CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12207|Reply: 26

[Haiwan & Tumbuhan] Halba dan Khasiatnya

[Copy link]
Post time 29-10-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:06 PM

Selalunya kalau makan nasi dagang mesti tergigit rempah kecil dalam nasi tu..xsuka plak rasa dia..Selama ni xpernah ambik kisah sangat,satu time tu try tanya la mak pasal rempah kecik tu.Halba namanya,then rajinkan diri google pasal halba..rupanya memang banyak khasiat halba ni..


Halba ataupun fenugreek ataupun nama saintifiknya adalah Trigonella Foenum-Graecum adalah satu pokok.



Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas (Books of Sufi Healing m.s.58) Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.


Rasulullah saw kemudiannya bersabda: Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)





Antara khasiat halba:

1. Halba adalah antara rempahan yang panas, dan ia membantu memanaskan badan bagi mereka yang sentiasa merasa tubuh 'sejuk' dan penuh 'angin'.


2. Amat sesuai ditambah dalam air suam atau ke dalam nasi untuk menambah susu ibu dan ia membantu menambah susu ibu dalam sehari dua sahaja selepas mengamalkan halba.


3. Turut membantu menstabilkan hormon wanita khasnya.


4. Dikatakan bahawa halba amat bagus dimakan bersama-sama kurma ajwa.


5. Halba amat bagus bagi permasalahan wanita termasuk untuk melancarkan haid, menghilangkan kembung,sebu dan senak rahim , mengurangkan senggugut serta merangsang rahim.


6. Halba juga amat bagus sebagai pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lendir dalam tekak, melegakan sakit kepala dan masalah migrain dan menyembuhkan buasir.


7. Dikatakan juga halba amat bagus bagi rawatan masalah kulit dan bisul, membantu mengurangkan berat badan dan masalah kegemukan, menyembuhkan buasir serta mengawal kencing manis.


8. Halba juga turut digunakan sebagai teh bagi menguatkan nafsu baik bagi kaum wanita atau kaum lelaki, malah dikatakan bahawa tabib kuno cina menggunakan halba bagi merawat masalah mati pucuk dan masalah penyakit batin kaum lelaki.


9. Halba juga berguna untuk menambah tenaga dan menguatkan badan, malah bagi anak-anak remaja atau sedang dalam tumbesaran halba membantu menguatkan badan dan tumbesaran yang lebih sihat.


10. Adalah diberitahu campuran ramuan halba dan madu asli membantu mengurangkan ketagihan rokok dan dadah. Wallhualam.


11. Halba juga membantu melegakan sistem monopos.


12. Turut merawat masalah usus, ekzema, mencarikan kahak, masalah kulit, ulser , gout dan penyakit auto imun lain.

13.Membantu mencuci perut dan darah sekaligus mencantikan struktur kulit dari dalam.


14.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan


15. Menambah kecerdasan otak kanak-kanak.


Selalunya cara untuk mengamalkan halba dengan rebus halba buat seketika dan minum tapi zaman sekarang dah ada bentuk kapsul.
Teh halba boleh ditambah dengan madu dan perahan limau.




Contoh kapsul halba


Halba ditanam dari biji.  Rendam biji selama 12 jam sebelum ditanam.  Biji akan bercambah.  Gunakan tanah kompos yang tidak menakung air.  Tanam biji sedalam 2 cm (3/4 inci).   Apabila pokok halba tumbuh, cabut pokok yang terlalu rapat untuk jarakkan kira-kira 5 cm (2 inci).  Daun halba seakan-akan rumput clover.  Buahnya adalah berbentuk kekacang.  Petik apabila buah bewarna kekuningan.


Antara penggunaan halba dalam makanan



Halba dalam kuih putu



Halba dalam masakan kari


Halba dalam nasi dagang



Harap jelas,pertama kali buka thread pasal pokok.

Mari kongsi dan tambah info anda tentang halba disini..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2017 12:06 AM | Show all posts
*Info Tambahan buat wanita diluar sana..
Halba boleh digunakan sebagai skrub dan masker untuk kulit lebih anjal dan cantik..
Sy sertakan link cara membuat masker dan skrub halba

https://www.google.com/amp/www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-cara-buat-skrub-semulajadi-untuk-awet-muda-guna-halba-putih-telur-je/%3famp_markup=1
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks info
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka bau halba ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla masa meols gastrik mertua meols bg minum air rebusan halba. Minum secawan je, terus elok angin and gastrik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 06:39 AM | Show all posts
tengok gambo nasi dagang tu sedapnye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Halba ltk dlm nasi lemak best baunye. But i can drink halba kerap2. Sbb blh sbbkan badan berbau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 30-10-2017 12:06 AM
*Info Tambahan buat wanita diluar sana..
Halba boleh digunakan sebagai skrub dan masker untuk kul ...

Nak try this oneeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg laa x ambik kisah sgt sbb llaki kan

iols sabahan ni jarang masak guna halba, masak simple je
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:42 AM | Show all posts
ayat 1st dah sebut nasi dagang
lapar la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut le putu halba jual musim hujan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
raradhia replied at 30-10-2017 08:31 AM
mmg laa x ambik kisah sgt sbb llaki kan

iols sabahan ni jarang masak guna halba, masak simple  ...

Ya kah? Jrg juga my mak guna utk memasak..tu yg mkn luar pelik tbe2 ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 30-10-2017 07:23 AM
Nak try this oneeee

Silakan..tahan lama jgk bau halba ni..tp xkuat smpai memeningkan..ok2 je..
Tp putih telur xbau hanyir ye utk mask muka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 30-10-2017 01:56 PM
Ya kah? Jrg juga my mak guna utk memasak..tu yg mkn luar pelik tbe2 ada..

uols mkn apa tu? HAHA, iols slalu mkn nasi dagang tu laa selalu npk benda ni. . ingatkan sejenis kacang. .HAHA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
raradhia replied at 30-10-2017 02:13 PM
uols mkn apa tu? HAHA, iols slalu mkn nasi dagang tu laa selalu npk benda ni. .  ingatkan sejeni ...

Kacang?
Ari tu p makan nasi lemak..ada jgk depa letak mnda ni..tu yg pelik..bila masa nasi lemak ada rempah ni..haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 30-10-2017 01:58 PM
Silakan..tahan lama jgk bau halba ni..tp xkuat smpai memeningkan..ok2 je..
Tp putih telur xbau  ...

X la.bkn lama pun nk ltk kt muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 04:21 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 30-10-2017 07:22 AM
Halba ltk dlm nasi lemak best baunye. But i can drink halba kerap2. Sbb blh sbbkan badan berbau

iyer ker..selalu minum boleh sebabkan badan berbau
selalu jugak minum..tp xde pulak rsa mcam badan berbau
kalau berbau mesti ank i da bising2 kut..
nnti nak tnya ank i..
yg perasan menten slim ada laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 30-10-2017 04:21 PM
iyer ker..selalu minum boleh sebabkan badan berbau
selalu jugak minum..tp xde pulak rsa mcam bada ...

Tu kt sy la. Org lain sy tatau. Kalau ok dgn u,  Teruskan la. Sy mmg jarang2 minum bknx minum lsg
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 09:30 PM | Show all posts
Wow! Banyak kelebihan halba rupanya
Kuih sagu dengan kuah santan pun bubuh halba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 31-10-2017 09:30 PM
Wow! Banyak kelebihan halba rupanya
Kuih sagu dengan kuah santan pun bubuh halba

Itulah..baru tahu gak..
Ipo buka pkai pc ke phone?
Thread sy ni nmpk bpe gmbr?
Sbb sy post pakai phone..tgok ada dlm 6 gmbr..bila ada buka pakai pc nmpk 3 gmbr je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099335 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list