Edited by monaconice at 23-3-2017 05:23 PM
Aku nakkongsi cerita dan nak minta pendapat, pertolongan dekat poremers.
Selalu bacatapi takde kesempatan nak share sebab malas register. Aku dah kahwin 6 tahun. Tapiperkahwinan kitorang ni luar biasa. Banyak perkara mistik berlaku. Kitorang dahusaha berubat dekat hospital (manalah tau ada sakit mental sampai selaluberimaginasi bukan2. Huahuahua), dan berubat kampong.. tapi ke-misteri-an nimacam belum berpenghujung.. lepas selesai berubat ok sikit, tapi 2 3 bulan jadibalik.. sampai aku naik fed-up dan nak bercerai kalau itu yang diorang nak..
So marilah akushare beberapa kisah. Benda pertama korang kena tau, aku stay dengan family inlaw.
=======================================
KEJADIAN MISTERI SEMINGGU SEBELUM MAJLISPERKAHWINAN.
Masaseminggu sebelum majlis, aku & partner macam nak batalkan majlis, tanpasebab. Tiba-tiba je. Orang cakap itu perasaan biasa. Sampai 3 hari sebelummajlis, barnag hantaran belah lelaki tiba2 berhabuk kotor tapi masih husnuzonmungkin ada la tu yang sapu sampah sampai berdebu habuk.
Kat rumahaku pulak, dalam 3 hari sebelum majlis ada bau yang kurang menyenangkan. Tak taubau apa.. cari jugak bangkai, atau sampah makanan,tapi tak jumpa punca bau. Suruhindia tolong check toilet mungkin ada apa2, tapi takda apa..
Beberapa jam sebelum nikah, aku pitam, lesu and pengsan. Masa tu orang cakap mungkingemuruh, dan kebetulan aku tengah datang bulan, mungkin itu sebabnya aku pitam,kurang darah…
Alhamdulillah,majlis nikah berjalan lancar..
Lepas 2minggu kahwin, aku dan suami rasa panas sangat. Tak boleh jumpa, ada je bendatak kena. Dan kalau nak tau, sepanjang 2 minggu, kitorang takde buat apa2. Walaupunpergi honeymoon. Lol (malunya!)
2 bulan akunikah, itulah puncaknya bila mana, aku tiba-tiba lemah lembik badan dan takboleh bangun. Setiap hari period. Tak putus2 Cuma sesekali putus itu pon untuk1-2 hari je. Pergi hospital, scan sana sini, MRI, dan sebagainya, doctor tak dapatkesan sakit apa. Kitorang gi hospital yang ada rawatan psychiatry, manalah tauada masalah mental/kemurungan/stress tanpa sedar.
Sepanjang akulemah dan lembik, suami aku pon sama down, kadang2 dia meracau.. kadang diamenangis. Sebenarnya masa ni aku tak sedar sangat tapi orang yg bercerita.
Mak aku ajakmertua aku gi berubat kampong pulak. Dari darusyifa, ustaz2 yang bukandarusyifa, dan yg bukan ustaz, kami pergi.. masa berubat dengan seorangpengamal perubatan islam dekat Bangi, baru tau katanya aku ni kena minyakbukan2. Minyak dagu/minyak senyoyong kalau aku tak salah. Tapi seingat aku, takdapulak aku terbayang mana-mana lelaki (tapi waktu ni sebenarnya aku tak sedarapa-apa. Fikirang aku melayang je.. diawang-awangan sampai taknak makan, taknak mandi, xnak berus gigi)
Lepas dahbuang benda dalam badan aku, alhamdulillah Nampak ok sikit sebab atleast nakmandi. Tapi tetap takde apa-apa perasaan. Takde lapar, nangis, ketawa dan lain2kecuali kalau tengok movie kat utube.
Masa ni,masih lagi berubat, setahun dua jugak. Kemudian dengan izin Allah aku macam okdah. Tapi husband pulak yang selalu kepanasan, ada je tak kena dengan oranglain. Tapi kadang2 je.
Kami berubattradisi sampai ke Indonesia chuols. Sambil berubat, aku dan suami teruskanusaha hafal alquran. Dengan niat bila dapat hafal quran, boleh jadi pendindingdiri.
Dan masa ni,kami masih belum “bersama” lagi. Berapa tahun kahwin masih camtu.
==============================
MIMPIPELIK-PELIK
Tak tauberapa banyak mimpi pelik yang aku dapat. Mimpi yang aku selalu dapat nikadang2 macam real.. kalau mimpi jatuh bangunan, sampai terkencing dalamseluar. Kalau mimpi bayi, sampai lenguh2 aku dukung bayi. Begitulah ibaratnyamimpi2 aku. Ada mimpi yang aku menjerit2. Ada mimpi/ separa sedar macam adabenda datang dekat aku.
Masa ni, aku Cuma dah boleh bangun mcm orang biasa, boleh bercakap, dan mula nak bekerja semulabercampur dengan orang. Tapi… period aku masih sama..selalu berdarah takputus2..
===============================
SELEPAS 5TAHUN KAHWIN
Lepas 5tahun kahwin, kami rasa macam dah oksikit tapi…sebenarnya belum dapat bersama lagi. Entah kenapa macam keduanya takbernafsu kearah itu. Kitorang enjoyhidup kitorang tanpa sex. Tapi yelah, perasaan nak ada anak tu selalu ada. Bendani aku keep it secret sebab rasa malu dengan family nak cerita.
Sekarang,keadaan rumah memang masih panas. Bilik masuk je bilik, atau rumah, kitorangjadi panas je.. try honeymoon gi mana2 hotel, tetap tak jadi.. samada aku akansakit, atau suami yang akan sakit..
===========================
KEJADIANMISTERI YANG AKU MASIH INGAT:
- Masa majlis kahwin, hantaran dari pihak lelaki,hiasan dulang hantaran bukan sekadar bunga, tapi ada sabut kelapa halus2. Familyaku fikir mungkin itu hiasan. Rupanya mertua aku cakap, sabut kelapa bukanbarang perhiasan dalam dulang hantaran.Siapa yg letak? ---masa berubat awal2 dulu, perawat suruh buang semua hantaran.
- Perawat suruh kami keluarkan semua perabot dalambilik terutamanya, tukar perabot baru. Kami andaikan ada yang celet benda takelok dalam bilik tidur?
- Kami jumpa banyak tulang binatang dan jarumbawah katil masa alihkan perabot.
- Pintu dan dinding bilik air dalam bilik kitorangada kesan celet dengan tanah merah.
- Ada beberapa lagi tapi tak ingat lah…
=======================================
Kadang2kitorang nak tuduh orang yang berdekatan yg aniaya kami. Mungkin sebab sakithati, cemburu atau insecure dengan kami. Aku nak cerita pasal suspek utama yangaku memang extra berhati-hati (aku berhati2 dengan dia sebab masa aku berubatdengan sorang ni, dia mintak senarai nama ahli yang selalu keluar masuk dalamrumah tu… bila dia tengok nama biras aku, dia senyum dan cakap “kau berhati-hatilah ye..”
So sejak tusuami aku, aku dan mak mertua memang agak berhati2 dengan dia. Sebab kebanyakankejadian yang kitorang alami, mmg boleh kaitkan dengan dia. Lagi pula, makbiras aku ni seorang pawang dekat kampong. Dia guna jin/saka/belaaan dia untukrawat orang. Aku tau sebab aku pernah terjebak pergi berubat dengan dia awal2dulu.
Antara kejadianyang kitorang boleh relatekan, sbb benda2 misteri tu jumpa dalam rumah. Siapa lagiboleh access rumah? Bilik tidur aku dan bilik tidur ipar aku, kitorang share 1bilik air. (aku & husband stay dengan family, ipar aku sewa rumah lain). Lepastubila kami melancong or honeymoon (dua bulan sekali akan gi melancong) mesti adabenda yang terjadi samada di hotel atau di rumah mertua. Baru2 ni, masa kitorang honeymoon kat korea, kitorang tak bagitau sesiapa pon kecuali mak mertua aku. Masa tu la alhamdulillah kitorang happy sangat! Takde saki ttakde apa2 masalah..tapi tak boleh nak projek sebab aku datang bulan. Aku happysangat! Masa 2 hari sebelum kitorang balik Malaysia, ipar dan biras aku barutahu, lantas dia mesej ipar bongsu aku dan marah2 “kenapa tak bagitau Abang dgnKakak pergi jalan?” adik ipar bongsu aku pulak budak sekolah rendah.. takutlahdia kena marah…
-------------------------------------------
Banyak lagiaku nak share, tapi ini kisah perjalanan perkahwinan aku selama 6 tahun..terlalu banyak cerita..dah tak larat berubat..lepas buang benda tak elok, danlepas berubat, mesti benda tu datang balik.. mungkin amalan aku tak kuat..
Sejujurnya,aku happy dan bahagia sebab ada suami yang pengasih penyayang. Tapi akuteringin nak ada anak.. nafsu aku macam dah ditutup.. suami aku cakap, kitaakan berubat sampai sembuh…
-----------------------------------------
Kepada poremers,ada cadangan tak kat mana aku boleh pergi berubat lagi? aku nak cubapil clinical untuk rangsang nafsu tapi malu..
nanti adakelapangan aku sambung cerita insyaallah.
|