CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11214|Reply: 51

biras yang baik hati (wah macam tajuk cerpen tahun 5..wakakak)

  [Copy link]
Post time 15-11-2017 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kuihbakar at 15-11-2017 06:20 PM

aku ni kakak ipar sulung. suami aku ada 7 beradik. dan adik beradik laki aku ni sorang je ppuan. so aku ada dua lagi biras perempuan. aku selalu je baca dalam krt masalah2 adik bersik, ipar duai, mertua dll... benda yang aku nak share ni, adalah benda yang sangat aku bangga dgn biras aku ni..

untuk pengetahuan korang, biras aku ni dua2 pun baik, sorang nama ita dan sorang nama hana (bukan nama sebenar sebab laki aku pun layan forum gakkk ... ita isteri pada adik suami aku yang kedua, dan hana isteri pada adik suami aku yang bongsu... both ipar ni semua jenis easy going... paling best kalau time2 berkumpul ramai2.

yang aku nak cerita ni, ttg ita... ita seorang suri rumahtangga. dia memang cantik (muka mcm model).. jenis jaga aurat, cakap pun lembut je,, adik beradik suami aku setakat ni semua la kerja best2 belaka, ada yang kerja gomen, ada yang kerja swasta. tapi semua gaji lebat2 la.. suami ita ni cikgu sekolah ..

so disebabkan adik ipar aku yang perempuan sorang tu dah divorce, semua anak2 dia mil yang jaga... dan dia ni kerja mmg selalu oustation tak kira la dalam negara atau luar negara. cuma aku ni kesian sgt tgk mil aku jaga cucu..  mil aku dah umur 65++, so dgn kederat dia nak handle cucu 4 orang tu boleh tahan penat la juga,, plus anak sedara tu ada yang kecil berak pun mil masih basuhkan lagi... mil aku pula pesara gomen. cuma mil aku ni ada satu pegangan, dia kalau boleh anak menantu semua nak kerja gomen, sanggup jumpa mana2 yb nak dapatkan sokongan anak kerja gomen,, dan dia juga tak berapa nak kl menantu yang tak berkerja. buktinya, ada adik ipar aku yang tak kawin lagi, dia ada gepren tak bekerja, mak mertua aku reject.. sampai sudah adik ipar aku tak kawin lagi sebab cita2 dia nak bermenantukan doktor,,, kalau ada forumer2 yang doktor wanita masih single tu buleh pm hakak yoooo..hahahah

so aku yang memang dah takde mak ayah ni memang selalu rasa kesian dgn mil... dan mil aku pula suka berjalan. cuma takde orang nak bawakan dia jalan2,,, dia pernah sebut ngan aku dia paling teringin nak gi bali indonesia.. aku rasa cam kesian sgt sebab anak menantu bagai up segala kat fb melancong ke luar negara. so aku pasti sebagai org tua dia mesti teringinnnnn sangat nak ikut anak2 dia berjalan obersi... cuma malangnya, takde sorang pun anak2 dia memelawa mak ni pergi obersi.

so dengan rezeki yang aku ada, dua minggu lepas aku suarakan hajat kat laki aku, nak bawa mil aku pergi jakarta. so bagai pucuk dicita ulam mendatang la. laki aku mmg suka la sangat... so dengan gigihnya aku belikan tiket utk dia. dan aku pun pm adik ipar aku yg perempuan tu bgtau nak bw mil pi jakarta, dan nak minta dia ambil alih jaga anak2 dia tu.. so dia balas pm aku yang dia mmg dah takde cuti, tp nnti dia handle la anak2 dia tu mcmn. tp ipar aku tanya aku balik, " kenapa tak ajak abah sekali' fil aku pula mmg jenis tak suka berjalan.. opposite ngan mil ni.. tp aku jawab nanti aku tanya fil nak gi ke tak. cuma aku bgtau adik ipar, tongtong la duit sikit sorang utk abah. pastu adik ipar kata suh tanya dlm grup wasap.

aku pun tanya la dalam grup wasap... as usual... krik krik je semuaaaa.... langsung takde yg respon nak share duit sikit sorang untuk mak abah ke. pastu biras aku ni, ita,  pm aku, dia kata nak ikut aku pi jakarta...aku pun kata ok lah tiket dalam rm400 belum masuk hotel , supir dll. dan paling baiknya, ita bagitau dia akan sponsor fil aku semua expences ... terharunya aku dia wasap mcm tu. sebab ita ni tak kerja, meniaga ambil tempahan kecil2an dari rumah.. aku tanya dia, ita ada duit ke nak sponsor abah? dia kata "kak alhamdulillah ada rezeki sikit2 saya niaga sambilan ni kak' ....

aku rasa kan, mulia sangat hati ita ni, dia dahlah tak bekerja tetap, pastu adalah beberapa perkara yang mil aku buat dia terasa hati, tapi hati jernih dia tetap dengan senang hati nak bawa fil dan mil ni berjalan obersi (walaupun indonesia obersi la juga kan..hihi)... dia cuma menantu macam aku, yang mertua pandang rendah sebab tak kerja tetap... dan opkoslah mertua pun sayang lebih anak adik ipar aku yang perempuan tu.. anak2 aku ngan ita ni setakat cuit2 gitu jelah

maaflah kl cerita aku panjang weh,, cuma apa yng aku nak sampaikan, hargailah org tua korang selagi masih ada. anak2 pun satu, bajet jalan obersi seantero dunia kau canang,, tapi ngan mak ayah korang kemain berkira... nak kata tak pandai, anak2 educated belaka, tp mcm tak boleh nak selami keinginan mak ayah sendiri kan... berbaktilah selagi hayat bersisa

aku cerita ni, bukan aku nak up aku lah dan ita menahantu yang paling baik dalam donia, tp dr mata mak ayah mertua aku, aku boleh tengok jerit perit mak ayah mertua aku besarkan anak 7 orang tu... dan ni juga tanda aku nak terima kasih kat mak ayah mertua aku sebab ada anak yang skarang dah jadi laki aku, adalah suami , bapa, dan anak yang terrrrbaikkkkk untuk aku...wehuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu T kdg yg pumpang riuh sekampung di puja puji hakikatnya xda pn jasa bakti kt keluarga.tp yg diam2 ubi berisi n kena perli hina ni la yg x berkira utk bantu kederat n keluar duit utk keluarga esp utk ibubapa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mil tau tak ita sponsor.. mesti dia terharu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 02:46 PM | Show all posts
baik si ita ni
moga2 mertua menghargai

ipar duai aku pun baik2
baik sebelah aku mahupun belah suami

tiap kali kitorg nak fly ke tmpt mencari rezeki ipar duai dari belah suami akan bagi banyak bahan makanan

dengan isteri pakcik2 suami, sepupu suami pun aku kamceng
boleh share secret, bergurau senda segala

syukur alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2017 04:01 PM | Show all posts
dory.thefish replied at 15-11-2017 12:38 PM
betul tu T kdg yg pumpang riuh sekampung di puja puji hakikatnya xda pn jasa bakti kt keluarga.tp yg ...

setuju... ita ni kadang2 ngan mil dan adik ipar perempuan tu, memang makan hati sokmo... tp itulah... kadang2 aku mampu dengar luahan hati dia je... tapi apa yang diorg buat, ita tetap balas yang baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2017 04:04 PM | Show all posts
umbut replied at 15-11-2017 12:54 PM
Mil tau tak ita sponsor.. mesti dia terharu..

tau aku cerita kat mil masa call minta no passport dia... mil senyap je... ntah aku tak tau apa mil fikir
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2017 04:10 PM | Show all posts
penmerah replied at 15-11-2017 02:46 PM
baik si ita ni
moga2 mertua menghargai

alhamdulillah penmerah,,, aku pun mengidam nak ada satu famili macam penmerah juga.. tp bukan mudah, kadang2 baik di depan, mengata di belakang..
ita always baik. sekarang ni mil kerap ke rumah ita sebab cucu kesayangannya bersekolah kat utara, so biasanya cucu tu akan transit kat rumah ita ni... apa yang ita makan, itulah yang mil makan...

hmmm... kadang2 kl di rumah mil, milo pun bersorok. kalau kami balik anak2 kami kena minum air teh o, cucu kesayangan mil buatkan milo.. banyak bendalah yang kadang2 perbuatan mil ni yang buat kami makan hati.. tp kami tetap gembira balik kampung nak jumpa mil dan fil
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 04:27 PM | Show all posts
yang aku nak cerita ni, ttg ita... ita ni dia cuma seorang surirumah je

Surirumah bukan hanya atau cuma.  One of aku punya classmate kena hamput teruk dengan lecturer bila dia sebut.

My mom is just a housewife.

Lecturer aku tu lelaki bangsa India.

Kita ubahlah sebutan yg lebih baik, bila sebut tak kerja semua nampak lekeh, yg kerja walaupun kerani bank nampak curlasstt..Yg surirumah ni kalau nak kira upah maid yg cuci baju, jaga anak, masak, kemas rumah, gardening dan hantar anak pi balik pi balik sekolah, tution, kelas kafa, kelas ngaji dan melayan nafsu suami. Aku rasa mau lebih 5 ribu kot kos dia..

Ni kira yg tak ada pembantu dan semuanya buat sendiri.

Homemaker, Surirumah, Orangrumah hargailah kaum wanita. Di kawasan rumah aku 95% surirumah, depalah yg susah payah tolong aku bila time kenduri. Mai dari pagi sampai malam bersilih ganti.   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 04:42 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 15-11-2017 04:10 PM
alhamdulillah penmerah,,, aku pun mengidam nak ada satu famili macam penmerah juga.. tp bukan muda ...

mengata belakang... tak puas hati.... itu perkara biasa
mesti ada punya
sukarlah nak jumpa family yg hati putih bersih bak malaikat

macam kau jugaklah...
segala kekurangan terlebih terkurang family in law aku terima
aku pun bukan baik sgt
asal rumah tangga kita aman damai pun ok kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuihbakar at 15-11-2017 06:26 PM
cmf_blingblings replied at 15-11-2017 04:27 PM
yang aku nak cerita ni, ttg ita... ita ni dia cuma seorang surirumah je

Surirumah bukan hanya ata ...


Maaf bling bling bukan maksud aku nak highlight tang surirumah je tu. Aku tak berapa reti nak berbahasa. Cuma apa yang aku nak sampaikan, jauh bezanya pendapatan Ita dan kami ni... Dari segi kewangan ...yelah,,, dgn keadaan kewangan dia aku MMG respect dgn kesediaan dia utk taja mil aku walaupun aku tau dia sendiri sgt berjimat walaupun utk diri sendiri. Aku memang full respect pada Ita yang mana aku memang anggap dia mcm adik sendiri. Aku sentiasa mendengar segala keluhan dia. Aku sendiri memang tak pernah membezakan taraf pekerjaan kami. Bagi aku dia perfect.. isteri yang baik, ibu yang penyayang.. takpe nanti Aku edit balik... Dan satu lagi, aku sendiri juga teringin nak jadi surirumah sepenuh masa. Cuma laki aku je tak bagi berhenti kerja ,
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki TT dpt biras baik mcm tu. Biras aku cuma bertegur sapa bila jumpa setahun 2-3x. Usaha mcm2 nak bond mcm family tp kalau sebelah tangan je mana berbunyi. Sudahnya 10 tahun kawin pun contact no masing2 pun tak simpan ye. So aku buat keputusan sudahla tu, yg penting jaga hati mertua je. Biras2 ni malas dah nak amik tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 15-11-2017 09:55 PM
Alhamdulillah rezeki TT dpt biras baik mcm tu. Biras aku cuma bertegur sapa bila jumpa setahun 2-3x. ...

Ya moonbug, memang kena ada usaha nak wujudkan suasana bahagia antara ipar duai ni... Tp nak buat guana kl kita sahaja yg usaha sedangkan yg lain tidak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 10:24 AM | Show all posts
bestnya tt dapat biras macam tu..rezeki tt. teringin jugak nak dapat biras dgn ipar yg mcm ita tu tp ipar2x yg ada sekarang ni
walau diberi madu...balas dengan racun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
izzah_mia replied at 16-11-2017 10:24 AM
bestnya tt dapat biras macam tu..rezeki tt. teringin jugak nak dapat biras dgn ipar yg mcm ita tu tp ...

I feel you. Jeles tgk kemesraan org lain dgn biras dan ipar masing2. Siap boleh pegi holiday sama2. I pernah terfikir, is it because I don't have children mcm diorang? So mcm takde common ground gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:40 PM | Show all posts
mslh menantu keje menantu  xkeje ni bkn bnda br..even dr aku kecik2 smpi skrg isu mak mer pilih bulu still sama..mak aku dulu x keje..ipar duai biras semua keje..akhirnya mak aku jugak la kne jaga nenek aku (mak mer dia) sakit tua..menantu yg berkerjaya dtg smggu/2mggu sekali je.

tp bila smpi giliran anak2 mak aku..sama mcm ur MIL..dia xnak anak2 dia or menantu dia x keje ..smpi aku ckp nak benti keje wat business pun xkasi..haha..punya risau takut aku xde keje tetap...siap dulu paksa aku gegiler suh smbg degree utk dpt keje yg lbh stable..agaknya dia trauma sb dr dulu dia asik kene buat keje yg payah2..kne jaga berak kencing mertua..kne  compare lg sesama menantu..bkn takat menantu..sesama adik beradik sdiri pun kene kot..sb tu dia xnak bnda sama berulang dkt anak2 dia pulak..

tp my MIL..org yg biasa keje dr muda smpi pencen..pencen gomen jugak.seorg yg berhati mulia..so far x dgr lg dia compare mana2 menantu or anak..dia layan sama rata..kalau anak2 bz xdan call dia..jarang dia sentap, but in her mind..maybe anak2 tgh ada mslh kot..sb tu xleh call..so dia yg akan call setiap anak..tu rutin dia setiap mggu..

my MIL pun suka jalan2..tp xde org bwkkan plk..aku br plan nk bwk dia gi langkawi hjg thn ni..saja bwk2 pusing2..

mak aku xyah ckp la..br blk umrah bulan 1, tetiba bulan 6 pi langkawi n penang lak jalan2..hehe..klu x aku bwk, kakak aku yg bwk..xpun abg aku or mcik aku yg bwk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:46 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 15-11-2017 04:27 PM
yang aku nak cerita ni, ttg ita... ita ni dia cuma seorang surirumah je

Surirumah bukan hanya ata ...

hai kaka blings, klu kaka jemput mai kenduri cas pun sanggup tolong tau...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 02:04 PM | Show all posts
moonbug replied at 16-11-2017 11:29 AM
I feel you. Jeles tgk kemesraan org lain dgn biras dan ipar masing2. Siap boleh pegi holiday sama2 ...

sy pun belum ada rezeki anak lg moon. abg sy pun belum ada anak jugak..bukan sebab ada anak atau belum tp attitude seseorg tu.
bila ada perasaan dengki ni susah...padahal kita ni dah sehabis baik. tak berkira dari segala segi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 03:57 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 16-11-2017 10:24 AM
bestnya tt dapat biras macam tu..rezeki tt. teringin jugak nak dapat biras dgn ipar yg mcm ita tu tp ...

aku dengan biras2 semua ok... ngan ipar tu , on off la..hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 03:58 PM | Show all posts
sitisitu25 replied at 16-11-2017 01:40 PM
mslh menantu keje menantu  xkeje ni bkn bnda br..even dr aku kecik2 smpi skrg isu mak mer pilih bulu ...

ya aku sokong ko bawalah mil jalan2... mesti berbunga2 hati dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 04:00 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 16-11-2017 02:04 PM
sy pun belum ada rezeki anak lg moon. abg sy pun belum ada anak jugak..bukan sebab ada anak atau b ...

semoga izzah mia dan moonbug dikurniakan dgn rezeki anak.. insyaAllah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.082106 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list