View: 3213|Reply: 33
|
Campak Peti sejuk dari Tkt 13 dimaafkan sbb orang gila
[Copy link]
|
|
"Nasib baik ketika kejadian tiada sesiapa di kawasan itu," kata buruh, Dusti Wandi, 24, yang melihat peti sejuk dicampak dari tingkat 13, blok 1, pangsapuri Kondo Rakyat Desa Pantai, Pantai Dalam, Bangsar 3.30 petang semalam.
Menurutnya, peti sejuk itu jatuh di kawasan parkir motosikal di blok berkenaan dan menimpa beberapa motosikal sehingga tumbang dan rosak.
"Saya dengar bunyi kuat di belakang sebelum melihat rupa-rupanya ada penduduk campak peti sejuk dari atas. Akibatnya, beberapa motosikal tumbang dan ada yang rosak.
“Selepas itu beberapa kereta peronda polis ke lokasi kejadian. Seorang lelaki yang juga penduduk blok itu dibawa menaiki kereta peronda polis," katanya.
Sementara itu, suri rumah, Siti Hassim, 42, berkata, dia yang tinggal berhampiran rumah lelaki itu pernah terdengar dia mengamuk.
"Sebelum ini, dia pernah pecahkan cermin tingkap dan mengamuk. Tak sangka kali ini dia campak peti sejuk pula," katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Roslan Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada penduduk mengenai kejadian itu.
Katanya, lelaki yang membaling peti sejuk itu adalah pesakit mental.
"Lelaki berusia 20-an itu tinggal bersama keluarganya dan mengalami masalah mental.
"Susulan kejadian itu, tiada yang cedera dan polis membawanya ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya.
Tinjauan Harian Metro di tempat kejadian mendapati, kawasan itu sudah dibersihkan dengan peti sejuk yang dicampak sudah dialihkan
|
|
|
|
|
|
|
|
that's why jangan duduk PPR |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betul2 membahayakan nasib le tak ada yang cedera |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..nasib baik x kena org
tp kenderaan pulak habis rosak
jenuh ler ahli keluarga nak bayar kalau ada yg claim |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada yang mati kena hempap, yang mental tu lepas yer |
|
|
|
|
|
|
|
dah mental.. nak wat cam mana
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat iols iklan kat tv yg bini dia buang sampah dr atas, dorg dduk mcm ni laa kat rumah tinggi2 ni. .lepas tu terkena kepala laki dia yg masa tu ada kat bawah. . |
|
|
|
|
|
|
|
Family dia memang x dapat control ke before lelaki tu buang peti sejuk tuh? X boleh la bagi alasan sebab mental so apa dia buat dimaafkan. What if timpa sesape? Kena redha bodo gitu je la ye. X makan ubat ke sampai selalu mengamuk macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
so, mcmne lps ni. bahaya ni kalau berada persekitaran org normal lps ni.. dibuatnya pkra2 lbh ekstrem nt kan lagi naya.. |
|
|
|
|
|
|
|
mental2 pun kuat juga dia tolak peti sejuk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga kalau kebetulan ada yang tengah lalu lalang kat bawah tu.
Sesia jer nyawa melayang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kad OKU kad pesakit mental..xpe boleh lepas... yang mati tu nasib mereka la sudah takdir yang mati biarkan pergi yang hidup mental biarkan menggila lagi tak boleh dakwa ok
|
|
|
|
|
|
|
|
xboleh tahan di hospital gila ke...membahayakan nyawa org lah |
|
|
|
|
|
|
|
Mana famili lain? Takkan tak nampak dia seret fridge gabak camtu?! |
|
|
|
|
|
|
|
ramai betul org mental sekarang ni, campak petiais mental, cubaan mencabul mental.. drive lawan arus mental.. kita yang normal pn boleh mental kalau gini.. dh la nk dakwa xboleh.. menggila la menyusahkan org ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mental tu mmg dh cnfirm mental. Yg x mental pon sama buat perangai mental |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya nya kalau ade org tuh YA Allah xtahulah mcmana gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai nya org sakit mental skrg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Betul tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dusti wandi ni rakyat malaysia ke, mcmcne bleh dpt duduk di Kondo Rakyat Desa Pantai ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|