CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nirhab90

[Dunia] Saudi dan negara Arab lain putus hubungan dengan Qatar

[Copy link]
Post time 6-6-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 6-6-2017 07:05 PM
Pak ereb ego tinggi, susah jugak diorg nk dengar cakap bangsa asia tenggara yg biasanya diorg pnda ...

Betul juga tu sis.. hmmm sudahnya...  ai pun.. give up  nak menelaah   ..

Baik ai susun juadah makanan buka puasa ni sis...

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 6-6-2017 10:09 AM
Serious??! Patut benda ni yang diwar2kan so that Malaysian Muslims tak payah nak feeling2 saudara  ...

Tu la.  Sabahans tu dah aman2 jadi Kristian.  Watpe nak kacau?  Orang Islam ni sakit jiwa sebab logically if we're happy that our end will be glorious masuk syurga la kata why should we be bothered to convert other people?  Tuju je la your own happy ending.  Nak paksa2 orang masuk Islam la, padahal kita takde hak nak tukar ideology orang.  Part tu masa aku kecik lagi aku kata "agama islam ni agama paksaan".  Itu naluri bebudak aku la yang tak tau apa2 tu.  Simple.  If you encroach on others, you're a nuisance.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 07:29 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 6-6-2017 06:58 PM
Ternyata itu mitos aje sis. Jika adapun kerja sama..itu pun lantaran perjanjian lansungan dr zaman ...

sebelum saud mana ada raja lain... Raja saud tuh yg menyatukan seluruh arab saudi selepas mengalahkan kabilah2 di seluh perusuk arab nih....
sebab tuh nama pon arab saudi sbb dia yg asaskan.

lepas tuh ko nak najib ker yg lead ker negara saudi nih... mmg sakan lah kak mah nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 07:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 6-6-2017 12:10 AM
jangan lupa kes perang syria jua, ummah dok keliru menggelupor flip flop kejap sokong ISIS, kejap  ...

Kan.. satu dimensi sgt kepala otak tuh . Masih bajet tahu segala.. padahal nan hado. Menyampah aku..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam replied at 5-6-2017 03:22 PM
setakat sembang2 je.

Saudi adalah sekutu rapat dengan US dan Israel.

Wow info padat. Thanks sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2017 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadahnya ereb sama ereb begadoh,lobai melayu pulak yg kena susah2 pening kepala bagai..kalu ummah serumpun tanah melayu dgn indo dinusantara ini begadoh ada ummah fadang fasir tu kesahh ke dekkk??
Pigi mamps lah ereb sama ereb begadoh,dah mmg peel dorg sejak zman dulu lg dah lagu tu bngsa suka bperang.ada haku kesahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:42 PM | Show all posts

QA Trobang Ateh Somalia


Sian deme..  Aku tak verafe faham la ape puncenye kemelut ni..  Anyone?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 10:52 PM | Show all posts
Arab dan arab berrtelingkah, dunia  bergelut dengan fenomena pengganasan  dan sebagainya........sedangkan Israel semakin bermaharajalela meluaskan penaklukan mereka ke atas Tanah Palestine.....

No prize for guessing  who the real winner is.




Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 6-6-2017 10:42 PM
Sian deme..  Aku tak verafe faham la ape puncenye kemelut ni..  Anyone?

Katanya bapok2 arab itu sentap qatar tak nak joint venture perang dengan iran  
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 6-6-2017 10:09 PM
Kejadahnya ereb sama ereb begadoh,lobai melayu pulak yg kena susah2 pening kepala bagai..kalu ummah  ...

Kheennn... sama jugak konflik Sunni-Syioh tu pergaduhan Arob, yg aku heran Mulayu kepam berkerak idung kemek pun terkinja kinja dok kutuk syioh kehulu hilir ...    
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 6-6-2017 10:42 PM
Sian deme..  Aku tak verafe faham la ape puncenye kemelut ni..  Anyone?

Over somalia??? Adoi takut jadi next Mh17 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:50 AM | Show all posts

Bukan Ade Secret Sex Club Kat Morocco Ke Deme?

Changa replied at 6-6-2017 11:10 PM
Katanya bapok2 arab itu sentap qatar tak nak joint venture perang dengan iran

Haha..  huntong la bapok2 situ..  sekali tonggeng boley teros beli rumah kome..  Kan ke bangse ni ade fetish buat duit jadi confetti bertaburan ateh badan sundal?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:25 AM | Show all posts
Edited by sqlite3 at 7-6-2017 08:26 AM

Puak2 arab ni asyik nak bergaduh jer kerja.

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 5-6-2017 04:49 PM
takde org jilat sape2 pun...lobai jumud je cipta perspesi bodo ni..padahal masa berkawan dulu tak  ...

Sama lah ko lobai... Dulu Hadi boroi tu lah yang dipuja puja... Mentang2 dah  ikut khalid gereja...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 6-6-2017 01:30 AM
Hello, yang berebut nak kumpol pahale ni pon ati dorang bersih sangat ke?  Yang terhegeh nak jadi  ...

Mmg mantap ulasan ni...lebainitas kalau baca Ni mmg panas pungkoq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 7-6-2017 08:34 AM
Sama lah ko lobai... Dulu Hadi boroi tu lah yang dipuja puja... Mentang2 dah  ikut khalid gereja.. ...

Ko salah cai..dlm pas aku respek arwah tgna shj..hadi boroi ni lsg aku x kagum...ternyata aku buat pilihan tepat lps tgk keadaan pas skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:52 AM | Show all posts
sejak  Qatar ni lebih maju and kaya dr UAE macam2 tuduhan.. no worries qatar i'll stand by you. food dlm flight berganda2 bagus dr UAE.. jeles btol pak arab ni dgn dorg.. jgn malaysia ikut boycott dah.. susah nak travel nnt
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 11:15 AM | Show all posts
Saudi dan illuminati bersaudara..

Krisis Diplomatik Asia Barat: Apa Yang Berlaku.?

1. Pada pagi Isnin, 05 Jun 2017: Negara Arab Saudi bersama Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir mengisytiharkan mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara Qatar. Berkuatkuasa serta merta, segala jalan perhubungan melalui darat, udara dan air turut diputuskan.
Tidak lama kemudian, Kerajaan Yaman, Timur Libya dan Maldives turut mengumumkan langkah yang sama.
Namun demikian, tindakan ini tidak pula diikuti oleh Negara Kuwait dan Oman yang juga ahli dalam Gulf Cooperation Council (GCC).

2. Mengapa Hubungan Diplomatik Diputuskan.?
Arab Saudi bersama dengan negara yang seangkatan dengannya membuat keputusan ini kerana mendakwa Qatar terlibat dalam unsur aktiviti keganasan dan ektremisme iaitu menaja kumpulan Ikhwanul Muslimin, Al Qaeda, ISIS dan kumpulan pengganas yang disokong Iran.
Dalam erti kata lain, Arab Saudi mengajak negara rakan yang bersekutu dalam GCC memulaukan Qatar kerana Qatar dilihat lebih cenderung, terbuka dan mesra terhadap Iran.

3. Qatar bukanlah sebuah negara yang besar, ia hanya berkeluasan 11,586 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 2.2 juta orang sahaja. Kelebihan pada Qatar ialah kekayaannya dalam sumber minyak dan gas asli. Negaranya kecil tetapi kaya. Maka, tidak hairanlah pendapatan perkapita rakyatnya adalah yang tertinggi di dunia iaitu $129,700 yang bersamaan dengan 595% purata pendapatan per kapita dunia. Dengan kekayaan negara tersebut, Qatar telah terpilih menjadi negara tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 FIFA.
Selain itu, aset strategik Qatar yang amat bernilai ialah rangkaian media Al Jazeera.  
Negara yang bersistemkan raja monarki keluarga Al Thani ini merupakan bekas tanah jajahan Inggeris, ia merdeka pada tanggal 3 September 1971.  Qatar kini dipimpin oleh Amirnya yang bernama Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

4. Apa beza Qatar dengan negara Arab yang lain.?
Bezanya ialah pada dasar dan polisi antarabangsa yang bersifat lebih terbuka dan neutral. Polisi antarabangsa yang terbuka ini lebih mementingkan "soft power" seperti media, diplomasi, pendidikan, kebudayaan, sukan, pelancongan, ekonomi dan bantuan kemanusiaan. Ia membina hubungan strategik dengan negara yang berkuasa besar dan pertengahan.
Hal ini membuatkan Qatar agak 'bebas' dalam menentukan dasar diplomatiknya.
Di Qatar, terdapat pusat pengkalan tentera Amerika Syarikat yang terbesar di Asia Barat dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang.
Pada masa yang sama, Qatar juga sering menjadi tempat transit dan pertemuan pimpinan utama gerakan Islam Hamas dan Ikhwanul Muslimin.
Bahkan, Syeikh Yusof Al Qardhawi yang menjadi buruan Kerajaan Mesir telah mendapat perlindungan di negara Qatar. Doha menjadi ibu pejabat Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh  Syeikh Yusof Al Qardhawi.
Qatar juga bersikap agak terbuka dengan Iran.
Aneh bukan.? Qatar ini berpihak kepada siapa sebenarnya.?
Inilah yang dinamakan 'open foreign policy'.

5. Apa yang berlaku sebelum krisis ini.?

a) Pada 21 Mei 2017: Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat. Tetamu istimewa sidang itu ialah Presiden US Donald Trump yang diberikan peluang berucap di hadapan kalangan 56 pemimpin negara Islam. Dalam ucapannya,Trump menyerang Iran yang dikatakan punca keganasan dan ketidakstabilan khususnya di rantau Asia Barat. Maka, dalam Deklarasi Riyadh mereka bersepakat untuk menentang keganasan yang secara tidak langsung ditujukan kepada Iran sebagai musuh yang perlu diperangi bersama.
Hebat bukan.?
Pemimpin Negara Arab sanggup bersekongkol dengan US yang berlagak suci lagi alim itu dalam menentang Iran yang dikatakan sumber keganasan.
Adakah mereka ini terlupa selama ini US jugalah yang mencetus peperangan, menghuru-harakan dan mencabul kedaulatan negara ummat Islam.?

6. Siapa yang untung daripada krisis ini.?
Antara respon terawal yang menyambut baik keputusan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar ialah Israel melalui kenyataan Menteri Pertahanannya, Avigdor Lieberman yang memuji langkah menentang keganasan.
Sungguh menyedihkan, negara ummat Islam sanggup memutuskan hubungan ukhwah sesama negara yang seakidah dengannya di bulan Ramadhan yang mulia ini demi mengikut telunjuk acuan kafir.

Namun, ini tidaklah mengejutkan sangat kerana pada 04 Jun 2017 telah didedahkan melalui media bahawa dalam emel Yousef al-Otaiba, Duta Negara UAE ke US. Dalam emel tersebut terkandung komunikasi yang begitu rapat antara Duta UAE dengan wakil Foundation for the Defense of Democracies, kumpulan pemikir strategik pro Israel yang berpusat di Washington. Mereka merancang untuk memburukkan imej Qatar dan Kuwait, peranan UAE dalam episod rampasan kuasa yang gagal di Turki, dan usaha menentang Hamas dan Ikhwanul Muslimin.  

7. Apa penyelesaian krisis ini.?
Apabila berlakunya sesuatu krisis diplomatik, jalan yang terbaik ialah kembali ke meja rundingan. Pihak ketiga perlu memainkan peranan untuk mendamaikan yang bertelagah. Kelihatannya, usaha ini sedang giat dijalankan oleh Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah dan Presiden Turki Recip  Tayyip Erdogan.
Proses mediasi ini penting agar dapat merungkaikan perselisihan yang berlaku.
Akhirnya, kita akan dapat lihat nanti samada Qatar akan tunduk terhadap desakan Arab Saudi itu atau ia terus tegas  mempertahankan prinsipnya yang tersendiri.

*Nota Tambahan;
Semestinya kita menantikan ulasan Tuan Guru Presiden PAS berkenaan isu ini kerana beliau sememangnya individu pakar dalam bidang geopolitik antarabangsa.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
06 Jun 2017
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 06:45 PM | Show all posts
rifaa replied at 6-6-2017 09:21 AM
info bro @kambeng_masam membuka mata

jadi perang kat syria akn berakhir ke x?

Apa yg cuma saya tahu, kalau ikutkan milestone, Isa pbuh akan turun di Damsyik, yakni Damascus nama sekarang. Syria. Di sebuah masjid yg mempunyai tower putih. Tak ingat nama masjid tu, tapi katanya sudah wujud.

Kalau ikutkan tanda2 kiamat, scenario kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa, pada pendapat saya krisis di Syria mungkin takkan berhenti sehinggalah munculnya Isa pbuh. Sebab masa tu nanti baginda akan meligan dajjal dan puak israel. Dalam masa kita sekarang, ianya mungkin mengambil masa yg lama untuk sampai ke situ. Dunia masa sekarang hanyalah permulaan, setelah persiapan dajjal bermula sejak lama lagi. Wallahua'lam.

p/s: mungkin ada yg akan nganjeng dan bashing post kawe nih bila sebut pasa akhir zaman, dajjal, Isa, Imam Mahdi bagai. Tapi kalau kita melihat akan logiknya segala peristiwa yg berlaku di muka bumi ni untuk apa? Apa motifnya itu berlaku, ini terjadi bagai? Cuba cantumkan all the small pieces.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067225 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list