CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3686|Reply: 21

Nak Buat Sumbangan Tapi Tak Tahu Salurannya? Baca Ini Dan Anda Akan Jadi Lebih F

[Copy link]
Post time 12-5-2017 05:26 PM | Show all posts |Read mode

"Baru dapat info, satu keluarga di kawasan PJ baby dia minum susu pekat kerana bekalan susu habis."

"Assalam Tuan, boleh hantar bekalan barang dapur URGENT untuk satu keluarga di Jalan Ipoh, anak2 mereka masih kecil."

"Empire Project buat program Food Bank kan, saya nak bagi info berkenaan satu family di Batu Cave,di mana ibunya sakit kini di Hospital, ayah pula mengalami sakit tulang belakang. Boleh pihak Empire Project tolong dari segi bekalan makanan."


Di atas ini adalah sebahagian ayat dari beribu mesej, email, wassap yang abanG dapat, setiap info dan maklumat akan diselidik dan bantuan akan di beri mengikut kesesuaian masa dan bekalan.


Food Bank @ Bantuan barang dapur.


Satu program di mana setiap bulan 150 keluarga dari senarai yg diperoleh akan mendapat bantuan barang dapur berjumlah RM30.


Ye, RM30 sahaja dan mereka akan mendapat :


Beras
Gula
Garam
Maggi
Susu pekat
Tepung gandum
Biskut






Program ini telah masuk tahun ke-3 dijalankan. Tahun pertama Empire Project berjaya membantu 150 keluarga menerusi program bantuan bulan Ramadhan, tahun ke dua Empire Project membantu lebih 600 keluarga di mana setiap keluarga mendapat bantuan bekalan barang dapur untuk 3 bulan berturut-turut.
Tahun ini (2017) Empire Project merancang untuk membantu 1500 keluarga di KL (150 keluarga setiap bulan untuk 10 bulan dari bulan March sehingga December) menerusi program "Empire Food Bank"


Tahun ini juga Empire Project bekerjasama dengan 10 buah Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan di Serata KL dalam menjayakan misi "Empire Food Bank". Setiap sekolah mereka mempunyai senarai anak-anak  asnaf & miskin senarai diperoleh oleh jabatan agama dan jabatan kebajikan masyarakat (purata 50 ke 70 senarai anak-anak asnaf & miskin setiap sekolah).







Bagi menjayakan misi ini Empire Project  turut dibantu oleh rakan NGO  iaitu :

#humanity

#thegagaks

#pitstopcafe

#preloved4charity

#bridginteam


Setiap NGO akan mendapat 5 ke 10 set bekalan barang dapur untuk diedarkan kepada senarai penerima mereka.


Sasaran penerima "Empire Food Bank" ini adalah dari kawasan penempatan PPR, low cost flat, setinggan dan org asli.


Mereka mempunyai rumah ada kereta atau motor, setiap rumah mempunyai Tv sekali Astro, mendapat gaji bulanan dan pekerjaan tetap.


TETAPI ramai di antara mereka-mereka ini yang "struggle" untuk membuat DAPUR BERASAP






AbanG secara peribadi minta masyarakat terus menyokong mana-mana NGI @ NGO yang menjalankan program Food Bank ini kerana banyak keluarga yang akan mendapat menafaat @ bantuan dari program sebegini.


Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Empire Food Bank ini boleh LIKE FaceBook Empire Project We Care We Share atau FaceBook peribadi abanG.








Hari ini kita bantu satu keluarga mendapat bekalan barang dapur. Esok lusa kita pula yang dibantu mana kita tahu kan.... percaturan tuhan itu indah dan adil.




Love - abanG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2017 05:34 PM | Show all posts
ok baru jelas. satu hari nanti sis akan turut menyumbang. doakan sis murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya bt program mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 06:10 PM | Show all posts
Very good info.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 06:13 PM | Show all posts
Alhamdulillah..teruskan usaha murni ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
empire ni boleh ikut, Empire PokDin melingkup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2017 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Pernah nampak ni kat sogo
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Usaha yg murni. Boleh bantu sorg sikit. Semoga murah rezeki semua yg membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2017 10:50 PM | Show all posts
thanks..tgh mencari mcn mn nak salurkan..selalu time2 nak puasa/raya..ada je melintas kat fb feed psl project baju raya le..telekung le..bgsnya program ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
usaha yang bermanfaat..tapi kalo yg ada astro tu rasanya xde la miskin sgt kot.. kalo potong astro tu dh jimat 21.20 sebulan..tu pun kalo amik pakej paling murah..tp kalo pki njoi ok la kot dibantu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
laili_nur replied at 12-5-2017 11:49 PM
usaha yang bermanfaat..tapi kalo yg ada astro tu rasanya xde la miskin sgt kot.. kalo potong astro t ...

setuju.. aku tak setuju jugak nak contribute dkt org ada astro ni.. this is consider non necessity.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 07:00 AM | Show all posts
Nak buat sumbangan sendiri senang jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la sumbangan pn x membebankn
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry nk tny. Kenapa maggie ye yg diberi bukan telur ke roti ke or any other dry food. Jgn kecam iols nk tau je
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Daripada maggi, baik beri mee kering mcm mee siput  atau pasta ke kan.. Maggi mee tu kan ke x elok utk kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Di Kluang ada satu kedai runcit yg buat program seakan sama. Siapa2 nak sedekah, blh terus beli apa2 brg dari kedai tu dan diletakkan dlm satu container. Brg tu pun diberikan sedikit potongan harga kpd pembeli. Seminggu @ 2 minggu sekali akan disampaikan kpd fakir miskin dan anak2 yatim di kawasan yg berhampiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2017 02:02 PM | Show all posts
rata2 yg dapur x berasap ni, check :

pakai tepon ape, internet ade ke tak?

check rumah ade astro tak?

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 08:30 AM | Show all posts
Seronok tgk kerja2 kebajikan macam ni..bg sesetengah orang bantuan mcm ni besar maknanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:44 AM | Show all posts
saya courious...rumah ade tv n Astro...tapi dapur tak berasap...adakah tuan rumah tak ade perkakasan memasak @ tidak reti masak...setahu saya Astro adalah kehendak...tetapi makan adalah keperluan...u need food or energy to survive...Astro hanye entertainment...just my opinion...kenape tak cancel je subsciption Astro tu and use the money to buy sustainant...jangan marah haaa.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada astro tu kensel aku nak menyumbang. Ramai lagi yg betul2 memerlukan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068697 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list