View: 1517|Reply: 8
|
[Tempatan]
HSBC labur USD250juta bina ibupejabat di TRX
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: HSBC, gergasi perbankan terbesar Eropah, melabur RM1.064 bilion (AS$250 juta) bagi rancangan membina ibu pejabat HSBC Malaysia di Tun Razak Exchange (TRX), di bawah komitmen membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan ASEAN. Langkah itu juga sekali gus menjadikannya sebagai bank asing pertama yang melabur di kawasan perbandaran termaju negara. Untuk tujuan itu, HSBC hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan TRX City Sdn Bhd (TRX City) yang membabitkan pengambilalihan fasa pertama ruang pejabat dengan keluasan minimum 568,000 kaki persegi. Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Mukhtar Hussain, berkata keputusan strategik melabur di TRX itu adalah satu kemajuan untuk HSBC, yang mana akan memantapkan lagi pelan pengembangan francais serta kehadirannya di negara ini. Katanya, kedudukan HSBC yang kukuh sebagai peneraju perbankan asing di negara ini serta rangkaian antarabangsa yang tiada tandingannya berupaya menjadi batu loncatan untuk kejayaan projek mega TRX. "HSBC menikmati kemakmuran 130 tahun kejayaan perniagaan di Malaysia meletakkan pasaran ini sebagai pasaran utama HSBC Group di peringkat global dan pelaburan ini akan mengukuhkan lagi pelan pertumbuhan kami di sini. "Kerjasama antara HSBC dan TRX menunjukkan komitmen kami kepada pekerja, komuniti dan perniagaan di Malaysia dalam meletakkan negara ini sebagai peranan penting dalam strategi HSBC di ASEAN. "TRX terletak strategik di tengah-tengah pusat bandar Malaysia dan akan menjadi nadi kepada status Malaysia sebagai pusat kewangan serta perniagaan negara yang dijangka akan menarik banyak syarikat multinasional dan tempatan kelak," katanya dalam satu kenyataannya di sini, tadi. 
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/293233?m=1 |
|
|
|
|
|
|
|
@dodolgemok laknat kata pelabur tak yakin dah dengan ekonomi malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
besar gila babi 568000 kaki persegi kiranya ruang pejabat dia orang ni 10 ekar..
10 ekar ni dapat dalam 60 biji bungalow 5000 kaki persegi..
kiranya 10 ekar dapat 10 biji rumah istana baru alif syukri terlajak laris..
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah akak ni sekarang rm 450 kaki persegi, TREX RM 2500 kaki persegi..
kesimpulannya akak miskin |
|
|
|
|
|
|
|
jika setiap tingkat 10,000 kaki persegi,
jika HSBC bina bangunan 60 tingkat, sudah ada 600,000 kaki persegi ruang pejabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
HSBC = Zionis  |
|
|
|
|
|
|
| |
|