CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2218|Reply: 9

Muka reput, busuk, bernanah akibat doktor kosmetik palsu

[Copy link]
Post time 11-10-2017 05:15 PM | Show all posts |Read mode




Isu pakar perubatan palsu kini antara topik hangat. Kalau di Malaysia kita baru sahaja dikhabarkan dengan berita doktor gigi palsu, ini pula kisah seorang mangsa doktor bedah palsu di Columbia.

Jerson Trujillo, 28, yang mahu melakukan pembedahan di bahagian pipi dengan hasrat mahu kelihatan lebih feminin punah selepas pembedahan itu yang bukan sahaja tidak menjadi malah menyebabkan mukanya mereput dan busuk.

Dia mengakui tidak tahu apa yang menyebabkan keadaan itu sehingga mukanya rosak, mereput dan keluar nanah.

“Segalanya bermula selepas mengambil rawatan pelembut susulan rawatan suntikan pada pipi itu. Rawatan pelembut memberi reaksi buruk terhadap kandungan dalam pipi saya di mana selepas 3 bulan kulit saya mereput dan bernanah,” katanya petik Daily Mail.

Jelasnya lagi, ketika kandungan tidak dikenali disuntik ke dalam pipi, dia juga rasa pedih dan panas.

Bagi membetulkan prosedur itu, Jerson terpaksa menjalani 4 pembedahan yang menyakitkan dan masih ada 2 lagi yang dijadualkan pada masa akan datang.

Jerson hanya mendedahkan perkara itu kepada umum selepas 4 tahun kejadian itu berlaku, selepas mukanya semakin sembuh.

Sejak kejadian, Jerson jarang keluar rumah atau menunjukkan wajahnya kepada umum.

Doktor palsu itu sudah melarikan diri dan tidak dapat dikesan.

Pihak berkuasa negara itu meminta individu supaya sentiasa memastikan doktor bedah kosmetik adalah pakar bertauliah yang mempunyai dokumen sah untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kau nak, terbantut hasrat nak drag
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah pasalnya tuhan kata andai kau syukuri nikmatku akan ku tambahkan lagi nikmat itu. Jika kau kufuri,sesungguhnya hazabku amatlah pedih.

Ni lah contohnya hazab dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:34 AM | Show all posts
Sengaja tempah bala.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:35 PM | Show all posts
Euwww ngeri muka dah elok2 terus rosak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:18 PM | Show all posts
berani btl la diorg ni cucuk2 muka...jgn kata artis jer...org biasa pun ramai...
aku mmg berani la nk cucuk2 muka ni...biarlah x cantik asalkan x hodoh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 03:51 PM | Show all posts
elok dah muka tu gatal nak bedah2 buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:36 PM | Show all posts
berani nya...tah apa2 lah agaknya yg disuntik dlm kulit tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 04:37 PM | Show all posts
nak kata cash xtergamak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboii..bibir pink bak retis korea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.926717 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list