CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2258|Reply: 1

Terbongkar Rahsia Seorang Pemandu Teksi Selalu Bawa Sabun Bersamanya, Dan Selamb

[Copy link]
Post time 19-9-2017 04:12 PM | Show all posts |Read mode



Harus memandu kereta di tengah hujan sebenarnya sangatlah menjengkelkan. Hujan bukan hanya menyebabkan risiko tayar tergelincir dan kemalangan lalu lintas semakin besar, tetapi juga titisan air hujan yang melekat di kaca cermin sisi samping dan kaca belakang kereta sangatlah mengganggu kerana membuat jarak pandang kita menjadi terhad.





Apabila memandu di tengah hujan dan kita perlu untuk melihat keadaan di samping belakang melalui cermin kiri dan kanan, otomastik kita harus menghadapi dua keadaan yang mengganggu. Pertama, kaca tingkap kereta yang berkabut dan dipenuhi titisan air hujan, kemudian yang kedua adalah kaca sisi yang juga dalam keadaan yang sama. Dalam keadaan seperti itu, kebanyakan dari kita pasti memilih untuk menggunakan ciri pemanas cermin kereta agar kaca tidak berkabut. Tapi dengan adanya titisan air hujan di kaca tingkap dan belakang, sepertinya ciri tersebut tidak cukup untuk membuat pemandu dapat melihat dengan jelas melalui cermin sisi samping.





Sebenarnya, kita boleh menghilangkan titisan air hujan di kaca tingkap dengan cara membuka dan menutup kembali tingkap kereta, kerana rubber seal yang dipasang di sempadan pintu dan kaca tingkap kereta akan memadamnya. Dengan cara ini, walaupun air hujan tidak hilang sepenuhnya, tapi kita boleh melihat lebih jelas. Tapi cara ini juga tidak berkesan kerana dengan membuka tingkap kereta kamu akan kebasahan dan ketika ditutup kembali pun titisan air hujan akan melekat lagi di kaca tingkap.





Tapi tenang, seorang pemandu teksi ini punya tips mudah yang boleh dipraktikkan sendiri agar kamu tetap boleh melihat dengan jelas melalui pandangan belakang dan kaca kereta ketika memandu di tengah hujan.Bahan yang digunakan pun sangat mudah, iaitu hanya dengan menggunakan sabun! caranya:

1. Bersihkan dahulu kaca kereta. Sambil membersihkan kaca mobil, kamu juga boleh sambil merendam sabun di dalam air agar lebih empuk dan mudah diaplikasikan nantinya.
2. Angkat sabun dari dalam air dan longkang. Kemudian, gosokkan sabun tersebut ke permukaan kaca sehingga membentuk lapisan tipis dan tunggulah hingga kering.
3. Setelah kering, bersihkan sisa-sisa sabun yang melekat di kaca dengan kertas surat khabar ataupun kertas lain.



Dijamin, ketika air hujan mengenai kaca kereta kamu, air hujan itu tidak akan lagi membentuk titisan air, sehingga kaca kamu tetap berkilat semasa hujan!

Selain itu, anda boleh juga gunakan tips di bawah:

Ada tiga bahan yang memang kita selalu guna tapi macam tak percaya je boleh ‘settle’kan masalah ini.


Ubat Gigi

Yer! Ubat gigi. Selama ni kita guna dia untuk gosok gigi je kan? Tapi tak sangka pula boleh bantu hilangkan kabus pada cermin kereta. Kena pakai berus gigi ke masa nak gosok kat cermin? Tak payah, jangan nak mengada-ngada. Ambil jer ubat gigi tu dan sapu sampai rata pada pada bahagian dalam cermin kereta sahaja.



Syampu

Syampu pun boleh guna juga ke? Boleh, kalau takde syampu minyak rambut cecair yang lutsinar pun boleh, jangan bantai gosok dengan pomade sudah la.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
Sapukan syampu atau minyak rambut pada cermin dan gosok dengan rata. Sikit je cukup.
Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan syampu atau minyak rambut pakai kertas surat khabar, tisu atau kain. Aki sarankan guna tisu.

Ubi Kentang
Ingat ubi kentang boleh buat jejari kentang atau letak dalam kari ayam je ke? Ini ubi lah. Ubi kentang selain dibuat makanan boleh juga digunakan untuk menghilangkan kabus pada cermin kereta anda.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

Belah dua ubi kentang dan pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu.
Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta di sebelah dalam.
Jika perlu gunakan baki yang separuh lagi ubi kentang tu.
Dah siap gosok, jangan usik cermin tu, biarkan cermin tu kering dahulu. Kemudian, kalau ada sisa-sisa ubi kentang pada cermin, lap cermin itu dengan tisu kering.
Dengan cara-cara yang dinyatakan di atas, kabus pada cermin kereta anda hilang buat sementara waktu, bukan hilang buat selama-lamanya. Itu jelah petua yang Aki nak kongsi buat masa ni. Nak tahu menjadi ke tidak, cubalah yer! Kalau tak jadi jangan suluh Aki dengan lampu kabus belakang sudah la.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 05:39 PM | Show all posts
niceeeeeey...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 1.040646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list