CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aleesyasofia

Sharnaaz Ahmad berasa pelik tak ada job berlakon

[Copy link]
Post time 5-9-2017 11:27 AM | Show all posts

"Saya Pelik Tiada Tawaran Lakonan,"- Sharnaaz Ahmad

Siapa tak kenal dengan Sharnaaz Ahmad, selain selalu dihentam kerana mulutnya suka cakap lepas, dia juga sangat berbakat dalam bidang lakonan.


Tapi kebelakangan ini, dia dikatakan sudah kurang menerima tawaran berlakon dan bintangnya sudah semakin malap.


Kali terakhir menjalani penggambaran adalah pada tahun lepas melalui drama Awak Sangat Nakal bergandingan dengan Ayda Jebat.


Foto: IG Sharnaaz Ahmad


"Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan.

"Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap," katanya kepada BH Online.


Dia juga pernah terfikir untuk menerbitkan drama sendiri namun terpaksa melupakan hasratnya disebabkan mainan politik dalam industri hiburan.


Foto: IG Sharnaaz Ahmad



"Memang perkara ini (dakwaan 'politik' dalam industri seni) tampak kecil kerana mana-mana industri pun ada masalah ini. Mengapa tidak, asyik produksi sama saja yang mendapat projek.

"Jadi saya berfikir dua kali untuk menerbitkan drama. Namun, itulah, saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana itu rezeki mereka," tambahnya.


Walau bagaimanapun, Sharnaaz, 32 kini sedang meneroka bidang perniagaan dan terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan.


Foto: IG Sharnaaz Ahmad


"Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga."


Rezeki ada di mana-mana, yang penting kena ada usaha. Semoga Sharnaaz sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 11:30 AM | Show all posts
sebab ko poyo sangat kot. orang2 pun nyampah. kot ye pun nak menyatakan ketidakpuasan hati biarlah berhemah n nampak berpendidikan sikit. ni bajet nak samseng mamak je. org nyampah tau?
lgpun berlakon so-so je pada aku.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 11:31 AM | Show all posts
mohon producer x ambil dia berlakon. semak sgt nak tgk dia kat tv.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 11:38 AM | Show all posts
Apa ke peliknya nanas oiii sendiri mau ingat lah perangai hang tuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
wartawan cari nie lambat betul kuar news.. iolss dah buka thread lg awl.. https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1057652&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:14 PM | Show all posts
dok umah jelah, kelebet je bini ko tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2017 12:17 PM | Show all posts
aku x pelik pon
mulut ko lazer sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:18 PM | Show all posts
tak payah nak hairan sangat lah nanas oiiii... hmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 12:20 PM | Show all posts
skinskin replied at 2-9-2017 08:38 AM
kerana mulut badan binasa.. kalo ko kt merempan ngan mulot puaka gg kuning ko tu kontroversi pon kur ...

betul tu setuju sangat......mulut mcm longkang semua org dia x puashati
rezeki masing2
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:22 PM | Show all posts
tak heran juga..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:23 PM | Show all posts

playgurl @AJ tu mmg dah sendu....suka mainkan perasan org kan
dulu dgn radin era skg ni perangkap dgn reza rosli plak....
dulu minat kat AJ tapi skg tgk mcm gedik semcm dah move on
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:52 PM | Show all posts
ko sorang je pelik Nanas. orang lain tak pelik pon
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg xde tawaran blakonnye..org offer ko tolak..ape daa..berangan nk jd hero film ke nenas? Hehe..

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 01:57 PM | Show all posts
tkpe parpu, isteri byk duit...

doa2 je wife kau tak bosan dgn kau, cari modal badut byk2 ok.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 01:58 PM | Show all posts
eloklar

tengok muka pon x selera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2017 02:01 PM | Show all posts
Takyah pelik sangat la nanas oi!
Tu maksudnya orang dah menyampah dengan engko.
Engko suruh la bini engko tu jadi director, jadi producer, kemudian engko jadi la hero.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 03:02 PM | Show all posts
berlakon pun x best, x de impact apa2 pun dlm industri... sapa yg nak offer berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde job sebab mulut hàng kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 03:17 PM | Show all posts
lom rezeki tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.103406 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list