CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5338|Reply: 86

[Tempatan] Sorry la. Penduduk Kampung Mutiara Tetap Tak Akan Berganjak

[Copy link]
Post time 31-7-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by trakea at 18-11-2017 05:54 AM

GEORGETOWN: Kira-kira 500 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi, di sini, berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan.

Kumpulan penduduk termasuk warga emas mula berkumpul sejak awal pagi tadi, bagi menghalang jentera berat dan wakil pemaju masuk ke kampung memulakan kerja merobohkan 40 unit rumah.

Hari ini adalah tarikh terakhir mereka diminta mengosongkan kediaman masing-masing.

Perkembangan hari ini adalah kemuncak masalah yang berlarutan sejak sekian lama apabila tanah yang menempatkan kampung itu dibeli oleh individu untuk dibangunkan.

PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringghi berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan pihak pemaju. - Foto Ramdzan Masiam

Bagaimanapun, penduduk membantah arahan berpindah kerana mendakwa mendiami kawasan itu sejak 1950-an tanpa gangguan.

Tinjauan BH sejak jam 8 pagi turut mendapati semua laluan masuk ke kampung dihadang menggunakan kenderaan dan konkrit selain penduduk turut berkumpul di setiap jalan berkenaan.

Wakil penduduk, Huzail Ismadi, 30, berkata ia adalah langkah terakhir mereka bagi mempertahankan kampung berkenaan yang sudah didiami sejak tiga generasi daripada diambil alih pemaju.

PENDUDUK Kampung Mutiara, Batu Feringghi berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamatkan kampung mereka daripada dirobohkan pihak pemaju. - Foto Ramdzan Masiam

"Kami berkumpul hari ini bertujuan mempertahankan kampung dan meminta pemaju mengkaji semula tindakan mereka mahu mengambil alih kawasan ini.

"Sejak 67 tahun lalu, kami tidak berdepan masalah dan tiba-tiba ada pihak muncul mendakwa seluruh kawasan kampung sudah dijual. Ke mana kami nak pergi?" katanya.

Kira-kira 50 anggota polis dilihat berada di kawasan sekitar kampung bagi memastikan ketenteraman dan difahamkan penduduk dalam proses meminta wakil pemaju tampil berbincang.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 12:49 PM | Show all posts
blm habis rupanya kes kg mutiara ni.. so, mcmne?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 12:50 PM | Show all posts
klu duduk dari zaman batu pun, tanah tu milik gomen, ko nak kata apa..
lain la kalau ada black and white yang kata ko pemilik tanah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 12:54 PM | Show all posts
tiada kepentingan pada pihak berkenaan , sbb tu tkde perbincangan.

cube kalu kes babi haram kt melaka masatu yg terbina sejak zmn merdeka, dgn satu tepon je ke MCA,
terus cancel operasi nk robohkn pusat ternak babi haram, dgn polis, FRU, jab. haiwan semua balik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 12:54 PM | Show all posts
Kesian pembeli itu tanah kena tipu oleh Lim Guan Eng. Dah gigih pinjam duit berjuta dari bank masih tak boleh bina apa lagi. Mesti buat pinjaman tambahan duit bank pulak lagi untuk bayar pampasan kepada penduduk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 12:57 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 31-7-2017 12:50 PM
klu duduk dari zaman batu pun, tanah tu milik gomen, ko nak kata apa..
lain la kalau ada black and  ...

Mereka cuma nak pampasan yang berpatutan saja. Mana boleh suka suki suruh keluar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2017 01:02 PM | Show all posts
trakea replied at 31-7-2017 12:57 PM
Mereka cuma nak pampasan yang berpatutan saja. Mana boleh suka suki suruh keluar

kat artikel takde cerita pasal pampasan..
so berapa pampasan yang mereka dapat?
sikit sangat ke sampai tak nak pindah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:14 PM | Show all posts
trakea replied at 31-7-2017 12:57 PM
Mereka cuma nak pampasan yang berpatutan saja. Mana boleh suka suki suruh keluar

kenapa perlu bagi pampasan sedangkan diorang bina rumah di tanah kerajaan...  kata la tu tanah ko dan diorang selamba bina rumah...  bila ko nak majukan, ko suruh diorang keluar...  pastu diorang suruh bayar pampasan...  ko nak bayar ke sedangkan tu tanah ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 01:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 31-7-2017 01:02 PM
kat artikel takde cerita pasal pampasan..
so berapa pampasan yang mereka dapat?
sikit sangat ke  ...

dlm video tu ckp xde langsung pampasan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 31-7-2017 12:50 PM
klu duduk dari zaman batu pun, tanah tu milik gomen, ko nak kata apa..
lain la kalau ada black and  ...

ramai orang camni, expect government takleh usik sebab diorang dah dirikan rumah kat situ...  padahal tu tanah government...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:17 PM | Show all posts
kentel replied at 31-7-2017 01:14 PM
dlm video tu ckp xde langsung pampasan...

tapi ikutkan, mereka la salah menghuni tanah kerajaan kan..
selayaknya la kalau tak dapat pampasan..

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:20 PM | Show all posts
eyansss replied at 31-7-2017 01:14 PM
ramai orang camni, expect government takleh usik sebab diorang dah dirikan rumah kat situ...  pada ...

kan.. nama pun tanah kerajaan..
boleh pulak kata mana boleh suka suka nak halau..
eh.. tanah bukan hak engkau kot..
lain la kalau tanah tu memang dia beli and ada dokumen kata tanah tu milik dia..
rumah/tanah kalau kita beli atas tittle leasehold pun lepas tempoh gomen boleh amik kalau dorang nak..
inikan pulak tanah takde apa-apa dokumen jual beli..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:21 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 31-7-2017 01:17 PM
tapi ikutkan, mereka la salah menghuni tanah kerajaan kan..
selayaknya la kalau tak dapat pampasa ...

itu la permasalahannya...senang cita tak sedar diri...menumpang nak jadi parasit lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:25 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 31-7-2017 01:20 PM
kan.. nama pun tanah kerajaan..
boleh pulak kata mana boleh suka suka nak halau..
eh.. tanah buk ...

itu la pasal...  pastu lagi nak demand pampasan...  sendiri ceroboh tanak orang, pastu paksa orang bayar kerugian dia...  dia tak fikir pulak tuan tanah tu rugi berapa banyak sebab orang guna tanah dia free of charge...  belum lagi kena tanggung upah robohkan dan bersihkan tanah tu...  banyak tau kerugian tuan tanah...

sikit2 pampasan...  menceroboh pastu demand pampasan...  ada sesetengah tu siap demand rumah lagi...  sedapnya hidup cenggitu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:30 PM | Show all posts
Isu ni mst umno suka..
Tmbh lg jd kt penang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 01:44 PM | Show all posts
dah laa duduk tanah harammm..perasan plak konon ada hak kat tanah tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 01:46 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 31-7-2017 01:30 PM
Isu ni mst umno suka..
Tmbh lg jd kt penang

yg hasut org kampung sape kalo bkn umno..kita mesti berjuang jgn kasi org cina dptkan tanah kita...padahal duk tanah harammmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 31-7-2017 01:14 PM
kenapa perlu bagi pampasan sedangkan diorang bina rumah di tanah kerajaan...  kata la tu tanah ko  ...

Itu bukan tanah gomen penang pun, dah jadi milik persendirian dr tahun 80-an lagi

Cuba tanya sapa org besar bank bumiputera
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebuah kerajaan dgn rakyatnya tanpa tanah....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:39 PM | Show all posts
bit replied at 31-7-2017 02:22 PM
Itu bukan tanah gomen penang pun, dah jadi milik persendirian dr tahun 80-an lagi

Cuba tanya sa ...




heran ..  yg pie jual convert hak milik swasta tu

tahun 80an ..  WAKTU zaman kerajaan BN .   tapi awatt pulak kerajaan

sekarang pulak depa nak disalahkan  ??



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.115982 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list