mereka di akhirat, maka di dunia mereka dah dapat dah. So nikmat kepada mereka bukan untuk dicemburui, tapi untuk dikasihani.

Macam orang tua cemburu tengok orang muda, itu salah! Sepatutnya orang tua berasa kasihan kepada orang muda kerana mereka mungkin tak akan sampai ke umur tua anda. Nampak tak?

Pesan Nabi: Dunia ini penjara orang Islam, dan Syurga orang kafir. Kenapa nak berebut nikmat sementara dalam penjara sedangkan di Syurga nanti ada segalanya?

Now you know.

Ps: Apa guna senang macam Firaun tapi mati masuk neraka, lebih baik bermujahadah macam Nabi Musa dan Syurgalah ganjaranya. Amin

Posted by Hamka Kereta Mayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2018 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-1-2018 09:04 AM
Nov 20, 2017

Solat tapi bernasib buruk?

Yeappp.. betul sangat. Dah lama tak baca blog keretamayat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi yang merasa sukar untuk solat dengan khusyuk, dan merasa bahawa Allah berada di satu tempat yang saaaaaangat jauh dan sukar untuk dihubungi, ketahuilah bahawasanya yang jauh itu bukan Allah tetapi hati kita yang sudah dihinggap penyakit cintakan dunia.

Untuk dapat merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT. Jika imannya telah lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hatinya kepada cinta dunia, mustahil ia akan dapat merasakan kedekatan Allah.

Antara sebab mengapa sukar untuk meraih khusyuk di dalam solat adalah kerana banyaknya maksiat yang telah dilakukan yang melanggari perintah Allah. Apabila banyak maksiat yang dilakukan dan hati mulai menjadi hitam, maka sukar untuk kita menerima bisikan nurani dari Allah SWT. Sebaliknya bisikan syaitan yang melalaikan kita pula yang kita dengari. Hati yang keras membatu akibat terlalu mencintai dunia dan diselubungi kejumudan nafsu adalah mustahil untuk disirami dan dibasahi dengan siraman Nur hidayah-Nya.

Hanya ada satu sahaja jalan yang tinggal, iaitu jalan pulang menuju kepadaNya dengan bertaubat. Jika anda melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu atau berzina, maka hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan terus perbuatan itu kerana kita tidak tahu bilakah waktu akan berakhir buat kita. Jika ada melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap seseorang, maka segeralah mencari kemaafan dan eratkan silaturrahim. Ini kerana, semua dosa dan kesalahan ini akan menjadi hijab yang menutup dan menghalang perhubungan spiritual kita dengan Allah. Maka, segeralah kembali kepada Allah jika anda sudah tersasar dan janganlah berputus asa dari rahmat-Nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 04:43 PM | Show all posts
meols pn amalkan mcm yg atas2 komen.. cuba solat awal waktu, pastu bykkan berisytifar berzikir.. pastu cuba fokus tempat kita sujud.. 1 lg tips kalau boleh elakkan 10 minit sblm solat mengadap hp especially fb ke ape ke.. letak hp jauh2.. meols amalkan alhamdulillah ade la perubahan.. banyakkan berdoa kat Allah supaya kita diberi ketenangan jiwa ketika beribadah kepadanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.529101 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list