CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5681|Reply: 71

[Tempatan] Rumah bekas orang kena bunuh

  [Copy link]
Post time 12-10-2017 10:53 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Percutian sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila banglo yang disewa di sebuah resort di Hulu Langat, Selangor tidak seindah seperti yang digambarkan.

“Kalau melihat gambar yang diberikan oleh ejen yang menguruskan tempahan memang cantik banglo tu. Tapi bila sampai depan banglo, aduhai dari luar dah nampak sedikit usang ya Tuhan. Rumah orang mati kena bunuh ke ni?,” luah seorang wanita di laman sosial pada Isnin dan posting itu kini menjadi tular.


Wanita itu mendakwa banglo yang disewa dengan kadar hampir RM400 pada Sabtu lalu bukan sekadar usang, tetapi keadaan di dalamnya dipenuhi habuk selain dinding dan siling diselaputi kulat dan kulapuk.

Selain keadaan perabot seperti sofa, katil dan tilam serta cadar yang tidak bersih, dia turut mendakwa tiada keperluan asas seperti cerek disediakan oleh pihak pengurusan.

"Plastik sampah pun tak disediakan, peti ais pun dah berkarat, nak guna pun takut. Sabun mandi dan tuala pun tak disediakan. Bayangkan dengan harga sebegitu, apapun tak ada!

“Malam bila nak tidur kami cuba tutup pintu, tapi lepas tu masing-masing sesak nafas dan sakit dada sebab bau kulapuk dan udara yang dah tercemar,” katanya sambil menambah terdapat anjing liar di bawah rumah yang boleh membahayakan penghuni.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi, salah satu daripadanya adalah gambar papan tanda resort yang menunjukkan kawasan peranginan tersebut di bawah pengurusan Tourism Selangor Sdn Bhd.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 44, berkata, dia kecewa dengan pihak pengurusan yang mengambil sikap sambil lewa terhadap keadaan banglo di resort berkenaan.

Suri rumah itu memberitahu, dia telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya wakil pihak pengurusan resort yang bersedia membayar ganti rugi selain meminta supaya dia menarik balik ‘posting’ tersebut di laman sosial.

“Saya bersuara bukan semata-mata untuk meminta ganti rugi tetapi keadaan banglo di resort ini tidak lagi sesuai dihuni manusia atas faktor kesihatan dan keselamatan.
“Sebagai pengguna, sudah tentu saya mempunyai hak kerana ia turut melibatkan pengunjung lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mengenai kesanggupan mereka sekeluarga 14 orang termasuk empat kanak-kanak dan dua warga emas untuk bermalam di banglo usang itu, Emma menjelaskan bahawa mereka hanya menyedari keadaan yang berlaku pada lewat petang.

“Lepas ‘check in’ (daftar masuk), kami sekeluarga hanya letak beg dulu untuk melakukan senaman kesihatan dan rawatan rohani serta jasmani dekat banglo.

“Kami hanya periksa keadaan dalam banglo bila dah selesai aktiviti. Masa tu dah nak gelap, dengan kawasan jauh dari hotel-hotel lain dan kami yang ramai dan ada antara kami datang dari jauh, jadi tak semudah itu untuk cari tempat lain,” katanya yang menetap di Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut Emma yang pertama kali ke resort itu, tujuan dia berkongsi pengalaman itu bukan berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak atau memalukan pihak pengurusan, tetapi tidak mahu kejadian berulang menimpa pengunjung lain.



Ditanya sama ada aduan bertulis dibuat kepada pihak pengurusan, katanya, ia belum dilakukan kerana masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak yang menghubunginya sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya berharap pihak pengurusan dapat bertindak segera dengan membuat kenyataan dan melakukan penambahbaikan di resort berkenaan.

“Saya juga berharap resort tersebut dapat ditutup buat sementara sehingga kerja-kerja penambahbaikan dilakukan kerana ketika ini ia tidak sesuai dihuni,” katanya yang akan membuat laporan kepada pihak berkuasa terutama Tourism Malaysia sekiranya tiada langkah proaktif dibuat.





















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 10:55 AM | Show all posts
Hulu langat kat mane laa nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:57 AM | Show all posts
Ya ampun. Tak payah la sewakan kalau dah usang tahap macam ni sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2017 10:59 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Semua banglo atau chalet di sebuah resort dekat Hutan Rekreasi Sungai Congkak di Hulu Langat ditutup berkuat kuasa serta-merta selepas ia tular kerana didakwa usang dan tidak selamat untuk diduduki pengunjung.


Tourism Selangor yang menguruskan resort berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia mengambil serius aduan daripada orang awam berhubung chalet tersebut yang disifatkan sebagai buruk.


“Berdasarkan siasatan awal, Tourism Selangor kesal apabila mendapati chalet-chalet tersebut dalam keadaan tidak baik.


“Sehubungan itu, bagi menangani masalah tersebut, chalet-chalet ini ditutup berkuat kuasa serta-merta selama sebulan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan,” menurut kenyataan tersebut.


Difahamkan, terdapat kira-kira 14 chalet di resort tersebut dan kawasan itu turut meliputi hutan rekreasi dan sungai untuk kegunaan orang awam.

Update
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 10:59 AM | Show all posts
mahalnya hampir 400 dengan tahap usang macam ni.Baik kau report je kak.Motip nak suruh tarik balik.Masa kau offer orang tu kau tak nampak ke resort kau tu usang.

Kalau aku 10 ringgit pun tak koser nak bayar

dah viral tau pulak malu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:04 AM | Show all posts
mahalnya rega tu
lps tu mak aihhh mcm banglo usang yg kena tinggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 11:05 AM | Show all posts
pemalas betul Tourism Selangor, selama ni pengurusan tak pernah tahu ke keadaan resort macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:07 AM | Show all posts
Hahaha. Dah macam rumah tinggalan. Tempat tinggal jin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 11:10 AM | Show all posts
style skrg..dh viral baru nak wat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:10 AM | Show all posts
kalau nak buat penggambaran uncle seekers sesuai la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:13 AM | Show all posts
Antu & jin pun tak sudi nak tinggal tempat cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Wattefak jijik gila chalet babi ni! Anyway, sebelum book tu xde tempat utk baca review pengunjung sebelum tu ke? Bagus lah dah ditutup tempat  cam pusat sampah jah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:19 AM | Show all posts
kalau i... tak sempat letak beg bagai dah terus minta tukar banglo lain
yelah ada orang tua kan.. budak2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:23 AM | Show all posts
mak ai!!
Mahalnya sewa banglo dia nih??

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:24 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 12-10-2017 12:19 PM
Wattefak jijik gila chalet babi ni! Anyway, sebelum book tu xde tempat utk baca review pengunjung se ...

klu banglo kat sg. congkak tu mmg tak de dalam website  dia...
tak tau la kot ada dlm blog2 ker..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya rupa banglo itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 11:28 AM | Show all posts
xberbaloi 400 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu kena selalu tgk review... kalau takde review tu 50-50 nak booked. Bercuti dgn family nak relax and enjoy, hal mcm ni buat spoil ja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sokong Emma ni ceritakan pada orang ramai.

Pengajaran pada mereka yang buat bisnes tahu nak untung saja, ingat rakyat Malaysia ni tak pandai bersuara?

Sikap tak mahu komen harus dibuang sebab kalau tidak sampai kiamat takde pembaharuan.

Avillion yang bumbung runtuh tu pun akuheran kenapa tak dibaikpulih ..tempat cantik tapi pihak pengurusan kedekut.  Lantai kayu ke chalet-chalet pun reput silap langkah boleh jatuh masuk laut
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:30 AM | Show all posts
kata under tourism selangor

staff tourism tak buat kerja ke dah tular baru take action

nampak tul dasar pemalas,tunggu orang suap baru nak mentekedarah

membongak kat opis je ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.172984 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list