CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3394|Reply: 16

[Dunia] Atuk Trump mengamuk :Trump hilang sabar

[Copy link]
Post time 10-4-2017 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Trump hilang sabar


GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan USS Carl Vinson belayar di Laut Filipina dengan diiringi lima kapal perang AS.


WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin menghantar sebuah armada gempur diketuai kapal induk berkuasa nuklear, USS Carl Vinson ke Semenanjung Korea bagi menangani ancaman program senjata nuklear Korea Utara.
“Markas Pasifik AS mengerah-kan Pasukan Gempur USS Carl Vinson belayar ke utara (Semenanjung Korea) sebagai langkah untuk mengekalkan kesiapsiagaan di Pasifik Barat.
“Ancaman nombor satu di rantau berkenaan masih lagi Korea Utara berikutan program ujian peluru berpandu dan cita-cita Pyongyang untuk membangunkan senjata nuklear secara melulu, tidak bertanggungjawab dan mengancam keamanan,” kata jurucakap Markas Pasifik AS, Komander Dave Benham.
Menurutnya, pasukan gempur diketuai kapal induk USS Carl Vinson itu sepatutnya belayar ke Australia dari Singapura tetapi mengubah haluan ke Semenanjung Korea.
USS Carl Vinson yang ditauliahkan pada 1983 boleh membawa sebanyak 90 jet pejuang dan helikopter bersama 6,062 kru.
Kerahan tersebut dijangka me-ningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea dan dibuat selepas serangan peluru berpandu AS di Syria. Serangan itu turut dilihat sebagai amaran terhadap Korea Utara yang terus berdegil untuk meneruskan program senjata nuklearnya.
Kerahan armada kapal induk itu juga dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump mengancam akan mengambil tindakan unilateral ke atas Korea Utara.
Ancaman beliau tidak lagi dipandang remeh selepas Washington melancarkan 60 peluru berpandu ke Syria pada Khamis lalu.
Korea Utara mengutuk sera-ngan misil AS itu sebagai kekerasan yang tidak boleh diterima. Tindakan Washington, kata Pyongyang, merupakan justifikasi untuk Korea Utara meneruskan program nuklearnya sebagai senjata pencegahan.
Pyongyang sedang membina peluru berpandu jarak jauh keupayaan nuklear yang mampu mengenai ta-nah besar AS. Korea Utara juga me-ngadakan lima ujian nuklear setakat ini, dua daripadanya tahun lalu.
Sementara itu, pakar-pakar ber-kata, rejim Kim Jong-un sedang me-lakukan persiapan untuk mengadakan ujian nuklear keenam, malah kata mereka, Korea Utara akan dapat membina senjata nuklear yang mampu sampai ke AS dalam masa tidak sampai dua tahun.
Pada Rabu lepas, Korea Utara membedil sebuah peluru berpandu balistik jarak sederhana ke Laut Jepun menjelang sidang kemuncak antara Trump dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping.
Pada Februari lalu pula, Pyongyang melancarkan empat peluru berpandu balistik serentak dari pantai timur negara itu. Tiga misil tersebut mendarat dekat perairan Jepun.
Pyongyang menyifatkan pelancaran itu sebagai latihan untuk menyerang pangkalan AS di rantau Asia. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amerika ni anggap dia ketua dunia :zz
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari kes Iraq sampai sekarang. Negara lain seluruh dunia semue kene tunduk pade Amerika ke.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 09:28 AM | Show all posts

propa la semua ni.. dah deal ngan china la tu. saja nak gertak

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 10-4-2017 08:47 AM
Amerika ni anggap dia ketua dunia :zz

Sapa pun kalau dah kuat akan jadi begitu ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:04 AM | Show all posts
amarika??...ingat dia polis dunia...apa nak sebok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2017 11:07 AM | Show all posts
Aku sokong Trump...jadi balaci US lebih baik dari jadi caddy Russia, China...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:25 AM | Show all posts
amerika mmg kene terlibat perang,
psl tu sumber income dorg,

belanja senjata api US pn dh trillion2 dollar.
klu perang dpt minyak, lagila dorg suke.

semua psl duit.
klu psl keamanan, pesal tk bantu rohingya tu?,
psl dorg tkde minyak la

cube klu rohingnya ada sumber telaga minyak billion tong,
mau dlm 24 jam myanmar tu kene serang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2017 11:31 AM | Show all posts
Moga atok trump sihat sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau trump nak hancurkan korea utara, dodol sokong penuh! Biar jong un gemuk tu mampos kena peluru berpandu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 02:39 PM | Show all posts
sebu1 replied at 10-4-2017 08:47 AM
Amerika ni anggap dia ketua dunia :zz

e eh...awak taktau ke? memang dia yg paling berkuasa & dia yg pegang semua tentera seluruh dunia kita beli senjatapun dorang punya...sekenhen plak tu  


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea Selatan tu sekutu dia. Mestilah kena backup member.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 10-4-2017 11:34 AM
Kalau trump nak hancurkan korea utara, dodol sokong penuh! Biar jong un gemuk tu mampos kena peluru  ...

Tak boleh doll. Jikalau nk tewas, Korea south x beli senjata Dan bom atom dah Dari us. Kena pikir bisnes juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2017 05:32 PM | Show all posts
mcm2 hal dorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 11:50 AM | Show all posts
biarlah pembalasan dr yg maha kuasa jek
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 12:06 PM | Show all posts
bajet tentera $700 billion usd setahun takkan nk simpan saja aset2 tentera yg canggih manggih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm konteks ni iols sokom trump,bg mampos itu kim.jong un,lg lame dibiar lg maju pulak senjata nuklear nk,xleh biar lame kalu nak serang kene serang sekarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.363411 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list