CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2091|Reply: 1

Letak kerbau curi dalam MPV

[Copy link]
Post time 3-10-2017 06:03 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri kerbau dengan mengunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Rasah berhampiran Taman Happy di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, pasukan polis peronda lebuh raya mengesan MPV terbabit yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata pasukan itu kemudian mengejar dan mengarahkan pemandu MPV terbabit berhenti namun arahan itu tidak dipedulikan.

MPV jenis Mitshubishi Grandis yang digunakan oleh dua suspek untuk mencuri kerbau di Jalan Rasah, Seremban. - Foto Mohd Khidir Zakaria


"MPV dinaiki dua lelaki itu kemudian keluar dari lebuh raya di Plaza Tol Port Dickson lalu masuk ke Jalan Rasah dan berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan semak, sebelum dua suspek itu keluar daripada kenderaan dan melarikan diri.

"Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui dua ekor kerbau di tempat duduk belakang dalam keadaan khayal dipercayai akibat disuntik ubat pelali," katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang digunakan kenderaan itu palsu.

Katanya, dua kerbau terbabit dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan dua ekor kerbau yang dipercayai dicuri disumbat di tempat duduk penumpang dalam kenderaan MPV jenis Mitshubishi Grandis di Jalan Rasah, Seremban. - Foto Mohd Khidir Zakaria


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 10:04 AM | Show all posts
wow mitsu grandis tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.326521 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list