CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9581|Reply: 80

[Jenayah] Gadis hilang di tempat kerja ditemui selamat

[Copy link]
Post time 2-2-2017 09:59 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Nur Atikah Mohd Sharin, 21, gadis yang dilaporkan hilang sejak 26 Jan lepas, ditemui malam tadi dan berada dalam keadaan selamat di Balai Polis Bandar Tenggara di Kulai, dekat sini.
Bapanya, Mohd Sharin Mahmood, 49, memaklumkan Nur Atikah diserahkan ke balai polis oleh seorang wanita berusia lewat 20-an yang tidak dikenali keluarganya dan didakwa menjaga anaknya selama enam hari.
Mohd Sharin berkata keluarga wanita berkenaan hanya mengetahui status kehilangan Nur Atikah selepas berita kehilangan itu disebarkan oleh media sebelum bertindak menyerahkannya ke Balai Polis Bandar Tenggara.
"Saya mendapat panggilan dari balai polis lebih kurang pukul 10 malam tadi yang menyatakan anak saya sudah ditemui. Saya terus bergegas ke sana (balai polis) sebelum membawanya pulang ke rumah keluarga kami di Taman Cendana, Pasir Gudang, 5 pagi tadi," katanya yang ditemui pemberita di Pejabat UMNO Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.
Menurut Mohd Sharin, anak gadisnya itu tidak banyak berbual, namun, menyebut ada lelaki yang membawanya dari tempat kerja lalu ditinggalkan di sebuah pusat beli-belah di Kulai sebelum ditemui wanita berkenaan.
Beliau berkata keluarga wanita berkenaan yang menetap di Bandar Tenggara didapati telah menjaga Nur Atikah dengan baik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata siasatan polis mendapati kes berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
"Gadis itu dipercayai telah pergi ke rumah kawannya, namun, dia tidak memaklumkan kepada ibu dan bapanya. Malam tadi, gadis tersebut telah pun diserahkan di Balai Polis Bandar Tenggara dan polis menganggap kes ini telah selesai," katanya.
Nur Atikah yang mesra dipanggil kakak itu disedari hilang pada pukul 12.45 tengah hari, 26 Jan lepas selepas bapanya menerima panggilan daripada penyelia pasar raya di tempat Nur Atikah bekerja yang memaklumkan gadis itu tidak pergi ke tempat kerja.
Ekoran itu, Mohd Sharin membuat laporan di Balai Polis Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, pada keesokan harinya (27 Jan). - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 10:07 AM | Show all posts
knp tak update kt benang smalam...?
anyway ... alhamdulillah dik ooi, ingat gak ko nak balik
tak yah drama sgt hokey, kesian mak pak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
lembam ke.muka mcm lembam
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:13 AM | Show all posts
selaputdara dah cek ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde lg yg suh cek tusukan baru dan lama kt hosp
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:21 AM | Show all posts
mcm mna da besar2 hilang gitu jerk..
main ikut2 jerk org..
susah betul jaga ank zaman sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebut ajela rumah kawan lelaki .muka mcm X happy je adik ni :zz.kesian tgk muka mak ayah kena tipu hidup2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:26 AM | Show all posts
ada satu perasaan pelik bila baca berita ni...hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah syok celap celup pandai plak ko buat citer ye

Bawak la check lube tu koyak teruk ke lembut nyaman jah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:36 AM | Show all posts
x faham la berita niiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur ajelah selamat. Anak x kiralah berapa pun umo, asal hilang dr mak bapak bnyk betul kemungkinan yg ada..majoriti ke hal2 yg negatif..pukau,culik,rogol,bunuh,..nauzubillah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:51 AM | Show all posts
owh.. kesahnya ko tetiba ter ikut sape ntah sesiapa lps tu dtinggalkan kat mana2 lps tu dijaga sampai berhari2 org x dkenali..


org tu plk apesal x g balai report polis. rajin nk menyara org x dikenali sebesar badak air, kalau bebudakkecik selayaknyalah x reti bcakap nk tanya ape n dia nk jawab ape.

drama sgt hilang mcm ni. pegi la ata spita lubang bawah tu ade berani? kecuali btl ko dianiaya (dirogol cthnya) blh la nk dkesiankan.

something fishy sgt ko ni dik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:08 AM | Show all posts
hmmmm.... ye kan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:11 AM | Show all posts
pmpn yg jaga dia 6 hari tu, patutnya kene tahan.
psl mengurung org.

lainla klu pmpn yg mengurung ni lemban lak

tak baca berita, tak tgk fb, takde wasap, takde tgk tenet,
pengguna tegar nokia 3310 bagai.

duk dlm hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:12 AM | Show all posts
adik lari rumah sbb terdelete apps whats up ngn FB ayah adik kt smartfon ayah adik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:13 AM | Show all posts
Hisss kemanalah ko merayap dikkk ooiii.. Sian kat mak n ayah ko tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 11:13 AM | Show all posts
ini kes ikut bf balik rumah la ni....mmmm kecoh dik satu msia
bikin malu makpak sajok
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:16 AM | Show all posts
menyebut ada lelaki yang membawanya dari tempat kerja lalu ditinggalkan di sebuah pusat beli-belah

Gadis itu dipercayai telah pergi ke rumah kawannya


bapak cakap lain..polis cakap lain.
memang fishy pon.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rsa mcm pernah baca kes storyline sebegini spt biasa babitkan kes kehilangan rmja melayu..last2 kata kena pukau la apa bagai tp kalo lari dgn boyfren pon xkan sehelai sepinggang jek..at least bwk perfume bagai
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:22 AM | Show all posts
ntah la berita ni, baca ulang-ulang mcm tak masuk akal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090852 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list