CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
Post time 30-8-2017 12:33 PM | Show all posts
When Marnie Was There (2014)



Based on the novel by Joan G. Robinson, mengisahkan tentang Anna, anak yatim yang dijaga oleh sebuah keluarga angkat. Anna ni asthmatic and dia pandai melukis, tapi dia very suka bersendirian and kurang or tak pandai bersosial. Anna dapat tahu yang foster parents dia dapat duit bulanan dari kerajaan, and dia start jadi lagi teruk sebab dia ingat diorang jaga dia untuk duit and not because of love.

Untuk help kurangkan penyakit asma dia, mak angkat dia (Yoriko)  pun hantar dia duduk dekat countryside dengan sedara Yoriko, Oiwa. Countryside ni sangat cantik, pekan kecil tepi laut yang memang cantik lah. Mzz tengok dekat skrin pun rasa macam my breath was taken away gitu.

So one day Anna pi merayau and ternampak satu rumah agam besar. Dia rasa terpanggil untuk pergi rumah tu. Masa Anna pergi situ, dia jalan kaki je, but dia tertidur and masa terjaga, rupanya air pasang and dia trapped dekat situ. Selamatlah ada sorang nelayan ni tolong dia. Anna ni degil, next time dia pergi lagi, and kali ni dia terjumpa Marnie, a blonde girl yang katanya duduk dekat situ. This is where they meet and soon their relationship blossoms. Yang peliknya si Marnie ni muncul time malam je. Walaupun relationship diorang platonik, mzz was getting a lesbian vibe from them..but really it was platonic lah.

Soon after, ada orang baru pindah masuk rumah Marnie, and ada sorang budak perempuan yang jumpa diary Marnie. From there, si Anna dah makin kelam kabut nak tau pasal Marnie. Hujung-hujung masa Yoriko datang tengok Anna, barulah kita tau siapa Marnie and apa hubungan dia dengan Anna.

Rating IMDB : 7.8/10
My rating  : 4/5..breathtaking scenery, beautiful storyline..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 12:47 PM | Show all posts
Spirited Away (2001)



My personal favorite from Studio Ghibli. This is actually kali keberapa entah mzz tengok movie ni. Hayao miyazaki is definitely a genius. Mengisahkan tentang Chihiro yang kena berpindah ke tempat baru. On the way, bapa dia tersilap jalan and they end up depan sebuah tunnel bawah bangunan lama. Parents dia nak explore tempat tu and Chihiro takut-takut ikut juga. Tempat tu rupanya macam taman tema yang ditinggalkan. Situ banyak restoran and makanan-makanan, and parents Chihiro terus makan. They ended up bertukar jadi babi. Chihiro tak dapat lari dari situ, ada banyak makhluk hitam yang muncul until a young boy nama Haku tolong dia. Haku kata Chihiro kena dapatkan kerja dekat situ or dia akan bertukar jadi binatang selama-lamanya.

First Chihiro minta kerja dengan Kamaji, orang tua macam spider tapi Kamaji tak ada kerja kosong untuk dia, so Chihiro kena jumpa dengan owner bathhouse situ, Yubaba. Yubaba ni nenek tua kepala besar yang ada baby giant. Dia bagi kerja dekat Chihiro dengan syarat dia pegang nama Chihiro, and Chihiro tukar jadi nama Sen. So Sen pun start kerja situ dengan Rin, perempuan muda yang dah lama stuck dekat situ. Keliling kawasan tu ada landasan keretapi yang bawa ke macam-macam tempat spirit yang berbeza.

So bermulalah adventure Chihiro/Sen dekat situ, berjumpa dengan pelbagai makhluk pelik, including my favorite, No Face..menyelamatkan Haku and parents dia and cari jalan untuk keluar dari situ. I love the bathhouse scene masa makhluk busuk tu datang nak mandi, scene masa Sen, No Face, hamster and bird naik tren pergi cari twin Yubaba, scene No Face jadi tamak dalam bathhouse..i love pretty much every scene dalam movie ni. It's a beautiful movie. Kudos to Miyazaki and team. Memang layak movie ni menang Oscars.

Rating IMDB : 8.6/10
My rating : 4.9/10...beautiful, just beautiful....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 10:34 AM | Show all posts
patriot's day

cerita ni based on real event.. the boston marathon bombing by the tsarnaev brothers. it was on patriots day... ok la movie ni. they made in like cerita biasa, they tell the story as it is.. based on different key people punya perspective. for me, it kinda made me empathise with the people involved. mcm mana hari yg biasa.. normal.. boring even to some people, bole bertukar jadi huru hara & it actually changed their lives forever. ada scene mmg rasa wtf sgt esp bila time bomb and tgk mayat budak (dah ditutup kain) after the blast. it kinda made me sad. tgk adik beradik tu so determine to kill people lps kena indoctrinated by unscrupulous people mcm alqaeda.. made me feel that senang nya org yg pandai bercakap ni mempengaruh org lain utk membunuh utk dia tp gunakan nama islam. lepas tu ada plak scene lawak esp scene hostage chinese tu dgn polis. in the end, cerita ni mmg for me takde la mengagungkan sgt enforcements di us tu.. buat how they actually work together (first time ada inter-agency cooperation).. kalau tak, semua org keja dlm silo. sudahnya, tak kemana... movie ni shows the human side of everyone. semua org breakdown and help each other in time of crisis.

my take on the movie : 4.5/5  - very interesting to watch

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 12:31 PM | Show all posts
Edited by cik_sssara at 15-9-2017 12:35 PM

Filem: Rememory
Genre: Sci-Fi/Drama



Seorang saintis berjaya mencipta sebuah mesin memori yang boleh merakam peristiwa yang pernah dilalui oleh manusia sepanjang hidup. Namun kerana gangguan mental yang dialami oleh saintis serta subjek ujikaji mesin ini, segalanya bertukar menjadi satu musibah.

Ulasan  – pada mulanya filem ini tidak begitu menepati apa yang saya harapkan (dari sebuah sains-fiksyen) kerana tiada penerangan khusus bagaimana mesin ini dihasilkan dan bagaimana ia beroperasi. Kerana bagi dunia nyata mesin ini merupakan sebuah ciptaan yang ulung. Tapi setelah menonton keseluruhannya, saya memahami apa yang penerbit cuba sampaikan.

Plot terarah kepada misteri kematian saintis yang mencipta mesin ini, dan perkembangannya apabila penonton mula berteka-teki siapakah pembunuh sebenar apabila suspek dijejaki menggunakan mesin ini. Klimaks yang jelas, bukan sahaja menjawab persoalan penonton malah juga mengandungi apa yang tersirat sebenarnya. Penghujung cerita yang mungkin tidak begitu memuaskan kerana penonton masih ingin tahu apa kesudahan bagi watak sampingan yang lain.

Lakonan yang begitu memberi kesan, cinematografi yang berkualiti, dan mesej yang jelas. Apa ertinya kemajuan teknologi, sains dan ekonomi jika melampaui batas kemanusiaan?

Rating: 4.4/5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:31 AM | Show all posts
Edited by manganini at 20-9-2017 02:37 AM



War of The Arrows (2011)

Nami ialah seorang pemuda yang sangat mahir menggunakan senjata panah. Suatu hari, ketika majlis perkahwinan adik perempuan Nami iaitu Jain sedang berlangsung, kampung mereka telah diserang oleh tentera Qing. Jain dilarikan oleh tentera Qing bersama penduduk2 kampung yang lain. Fokus utama cerita ini ialah bagaimana Nami (dan juga Muyeol, suami Jain) menyelamatkan Jain dgn hanya bersenjatakan panah. Dengan kepintaran serta kemahirannya, Nami berjaya mengalahkan ramai musuh meskipun ketika hanya bergerak secara solo.
Sebahagian besar filem ini menunjukkan adegan kejar-mengejar Nami dan komander Qing iaitu Jyushinta serta pertempuran kedua-duanya dgn hanya bersenjatakan panah. Babak ini sangat menarik kerana ia menunjukkan dgn terperinci bagaimana kedua-dua mereka cuba menandingi satu sama lain dgn kebolehan masing2. Selain itu, watak Jain juga harus diberikan kredit sebagai seorang gadis yg bukan hanya cantik tetapi juga mengkagumkan dengan kecekalan dan kekuatannya mentalnya.

Filem ini untuk anda jika anda seorang peminat SAGEUK + ARROWS + TACTICAL COMBAT. Keseluruhan cerita banyak adegan suspense dan aksi menjadikannya tidak bosan. Dan seperti kebiasaannya filem2 Korea, filem ini tidak lupa untuk bermain dgn emosi penonton dengan memperlihatkan bagaimana Nami dan Jain tidak teragak2 untuk berkorban nyawa untuk satu sama lain. Endingnya tragis tetapi memuaskan hati.

Saya rate filem ini 4.7/5


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:44 PM | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 5-8-2017 06:04 PM
Ok, i nak cerita beberapa movie yang i dah tengok berdasarkan ulasan dekat thread "WHAT MOVIES HAVE  ...

tengok kat mana eh..cari kat utube xdpt pon full movie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 04:10 PM | Show all posts
The Shallows

Cerita tentang Nancy (Blake Lively) yang gemar meluncur. Satu hari dia p meluncur di satu pantai dekat Mexico.Pantai ni memang orang jarang p. Dia mai sini sebab mak nancy penah meluncur dan mak dia baru ja meninggal sebab kanser.

Masa dia dok meluncur dia kena gigit denga. jerung..dia cuba nak berenang tepi pantai tapi terkandas dekat satu batu. Pada masa yang sama, ada seekor burung pon terkandas sama sebab sayapnya patah.Nasib baik dia tau pasal perubatan dan Nancy jahit sendiri luka akibat gigitan jerung. Lama jugak dia terkandas dan cuba lawan jerung tu

Cerita ni agak mendebarkan sebab kita nak tahu macam mana Nancy akan terlepas dari serangan jerung ni. Best jugak dan boleh layan.

                                                                        




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:02 PM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 20-9-2017 05:12 PM
ell2026 replied at 20-9-2017 03:44 PM
tengok kat mana eh..cari kat utube xdpt pon full movie

I download online, pastu i cari subtitle english online juga. Tapi i lupe website ape. sebab i google je tajuk movie ni diikuti dengan perkataan download online, then i klik la link2 & cuba download.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 08:10 AM | Show all posts
hari tu gi tgk wayang, jumpe plak movie ni.
[img]http://cdn2-[/img]

sbb haku mmg peminat teenwolf, so haku pun layan jelah movie ni.
movie ni mengisahkan tentang mitch rapp yg menyaksikan girlpren die mati kene tembak oleh pengganas kt tepi pantai ms tgh bercuti. mitch ni akhirnye jd pendendam yahamat kt geng pengganas tu, so die pun berusahala nk memantapkan diri jd fighter, pastu die try nk track kump pengganas tu thru deepweb. so tanpa disangka rupenye die ni pun kene spy skalik oleh cia. akhirnye die berjaya gak tembus sel pengganas tu dan jumpe pembunuh kekasih die tp malangnye cia pun sampai dan berjaya menghapuskan kump pengganas tu.
tp ejen cia nama irene tu impressed sgt ngan kehebatan si mitch so die pun rekemenkanla si mitch ni masuk satu program membanteras pengganas antarabangsa bernama orion. tp jurulatih die nama stan hurley tak suke kt die, sbb mitch ni masih lg dihantui oleh kenangan hitam die takleh move on lg, yg menyebabkan mitch ni jadi terlampau emotional dan taknak ikut arahan.
team orion ni dikejutkan ngan kes bekas team diorg gak yg curik nuklear dan cadang nk jual ke negara pengganas. so si mitch n stan ni pun bekerjasama la di turki nak stop nuklear war tu.
aku kasi 6/10 utk movie ni. hokkay la kalau korg nk tgk action, mmg ni lah movie terbaik.  tp penjahat die hensem sgt la pulak. tak menyakinkan. tp aku suke tgk si mitch ni selalu buat bos die geram sbb degil sgt taknak ikut arahan.
citer ni masih ditayangkan di pawagam kalau korg nk layan ok je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:14 PM | Show all posts
Tajuk: Sori, Voice from the Heart (2016)
Genre: Sci-fi/Drama
Trailer: Youtube



Sekilas jika dibaca sinopsis filem ini di mana-mana, ia berkisah tentang seorang bapa dalam misi pencarian anaknya yang hilang dengan bantuan sebuah robot pintar milik kerajaan US.

Sebenarnya bukan itu sahaja. Filem ini rupa-rupanya adalah satu interpretasi bagi mengenang tragedi Kebakaran Keretapi Daegu yang menimpa Korea Selatan satu ketika dulu. Saya tertarik bagaimana begitu teliti penerbit filem ini dalam menyusun jalan cerita tanpa mengundang sensitiviti masyarakat.

Pertama, kerana ada dua cerita dalam satu. Drama - si bapa yang tidak dapat menerima kenyataan kematian anaknya dalam tragedi itu hanya kerana mayat tidak dapat dikenalpasti. Dia yakin anaknya terselamat dan masih hidup. Fiksyen - sebuah robot yang 'turun' dari satelit adalah dalam misi untuk menyelamatkan seorang budak di Afganistan namun tersasar dari lokasi sepatutnya hingga bertemu si bapa itu.

Kedua, tiada sedikitpun imbasan kembali bagaimana kejadian kebakaran itu terjadi. Kerana tidak perlu, dan ianya mungkin amat sensitif kepada pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa yang terkorban. Fokus adalah untuk memperlihat kepada masyarakat bagaimana impak peristiwa itu kepada keluarga mangsa. Secara tidak langsung ia juga memaparkan mesej kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima kenyataan pemergian mangsa meskipun amat perit.

Walaupun ia begitu sarat dengan emosi terdapat juga unsur komedi dan aksi yang membuatkan ia lebih menarik dan sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. Jalan cerita yang tersusun, cinematografi dan lakonan yang begitu memberi kesan. Terdapat nilai kasih sayang, persahabatan, hormat menghormati disamping memberi pengajaran yang berguna kepada ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Rating: 4.8/5





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2017 01:13 PM | Show all posts


ALIGARH (2016)
A true story of Dr. Shrinivas Ramchandra Siras, who was suspended from his job because of his sexual orientation.            
IMDB Rating: 7.8/10
My rating: 8.5/10

Sinopsis
Berdasarkan kisah benar seorang professor bahasa, Dr Shrinivas Ramchandra Siras yang dipecat dari jawatannya di Aligarh University (AU) kerana tertangkap melakukan hubungan homoseksual dengan seorang penarik beca. Cara dia tertangkap sangat fishy di mana 2 orang wartawan tiba-tiba menceroboh masuk rumahnya dan terus merakam video sambil mengugut2 mereka. Dan secara tiba-tiba jugak 4 ahli sejawat AU secara conveniently turut berada di tempat kejadian.

Seorang wartawan lain dari Delhi Times, Deepu Sebastian dapat tahu tentang kes ini dan cuba untuk menolong Dr Siras sebab sangat tidak adil untuk privasi seseorang diceroboh begitu. Sepanjang cerita, kita dapat saksikan siri-siri diskriminasi terhadap Dr Siras sampai terpaksa tukar rumah 3 kali dsbnya. Dan dia tak mahu dipanggil 'gay' - "how can somebody describe a person just by using three letters". Kita dapat lihat personaliti Dr Siras yang lembut, aman, sangat berfalsafah, tapi pada masa yang sama seluruh Aligarh menghentam beliau hanya kerana beliau seorang gay.

Kes Dr Siras dibawa ke Mahkamah Tinggi Allahabad di mana perdebatan hangat antara pihak pendakwaraya dan peguambela Dr Siras.
Pada masa yang sama, Deepu Sebastian menjadi sahabat yang rapat dengan Dr Siras...

Kesudahan filem ini yang bittersweet, seperti kisah sebenarnya, membuatkan kita rasa marah dan geram.

Highlight:
Lakonan Manoj Bajpayee sebagai Dr Siras sangat cemerlang. (Winner Best Actor, Asia Pacific Screen Award 2016)
Rajkummar Rao sebagai wartawan Deepu Sebastian sangat meyakinkan. (Winner Best Supporting Actor Filmfare Awards 2016)

Watak peguam pendakwaraya pulak buat kita rasa nak pelempang muka dia. Haha


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 03:45 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 10-10-2017 03:51 PM
sara_thrash replied at 28-8-2017 02:03 PM
hasil baca review u psl this movie gigih i layan walau sepatah haram tak faham bahasa nya.. memang ...

alamak.. syiannya... jap.. haku PM..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 03:47 PM | Show all posts
kuewTiau replied at 24-8-2017 04:01 PM
Tajuk : Perfume:Story of Murderer
Dah lama haku nak tengok citer neh... sebab ada org penah suggest tgok citer neh dlu.. unik katanya... Thanks dgn review!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 03:50 PM | Show all posts
OMG! haku dh lama nk tgok citer neh.. Genre adventure gitu.. I loike! Tapi teragak2 haa takut tk best or bosan gitu... Thanks wey dengan review ko neh.. fuh!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:22 PM | Show all posts



Assalam sumer.. Btw haku dah tengok citer neh beberapa minggu lepas.. Marathon dengan beberapa movie lain... Ok..

MOvie neh agak unik dan penuh aksi gitu... Uhhh... ada juga adegan ganas tpi tk  keterlaluan sgt (korek bijik mata)...



Mengisahkan kesah di bandar neh.. yang mengamalkan 1 Keluarga 1 anak macam negara China kini... Anak-anak yang lebih tue diorang akan amek dan tidurkan...so... kiranya untuk masa depan yg lebih terjamin gitu bila anak2 neh dibangunkan semula... So.. Ada 1 family neh.. bapak dia semunyikkan kelahiran 7 anak kembar seirasnya yang semuanya perempuan... Setiap anak dinamakan dengan mengikut nama hari iaitu MOnday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday & Sunday... Ya... Ikut nama, ikut hari yang diorang bleh keluar melihat dunia luar.. bermula usia diorang seawal leh gi sekolah tadika... Apa berlaku masa haritu, contoh Monday akan balik ke rumah..semua adik2 akan tengok semula...so..esoknya si Tuesday akan kuar plak sebagai diri si MOnday tue..



Actually diorang  ada personaliti tersendiri bila berada di dalam 1 rumah.. Bila di luar sahaja diorang akan jadi si Monday.. ya.. si kakak sulung..






Penah 1 hari tue.. masa neh diorang kecik lagi tapi dah bersekolah.. si Thursday neh berperawakan pemberontak..degil.. lari pintu belakang.. salah seorang kakaknya (yang pasti bukan hari Khamis haritue) keluar haritue dan dia pun kuar.. Si lasak Thursday terjatuh dan putus ujung jari telunjuknya.. Bila balik je.. malamtue.. semua anak2 neh disuruh berkumpul oleh si ayah termasuk si Thursday yang dah dibalut jarinya..



Bermula dengan Monday.. ayah dia pesan sebelum memotong hujung jari telunjuk beliau,Monday... Ko kena tunjukkan teladan yang baik pada hadik-hadik... lebih kurang gitula pesanannya.. sebab hari senin biasa permulaan hari... Penghujung pas dipotong abeh jari anak2nya.. sebenarnya timbul kesedihan di hati bapa itu.. Sedih gak nengok..huhu...



So... bila dah dewasa.. diorang hidup bertujuh... dengan pekerjaan yang bagus.. 1 hari tue..Monday keluar mcam biasa pergi ke opis.. kebetulan ada pembentangan pasal kerja dia haritue.. so semua hadik2 mengucapkan good luck la kan... Then.. tunggu punya tunggu sampai malam...Eh.. tak balik-balik lagi si Monday neh... So.. gelabah puyuh semua hadik2 beliau.. So... Keesokannya si Tuesday kuar plak.. kira macam wat takdak apa2 yang berlaku la... Gi opis macam biasa.. dan acah2 tak ingat la apa berlaku semalam..sebab ada staf gitau.. si MOnday mabuk2 semalamnya tue.. Lagi pulak presentation yang dia wat bagus dan berjaya gitu.. So... Di mana Monday?



Tontonlah... Haku yang tengok pun penuh debaran.. Tak ada minit utk duduk diam dan bosan citer neh...



Haku bagi 4/5 bintang... hihi..


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:16 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 10-10-2017 03:45 PM
Edited by BabeYSHa at 10-10-2017 03:51 PM

alamak.. syiannya... jap.. haku PM..

hihihi tq

Comments

sesamer...huhu  Post time 11-10-2017 08:51 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 05:16 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 10-10-2017 03:47 PM
Dah lama haku nak tengok citer neh... sebab ada org penah suggest tgok citer neh dlu.. unik katanya ...

yes..u shud..jalan cerita memang agak lemb**..tapi bile tengok jadik ghalit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 08:36 AM | Show all posts



Mmm... Movie dari Thailand biasanya tidak mengecewakan.. Huhu... dari citer seram sampai ke citer romantikanya..haha.. Untuk nama tajuk pilem neh.. ada yang buh nama FIRST LOVE, ada yang buh CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE... Huhu..



Ok... Kesahnya mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan kekeluargaan.. Banyak mesej yang nak disampaikan lam neh.. Nampak mcam ala2 cinta monyet.. Tapi tak ada pun.. Wlaupun citer neh berkisar tentang zaman persekolahan di negara Thai, tapi tipulah kalo kata korang pun tak tingat masa kita zaman sekolah dlu minat abang2 senior gitu... Ecececeh..



Nam.. Seorang gadis biasa berkulit berkerak tinggal bersama ibu dan adik perempuannya.. Bapaknya stay kat luar negara demi mencari rezeki sebagai chef.. 5 tahun dah tak lik Thailand.. Tapi menjanjikan akan menghantar duit setiap penghujung bulan dan akan menghantar tiket penerbangan kepada salah seorang anak2 beliau yang dapat tempat pertama di dalam peperiksaan utama.. (negara kita kiranya UPSR dan PMR gitu).. Si Nam neh idakla bijak sangat.. so sebab rindukan si ayah..dia bertekad utk belajar bersungguh2 dan stay kat US nanti... Even lam kelas dia dpat no 30..hahaha






Si Nam dan sahabatnya 3 orang.. masuk Form 1 di satu sekolah neh.. Tup2 ternampak sorang abg senior yang kacak (Form 4).. Si Nam neh tersuka la pulok.. Ohh.. rupanya bukan dia sorang.. Budak2 pompuan kat sekolah tue semua gilakan si CHon... Sahabat2 si Nam neh 1 day tue terdengar sorang dak pompuan junior yg dpat pakwe sebab amek tips dari buku "cemana nak memikat abg senior anda"... Diorang bertiga neh tergedik2 la dok layan buku tue..si Nam acah2 tk percaya benda2 lam buku tue.. tpi amalkan juga... Macam2 cara diorang wat sampaikan memberus si Nam neh supaya jadi putih.. wakakkaa.. Serius kelakar citer neh...



Then, dengan cikgu English diorang yang sama kelakar gak.. Umpama Nam versi cikgu.. Minat sorang cikgu Sukan yang kacak, tapi terpaksa bersaing dengan sorang cikgu tarian yang Hot dan cantik...



Dipendekkan cerita.. si Nam neh transform slow-slow dari Form 2 tue... Yang best ianya tak macam pilem2 make over yang lain tau.. Korang akan tak sedar..eh.. tiba2 ja dh jadi cantek.. alaa.. macam ugly duckling gitu.. Haaa..



Dipendekkan cerita.. smpai kesudah takdak diluahkan perasaan pada CHon.. hinggakan mai plak bff Chon..leh tahan kacakla.. jadi rebutan gak... Dia yang nak kapel ngan Nam.. Tapi Nam takmo.. just hangout2 je semata2 sebab Chon ada sekali...


Ada berlaku perselisihan faham Nam ngan sahabat2 dia.. Kes buli oleh budak pompuan yang perasan cantik pun ada..


Sampai kemuncaknya tue, Valentine's Day.. si Nam dengan ditemani BFFs beliau gi jumpa Chon untuk wat sesi luahan perasaan... Kat kolam renang... Apakah reaksi CHon dan kesudahannya? Sila saksikan sendiri...hihi


Haku bagi 4.5/5 bintang!





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 09:59 AM | Show all posts



Ok.. haku layan movie neh semalam.. Actually banyak lagi movie yang haku nak hapdate.. Nantila ek..



NERVE... Genre Adventure... Aksi ringan tapi mendebarkan... Dia macam ikut jalan cerita Thailand 13: Game Of Death (2006).. Tapi citer Thailand tue lagi superb!! Siap makan taik real kauu... Urghh! haku tkleh tgok kali kedua citer tue.. Siot ngeri pun ada...



Bezanya citer 13:GOD tue era SMS dan Nerve neh era zaman kini... LIVE video yang ada watchers...



Ok.. Kisah bermula dengan si Vee, gadis biasa yang comel dan low profile..Menjadikan photography sebagai satu hobi kalo ada apa2 event di kolej diorang...Dia sentiasa ditemani oleh BFF lelaki beliau iaitu Tommy.. Sorang lagi BFF gegerl dia nama Sydney.. memang super hot la kat kolej.. ketua sorak dan tengok rupa pun memang mean girl or super biat*h la kan.. huhu



One day, tergedik-gedik si Sydney tue gitau pasal satu game online.. NERVE.. dia nak si Vee neh jadi Watcher... Si Vee malas nk melayan.. then.. masa ada perlawanan rugby kt kolej diorang (Vee admire pda sorang mamat neh).. si Syd dok bersorak2 sorang2 dengan benda pompom tue..skali dia selak skirt dia.. tanpa spender kau jah.. Semua kat mini stadium tue mcm krik krik krik.. Pehtu.. Vee baru pasan.. rupanya dia tengah main NERVE tue.. dan diberikan tugasan DARE...kalo berjaya wat.. dpatla duit.. keching!keching! masuk ke akaun...



Dipendekkan cerita, yang buat Vee terjoin as player tue sebab Sydney gi gitau kat lelaki idaman Vee.. yang Vee nak jadi GF dia.. lelaki tue jawab.. she's not my type.. Duhh! So..bermulalah task DARE si Vee neh.. sampai bertemu dgn Ian.. dan Watchers nak dia bergabung dgn si Ian tue.. Daripada try baju mahal berjenama sampaikan menunggang motorsikal dengan kelajuan 60km/j sambil tutup mata..



Kesudahannya... Sampai dia bergaduh dengan Sydney dan Tommy sebabkan menatang NERVE neh dan nak report kepada bapak polisi... Memang taklah dilayan oleh bapak polisi..Sila tonton sendiri untuk mengetahui penamatnya..



Btw haku tk puas hati tul penamatnya.. So.. haku bagi 3/5 bintang sahaja.. ikutkan nk bagi 2 bintang ja..hahaha..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:26 AM | Show all posts
BabeYSHa replied at 11-10-2017 07:36 AM
Mmm... Movie dari Thailand biasanya tidak mengecewakan.. Huhu... dari citer seram sampai ke ci ...

meols pun baru tengok cerita ni... memang lawak bangang dan tak kering gusi meols masa part awal2 diorang kat sekolah tu
paling lawak ialah guru kelas theyols yang berkerak tu.. siap bawak keropok sepeket sambil ngarah drama snow white yang tak sampai 5 org dtg tengok

meols tersentuh dgn kegigihan Nam tu daripada berkerak bodoh jadi cantik pandai..
walaupun motivasi awal2 ialah abang chon, tp akhirnya dia berjaya sendiri..

part dia kena pulau kawan2 tu dah ala2 AADC dah kan?
kesian kawan2 dia sambut birthday tapi dia gi camping dgn gang budak2 popular..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.290949 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list